Saturday, February 28, 2015

MASIH LAKUKAH IMEJ NAJIB?

SEMALAM, Merdeka Center mengeluarkan hasil kajian mereka dan keputusannya ialah - POPULARITI Najib Razak menurun kepada 44 peratus dari 46 peratus awal tahun ini.
Image result for najib+rosmah

Apa kesannya kepada Umno? Dan yang lebih penting apa kesannya kepada BN pada PRU-14 nanti?

Tidak perlu kita bertanya kepada Ketua-ketua Bahagian Umno yang akan berkumpul ramai-ramai pada 8 Mac nanti untuk menunjukkan sokongan kepada Presiden parti.

Umum mengetahui, Ketua-ketua Bahagian adalah opportunis. Mereka menyokong berdasarkan kepentingan.

Sokongan mereka tiada MAKNA dan NILAI. Tanya Dr Mahathir Mohamad dan Pak Lah.

Majlis sokongan besar-besaran seperti ini perkara biasa dalam Umno (sekarang diberi nama baru - SOLIDARITI) dan majlis seumpama diadakan apabila pemimpin yang disokong merasakan dirinya TERGUGAT.

Maka untuk memberi gambaran bahawa beliau masih disokong, maka dihimpunkan Ketua-Ketua Bahagian untuk menunjukkan sokongan.

Perhimpunan yang sama dibuat di era Tun Dr Mahathir dan sekiranya Anwar Ibrahim tidak disingkir dari Umno dan disingkirkan, Dr Mahathir pun boleh "jalan" pada masa itu.

Di zaman Pak Lah pun sama. Ketua-ketua bahagian, termasuk Najib, juga menyatakan sokongan terhadap Pak Lah dan akhirnya, Pak Lah rebah. Pada masa itu, ada Ketua Bahagian sampai ke tahap sanggup TIDUR di rumah Pak Lah. Lebih gelihati, ada yang sanggup MENG-URUT kaki Pak Lah untuk menunjukkan tanda sokongan.

Kesudahannya, bila tiba masanya, Pak Lah toleh belakang dan dapati semua Ketua Bahagian dah LARIKAN diri.

Oleh itu, bagi Jelapang, perhimpunan Solidari Ketua Bahagian 8 Mac nanti tiada makna apa-apa kepada Ketua-Ketua Bahagian - "hampa suruh mai, aku mai".

Tetapi sudah pasti ia amat bermakna kepada pemimpin yang merasakan dirinya tergugat.

Kepada ahli-ahli Umno, adalah baik jika mereka merenung hasil kajian terkini Merdeka Center.

Apa kesannya kepada Umno? 

Jika semasa PRU-13, BN menjual imej Najib kepada rakyat, apakah imej yang sama akan "LAKU" pada PRU-14.

Renung-renunglah.

Baca hasil kajian Merdeka Center di link ini:
file:///C:/Documents%20and%20Settings/Admin/My%20Documents/Downloads/january%202015%20national%20poll%20approval%20rating%20%20top%20issues%201.pdf


file:///C:/Documents%20and%20Settings/Admin/My%20Documents/Downloads/news%20release%20-%20jan%20%202015%20approval%20rating.pdf



4 comments:

Anonymous said...

Kalau ikut survey Merdeka Cantre,BN dah kalah dalam piliharaya ke 13 lalu,Najib dah jadi Ketua Pembangkang.

Anonymous said...

Macam mana tak menurun, kalau hari hari pembangkang dok memfitnah Najib....

Memang itu agenda pembangkang


Tak heran!!!

Allah lebih mengetahui...
Sebab tu BN tak kalah kalah pun...


Itu yg buat Anwar dan DAP gila meroyan.....dia tak tahu, ada kuasa yg maha berkuasa iaitu Allah...

Anonymous said...

kajian dari merdeka centre?

berikan berapa peratus kajian mereka dari PRU 2008 hingga kini tepat?


gen2felda

Anonymous said...

Kalau ahjibgor masih tak sedar yg rakyat dah meluat tengok dia suami isteri bergaya kaya raya ketika rakyat dlm kesusahan, maka pemimpin sebegini memang tak layak jadi PM.

Jika benar benar sayangkan Islam dan Melayu, sila letak jawatan. Serahkan pada yg betul betul berjiwa rakyat bukan gila glamor atau gila kuasa yg ditonjolkan oleh rosmah rambut besar.