Ahli Parlimen Pulai (Umno) Nur Jazlan Mohamed hari ini membuat satu kenyataan yang amat MENARIK.
Kata Nur Jazlan:
"Malaysia akan menjadi seperti Jepun di mana parti memerintah akan KEKAL BERKUASA. Dan Umno akan menjadi agak kuat. Tetapi PERDANA MENTERI akan dipilih menerusi sistem "kerusi musik" dan kita akan memilih (menukar ganti) Perdana Menteri sehingga kita menemui seorang PERDANA MENTERI YANG JUJUR dan mempunyai HATI PADA RAKYAT."
http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=456402:stinging-words-for-najib-umno-will-stay-in-power-but-pms-come--go-until-an-honest-one-comes-nur-jazlan&Itemid=2#axzz3QhRsYs5q
Jelapang MENYOKONG pandangan Nur Jazlan dan merasakan ramai pemimpin Umno, mungkin dalam diam-diam, juga MENYOKONG pandangan Ahli Parlimen Pulai ini.
Kepada mereka yang AMAT BERMINAT UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI, tiada pilihan lain kecuali SOKONG APA YANG NUR JAZLAN SARANKAN.
Kalau sistem ini menjadi amalan, RAMAI AHLI PARLIMEN AKAN MENDAPAT PELUANG MENJADI PERDANA MENTERI.
Untuk makluman, Jepun melantik 17 PERDANA MENTERI DALAM TEMPOH 26 tahun di antara 1989-2015.
Berbanding Malaysia, HANYA TIGA di antara 1981-2015.
Kenyataan penuh Nur Jazlan:
Umno backbencher Nur Jazlan Mohamed believes that although Umno will stay in power, the prime ministers of the country will "come and go".
"We will become like Japan, where the ruling party stays in power. And Umno is still quite powerful.
"But prime ministers will go through a musical chair system, and we will do that until we find somebody who is honest and has key interests of the people at heart," said the Pulai MP at a forum organised by the Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas) in Kuala Lumpur today.
Nur Jazlan had earlier explained that this is because Malaysians do not want leaders who take too long to institute reforms.
He later joked that he wouldn't mind such a situation, as he would probably become prime minister (under such a system).
"I will never make it as prime minister under the current institutionalised system of Umno.
"But under the musical chairs system, I think yes, why not?" he quipped, drawing laughter from the audience.
Full article: http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=456402:stinging-words-for-najib-umno-will-stay-in-power-but-pms-come--go-until-an-honest-one-comes-nur-jazlan&Itemid=2#ixzz3QhXtw5vC
8 comments:
Kalau jepun turun, yang naik pun jepun, begitu juga cina dan korea. Negara kita sama ke. Cuba Fikir-fikirkan. Kadang kadang cadangan nampak cantik tapi sebenarnya tidak berakal mulia
Mmg betol..kena silih berganti pm...x semua pm berkaliber mcm tun m
Org cerdik akalnya belum tentu mulia. Tak apa org mulia walau akalnya tak cerdik. Yg kita mahu ialah org cerdik yg berakal mulia. Nur jazlan kategori mana satu?
Nur Jazlan yang berangan naqk jadi Perdana Menteri. Orang yang berfikiran liberal boleh aje.
Mula2 sy ingat pak lah pm paling teruk dlm sejarah msia. Rupa najib yg paling teruk. Kalau diberi pilihan, rasa nak minta pak lah bAlik jadi pm. Pm yg ada ni cukup teruk. Eloklah jadi macam jepun. Bagi muhiddin jadi pm. Kalau muhyiddin pun teruk, setahun kita tukar pula. Bagi zahid pula. Lepas tu shafie. Lepas tu kj. Lepas tu mukhriz. Lepas tu jazlan. Atau ku li. Tapi jgn bagi pd hisham. Dia lagi teruk dari najib. Pr saja lebih. Kerja teruk.
Termasuk diri aku jg ada peluang...
saudara,
1. Pandangan YB Nur Jazlan adalah satu pandangan yang cukup advance - bermotifkan untuk memastikan negara terpelihara dan rakyatnya terbela.
2. Akan ada kritikan dari orang Umno terhadap Jazlan tetapi sudah menjadi lumrah di dalam Umno, pandangan yg konstruktif akan diperlekehkan dan pencadangnya akan dihentam.
3. Buktinya Tun Mahathir, Tun Daim. walaupun pandangan mereka dibuat demi kebaikan negara, kerana tidak sedap di telinga org tertentu, mereka dikritik dan dibogelkan di khalayak ramai walaupun jasa mereka kpd Umno tidak terhingga.
4. Kenapa ini berlaku? Kerana ramai di dalam Umno tidak berpendidikan. Tidak mempunyai pekerjaan dan ramai yang tidak mempunyai pendidikan dan pekerjaan menjadikan politik sebagai pekerjaan. Kutip sana kutip sini.
5. Itu sebabnya apabila menteri atau pemimpin atasan membuat kesalahan, kita mempertahankan mereka walaupun di mata rakyat jelas mereka melakukan kesalahan. walaupun kita bersalah, kita tegakkan benang basah. tak cukup dgn itu kita upah org utk menhentam pengkritik. Upah blogger utk hentam pengkritik kita walaupun kita bersalah.
6. Ikut Jepun. apa salahnya. di jepun, rakyat nilaikan PMnya berdasarkan performance. kalau PM buat silap, org Jepun tukar PM.
7. Di msia, PM boleh buat 10 kali kesalahan dan kita buat2 bodoh. kita tunggu 5 tahun utk perbetulkan keadaan dan tukar pm.
8. setiap pm perlu bertanggungjawab kpd rakyat. kenapa perlu tunggu 5 tahun. mana2 ahli politik yg tak sanggup melalui proses ini, jgn idam utk jadi pm.
9. malu kita boleh tengok negara bukan islam lebih jujur dari kita. Kita menggunakan agama utk kepentingan politik.
10. org islam di msia, walaupun membuat dosa, kita cuba sedaya upaya menafikannya. org politik yg berlatar belakang islam, ditangkap melalukan seks di hotel dgn seluar dalam labuhnya, kita kata itu fitnah.
11. di negara barat yang tiada agana, mereka lebih jujur dari kita. kalau ditangkap melakukan seks haram, pemimpin letak jawatan. tak pernah mereka nafikan tape itu palsu. mereka difitnah.
12. sudah tiba masanya negara kita benar2 mengamalkan ajaran islam sebenar. yg salah, kata salah. buktikan kpd negara barat, kami negara islam yang patut kamu contohi.
13. kita bernasib baik ada pemimpin yg berani menegur mcm jazlan.
14. itu saja kesimpulan saya
Bersyukurlah kita dapat Najib jd PM. Bukan senang nak dapat PM yang sehebat beliau. Bukan setakat pembangkang di Malaysia yang suka kalau Najib terus jadi PM malahan segala monyet@beruk@orang utan@ungka@siamang@lutung@kera@mawas@monyet proboscis dan Tapir serta Tenuk tidak ketinggalan juga Cipan bertepuk tangan dan kaki keseronokkan dapat Najib sebagai PM mereka. ...Mari kita lantik Najib jadi PM untuk segala jenis haiwan tadi kerana di sanalah tempat yg paling layak dan selayak layaknya buat beliau. ..
Post a Comment