Sunday, February 8, 2015

BANGSAWAN CELUP & DINASTI KEPIMPINAN


Berikut ialah tulisan blogger Kadir Jasin di dalam blog beliau.

http://kadirjasin.blogspot.com/2015/02/lawatan-jokowi-yang-baik-kita-teladani.html

A KADIR JASIN said...
1. Mohon maaf. Pembetulan. Presiden Jokowi sebelumnya adalah Datuk Bandar (Mayor) Surakarta dan Gabenor Jakarta.

2. Di kalangan PM Malaysia hanya Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah bukan daripada kelas bangsawan.

3. Tapi bukan semua PM bangsawan elitis. Tunku amat berjiwa rakyat. Kerap berada di padang bersama rakyat. Begitu juga Tun Abdul Razak - anak bangsawan yang dibesarkan sebagai budak kampung.

4. Sekarang kita ada satu kelas baru - pseudo bangsawan (bangsawan celup). Kelas ini lagi teruk kepura-puraanya.

Terima kasih.

BANGSAWAN CELUP? 

Tidak sukar untuk kita membuat tekaan kepada siapa Kadir Jasin tujukan label tersebut.

Salah siapa kita hari ini mempunyai satu kelas baru yang dinamakan oleh Kadir - Kelas yang teruk kepura-puraannya.

Umno perlu bertanggungjawab terhadap kewujudan kelas pseudo bangsawan (bangsawan celup) yang penuh dengan kepura-puraan hari ini.

Apakah perlu Umno membalas budi pemimpin terdahulu dengan memberi tempat istimewa kepada anak-anak mereka?

Di kalangan ahli Umno hari ini, mereka merasakan ada usaha untuk menaikkan seorang lagi anak bekas Perdana Menteri dari golongan bangsawan sebagai pengganti Najib Razak.

Ini satu penyakit dalam Umno. Pemimpin dipilih bukan kerana kaliber atau kemampuan mereka. Pemimpin dinobatkan kerana ada pertalian darah dan keinginan untuk membalas budi bapa mereka.

Kalau dahulu pemimpin walaupun dari kumpulan bangsawan mempunyai "hati' kepada rakyat, golongan bangsawan hari ini tidak seperti bapa mereka.

Tidak salah Kadir Jasin melabel pemimpin bangsawan hari ini sebagai bangsawan celup yang penuh dengan kepura-puraan.

Sudah tiba masanya, ahli-ahli Umno melakukan transformasi pemikiran mereka dengan memilih pemimpin berdasarkan prestasi mereka, berdasarkan kebolehan mereka, berdasarkan kesungguhan mereka berkerja, berdasarkan visi mereka dan berdasarkan "hati" mereka kepada rakyat.

Amalan memilih anak pemimpin untuk membalas jasa bapa mereka atau kerana pertalian darah harus dikuburkan demi negara.

Cukuplah kita dipimpin oleh anak seorang bangsawan yang dipilih Umno kerana mahu membalas jasa bapanya.

Sudah sampai masanya sistem dinasti dikuburkan oleh Umno buat selamanya.

1 comment:

Anonymous said...

The next PM must undergo a family assessment. The wife, children and close relatives must pass a nepotism probability test.

They must also undertake an oath NOT to get involved in the PM's job.