Tuesday, March 3, 2015

TIADA GUNA PERTEMUAN SOLIDARITI TANPA PEMIMPIN TERDAHULU & AHLI KELUARGA NAJIB

Image result for najib 1mdb

TAHNIAH kepada Ketua Bahagian Cheras Syed Ali Al-Habshee kerana menyokong kuat rancangan untuk mengadakan mesyuarat S-O-L-I-D-A-R-I-T-I Ahad ini bagi menunjukkan kepada DUNIA bahawa Perdana Menteri Najib Razak mendapat sokongan kuat dari akar umbi.

Menurut Syed Ali, 170 ketua bahagian sudah bersetuju untuk menghadiri mesyuarat tersebut yang akan diadakan Ahad ini.

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/02/27/Umno-division-chiefs-for-solidarity-meet/

Alangkah baiknya sekiranya Syed Ali turut memastikan adik-adik Najib - Johari, Nizam, Nazim dan Nazir - juga turut serta di dalam program solidariti ini.

Dan DUNIA akan kagum dengan Syed Ali sekiranya beliau berjaya membawa bersama bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Bendahari Umno dan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin serta bekas Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah untuk turut serta menunjukkan semangat solidariti kepada Najib Ahad nanti.

Tiada makna solidariti kalau adik-adik Perdana Menteri dan bekas pemimpin besar Umno tidak menghadiri majlis tersebut.

Apalah nilai Ketua Bahagian sekarang ini jika dilihat kepada sikap oportunis politik mereka dan setakat menjadi "yes man" atau "pak turut".

Ketika rakyat membicarakan mengenai isu 1MDB, Jelapang ingin bertanya kepada Syed Ali berapa ramai Ketua Bahagian yang faham mengenai isu 1MDB.

Malahan ada para Menteri sendiri pun terkial-kial hendak menjawab isu 1MDB.

Mungkin Syed Ali antara yang PAKAR dalam isu 1MDB. Jika benar beliau amat memahami isu 1MDB, kita berharap beliau dapat menjelaskan isu ini kepada pengundi Cheras supaya di dalam PRU-14 nanti, BN menang di bahagian beliau.

Tiada guna pertemuan solidariti kalau setakat menjadi "pak turut".

Tanggungjawab Ketua Bahagian ialah menjaga wang rakyat dan 1MDB adalah wang rakyat.

Kalau isu 1MDB pun Ketua Bahagian tidak faham, ini kan pula ingin "menjaga" wang rakyat di dalam 1MDB.

2 comments:

Anonymous said...

ok lah tu tak kan nak berikan sokongan perlu ramai ramai. kalu gitu nak kena ajak veteren umno, ngo, perkasa, pak lah pun kena jemput, ketua cawangan umno, bekas bekas ahli parlimen dan adun adun, oh ada lagi mca, mic, gerakan oh dari sarawak dan sabah, siapa lagi ye yusuf qardawi kena gak, ulamak ulamak, bekas bekas pemimpin pas, bekas2 pemimpin pkr. cukup tak, nanti aku tanya kawan kawan aku kalu ada lagi.

Admin SpotTheBloggers said...

Salam tn. Blog ini dipautkan ke spotthebloggers.blogspot.com .Mohon email kepada spotthebloggers@gmail.com sekiranya tn membantah. TQVM