Wednesday, February 4, 2015

SYED MOKHTAR & KERAJAAN PERLU JADI TELADAN



HARI ini Najib Razak bersuara dalam isu Ismail Sabri walaupun melalui kenyataan bertulis.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-pertahan-ismail-sabri-seruan-boikot-bukan-untuk-kaum-tertentu

Ismail Sabri harus berterima kasih kepada Perdana Menteri yang tampil mempertahankan beliau walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik kualiti "pemikiran" Ismail dalam menangani masalah kenaikan harga barang.

Banyak perkara berlaku hari ini. Ini termasuk kritikan baru yang dibuat oleh Dr Mahathir terhadap 1MDB dan sekali lagi Tun Dr Mahathir menekankan beliau TIDAK MENYOKONG NAJIB.

Kata Tun Dr Mahathir, kalau betul wang yang disimpan di Caymans Island berjumlah RM8 bilion dan sudah dibawa balik ke Malaysia, kenapa 1MDB perlu meminjam wang untuk menjelaskan hutangnya.
http://chedet.cc/?p=1600

Seperkara lagi yang menarik ialah gesaan Khairy Jamaluddin agar Tenaga Nasional menurunkan kadar tarif elektrik berikutan penurunan harga bahanapi dunia.

Sebagai Ketua Pemuda Umno yang bijaksana, eloklah Khairy nyatakan FORMULA untuk menurunkan tarif elektrik.

Di Malaysia sekarang ini, negara sudah ada 2 syarikat pembekal tenaga elektrik milik kerajaan (GLC) - Tenaga Nasional dan 1MDB.

Kalau zaman Tun Razak dulu, hanya Lembaga Letrik Negara (LLN) yang membekalkan elektrik dan selepas dikorporatkan, LLN dijadikan Tenaga Nasional.

Sekarang 1MDB pun membekalkan elektrik. Tetapi di dalam kes 1MDB, salah satu daripada IPP yang dibeli bernilai hanya RM450 juta tetapi dibeli oleh 1MDB, milik kerajaan, dengan harga RM2.55 bilion.

Oleh itu apa caranya untuk membekalkan elektrik pada kadar yang murah kepada rakyat kalau pembeliannya dibuat dengan harga yang begitu mahal.

Tetapi kita yakin, Khairy, seorang Ketua Pemuda yang bijaksana, pasti ada FORMULA nya.

Kembali kepada isu harga barang. Jelapang pun rasa agak malu apabila ramai mempermainkan Ismail Sabri dan kerajaan kerana menyalahkan peniaga Cina berikutan harga barang mahal walaupun harga minyak menurun.

Ada yang menulis semasa Cina menjual gula (merujuk kepada Robert Kouk), harga gula hanya RM1.70 sekilo tetapi apabila saudagar Melayu Syed Mokhtar Al-Bukhary diberikan monopoli membekalkan gula, harga gula naik kepada RM2.80 sekilo.

Tidak terkata Jelapang bila membaca kritikan-kritikan ini terutamanya apabila orang Melayu sendiri mengkritik kerajaan kerana saudara Melayu, Syed Mokhtar, juga membekal beras, roti dan gas dan berkemampuan menurunkan harga barangan ini.

Masalah kenaikan barang ini bukan benda baru dan bukan perkara yang hanya terjadi di zaman Najib.

Di zaman Tun Mahathir pun berlaku tetapi tidaklah sampai ke tahap kerajaan dan Menteri pada masa itu menyalahkan peniaga Cina. Tidak pula sampai ke tahap memanggil puluhan Ketua Bahagian ke Kuala Lumpur semata-mata untuk memegang poster menyokong Ismail Sabri di depan kamera TV.

Tak payah jadi Menteri pun kita tahu bagaimana nak selesaikan masalah kenaikan harga barang ini.

Kalau hendak turunkan harga gula, beri lah peluang kepada Melayu lain berniaga gula. Tak perlu lah Syed Mokhtar saja membekalkan gula kepada rakyat.

Kalau ada Melayu lain yang boleh menjual gula dengan harga murah, beri lah mereka peluang. Biar mereka bersaing dengar Syed Mokhtar. 

Begitu juga dengan beras.

Apakah bapak-bapak Menteri tidak pernah belajar prinsip ekonomi?

Dalam prinsip ekonomi, sekiranya "supply" melebihi permintaan, maka harga akan turun.

Oleh itu apa masalahnya untuk kerajaan menambahkan bekalan?

Mana-mana barang yang mahal harganya, kita tambah bekalan. Minta FAMA impot.

Tak perlulah nak salahkan peniaga Cina. Kenyataan yang dibuat oleh Ismail Sabri tidak membawa kesan apa pun kepada harga barang.

Mungkin kerajaan juga boleh menjadi teladan kepada peniaga-peniaga dengan menurunkan kadar tol di lebuhraya Plus.

Lagipun Plus adalah hakmilik KWSP. Dan KWSP adalah hakmilik Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Bidayuh dll. Semua bangsa ada saham di dalam KWSP.

Oleh itu, menurunkan kadar tol adalah wajar kerana Plus adalah milik semua bangsa.

5 comments:

Anonymous said...

saya setuju. kjaan harus mula turunkan harga.

turunkan tol,turunkan harga barang kawalan, turunkan letrik, turunkan kos urusan kjaan, turun semua. baru betul.

dan pm kurang mlancong keluarnegara

sesejuk mata memandang said...

Mungkin kita boleh selidik mencari kebenaran tentang soal gula, benar syed mokhtar jual harga RM2.8 / kila dan dulu RK jual RM1.7 tetapi siapa yang bekalkan gula mentah untuk diproses oleh SM , dengar banyak orang cakap , yang sediakan bahan mentah masih dipegang oleh RK , jika benar bagaimana SM mahu jual harga semurah RK.

Tidap pasti ..

Anonymous said...

saya amat bersetuju dengan ape yang tuan hamba perkatakan malah saya pernah menyuarakan konsep sekiranya sesuatu barang itu berlebihan maka harga nya akan turun tetapi bak kata pepatah 'senang cakap buat susah' kalau pun en sabri sebut cina itu memang betul. kalu kita pergi kedai runcit cina berapa peratus kah barang nya pembekal melayu. belum kita pegi TESCO berapa peratus kah barangan nya dari pembekal melayu kalau kita pegi kadai runcit melayu sekalipun berapa peratus kah barangan didalam kedai tu pembekal nya melayu. seingat saya paling kuat pun sos tomato dan kicap saje. kan betul kata en sabri. diutara banyak barang keluaran orang melayu adakah tempat di kedai runcit cina. ape yang nak kita nafikan memang pekedai ke pembekal ke bangsa cina yang kawal dan logik lah mereka menurunkan nya. isu lebihan barangan untuk menurunkan harga masih kah saudara ingat dulu kerajaan pernah buat semasa ayam naik maka kita impot ayam dari siam ape peniaga cina buat mereka bakar semua anak anak ayam yang masih hidup. kebenaran nya memang pahit tetapi kita kena terima hakikat ini. kerajaan buat ape saja tetapi orang cina ni akan melakukan sesuatu untuk mengugut kerajaan. nak contoh lagi tambang bas sekolah, bila kerajaan nak buat gst cina kata banyak kedai runcit lama akan tutup pasal tak tau guna komputer. cakap ape je buat ape je orang cina akan bagi dalih mcm2. tapi bila kena kat orang melayu orang melayu diam je. bagi situasi sekarang ini mudah je. negara kita ini mewah dan rakyat nya selalu bebelanja besar. kalau makan nasi lauk 2,3 macam. minum mesti milo ais, oren jus. tak payah nak bising bising kalau nak makan kedai lauk satu jenis saje, air minta air suam atau ais kosong je. makan lah kat mane pun cuba buat cam ni insyallah boleh jimat dan sihat. wayang tak usah tengok beli cd je, duduk rumah tengok dgn famili. old town tak payah masuk. maksud halal sebenarnya dari A sampai Z halal bukan setakat beli ayam disembelih orang islam atau sticker pork free. sebenarnya masalah kerajaan kita sekarang ada satu je. kerajaan ingin memuaskan hati semua orang. mana ada dalam dunia ini sebuah kerajaan boleh lakukan. mesti ada orang yang tak puas hati. zaman tun M bolih cakap lah pasal dia diktator. ade siapa yang berani lawan dia. so ape pun yang kita nak buat kena ingat agama, bangsa dan raja. kalau ini tak ade jadilah kita seperti bangsa yang merempat di negara sendiri contoh melayu singapura.

Anonymous said...

Dunia sukan makin banyak masaalah pada era KJ. Pada era Sabery, sukan Malaysia gemilang.

Pemimpin yg hanya pandai cakap tapi tak pandai bekerja utk selesaikan masaalah harus dipecat.

Anonymous said...

Permainan naik barang turun barang nie adalah modal politik yg sentiasa dimainkan oleh DAP utk memangsakan kerajaan. Rujuk semua isu2 berkisar harga barang nie, kita dimomokkan dgn fakta kerajaan naikkan harga minyak jadi segala barang keperluan naik...tanya la si Rafizi...boss dia si Anuar...LGE...LKS...N Izzah...disitulah bermula kisah barang naik nie sampaikan salah satu penyebab kerajaan hampir tumbang dlm pilihanraya. Nak dijadikan cerita yg minyak dah turun harga barang takde pon turun mcm yg dimomokkan oleh PR...so...apa cerita skrg? Tun M berkata benar yg harga barang tak semestinya berkurang selari dgn harga minyak tetapi ia lebih peka kepada supply n demand pengguna. Pemulauan adalah jalan terbaik...kurangkan demand...lambakkan supply...kurangkan demand adalah tugas pengguna yg kebetulan majoriti adalah melayu...cina penjual aka pemborong aka pengimport. So kerajaan Malaysia sepatutnya membantu melalui FAMA ke..mana2 agensi kerajaan atau swasta mengimport barang2 yg mahal tu dan lambakkan di pasaran supaya harga terkawal. Maknanya means utk bertindak ada tapi org yg nak melaksanakan proses tu yg lembap...so skrg...1MDB...ini pon satu kes lembap oleh org2 melayu yg syok sendiri nie...kalau rugi katalah rugi...belit sana sini. DS Ismail mmg btol dlm menuntut barang dikurangkan sbb selama ini PR sentiasa menjadikan kerajaan mangsa kebencian rakyat dgn mengatakan punca kenaikan disebabkan oleh kenaikan minyak...nah..skrg minyak dah turun...takde apa jadi pun pada harga barang. Pada saya PR adalah pakatan paling celaka dlm sejarah politik negara...sesuai la dgn pengasas dia si Nuar yg menjadi peliwat no 1 negara!