Thursday, August 28, 2014

TAHNIAH DATIN SERI PUAN PUTI RENO




PATIK TUMPANG GEMBIRA DAN BANGGA.

Laporan:


Rosmah dianugerah darjah tertinggi suku Minangkabau

PADANG, Indonesia: Kesungguhan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memartabatkan suku Minangkabau mendapat pengiktirafan apabila beliau dianugerah darjah tertinggi wanita suku itu.
Rosmah menerima 'Darjah Kebesaran Kerabat Yang DiPertuan Gadih Minang' yang membawa gelaran Puan Puti Reno, membawa maksud puteri tertinggi dalam kerabat Minangkabau.
Penganugerahan yang berlangsung di Istana Adityawarman itu dilakukan dengan penuh istiadat Minangkabau yang dihadiri pewaris kerabat Minangkabau termasuk Raja Alam Pagaruyung Sutan Mohamad Taufik.
Sebagai simbolik penganugerahan, Rosmah dipakaikan selendang seorang daripada pewaris wanita Istana Pagaruyung dan bagi kesesuaian majlis Rosmah turut berpakaian Minangkabau, lengkap dengan tengkuluk yang biasanya dipakai oleh kerabat diraja zaman silam.
Ketika ditemui pemberita selepas acara itu, Rosmah berkata beliau amat terharu dan gembira dengan penerimaan serta anugerah yang diberikan apatah lagi ia bagaikan pulang ke kampung halaman kerana ibu bapanya berketurunan Minangkabau.
Ibu bapa Rosmah berasal dari Sari Lama yang terletak di salah satu daerah di Sumatera Barat.
"Saya berasa gembira kerana diterima dan diberi gelaran sebagai salah seorang keluarga diraja di Pagaruyung. Saya juga terharu kerana walaupun saya tidak pernah datang ke tanah Minangkabau, saya dapat menjiwai bahawa inilah tempat asal nenek moyang saya.
"Saya rasa seperti pulang ke kampung tetapi ini bukanlah bermakna saya melupakan Malaysia. Saya rasa ini merupakan detik permulaan pada diri saya dan ia pengalaman baru," katanya.
Beliau berharap dengan anugerah dan kekeluargaan yang terjalin, hubungan antara Indonesia dan Malaysia akan bertambah kukuh dan erat.
"Saya berharap kita tidaklah besar-besarkan perkara atau perselisihan faham. Yang mustahaknya kita harus mencari kesamaan antara satu sama lain kerana kita adalah serumpun.
"Kita berdoa bersama supaya dengan penghormatan yang diberikan kepada saya hari ini, akan membawa satu lembaran baru atau kita dapat lihat lebih lagi keakraban dan persahabatan," katanya.
Sementara itu, Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim, berkata anugerah itu menjadi satu sejarah kerana Rosmah adalah satu-satunya wanita dari negara luar yang menerima darjah sedemikian.
Beliau juga berharap penganugerahan itu akan merancakkan lagi hubungan antara kedua negara dan memberi impak positif dalam pelbagai sudut terutama budaya dan adat.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, dan Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.
Terdahulu, wakil Lembaga Adat Minangkabau Padang berkata, anugerah itu dikurniakan kepada Rosmah kerana kebaikan dan kesungguhan beliau memartabatkan budaya Minangkabau di Malaysia.
- BERNAMA

Monday, August 25, 2014

DUIT LEBIH BERKUASA DARIPADA TUN MAHATHIR DI DALAM UMNO

Pandangan Malaysian Insider untuk tatapan semua



Dalam Umno, duit lebih berkuasa daripada Dr Mahathir

Satu hari nanti, Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah menyingkirkan beberapa timbalan perdana menteri dan perdana menteri akan diingati kerana akhirnya dikalahkan bukan oleh individu, tetapi wang ringgit.

Dr Mahathir tersilap perhitungan apabila menarik kembali sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila percaySaa ahli Umno masih mempunyai idealisme. Ataupun yang mereka masih bimbang tentang kejatuhan Malaysia.

Sebenarnya mereka sudah tidak peduli. Sudah berdekad lamanya.

Mereka hanya berkiblatkan wang dan kekayaan. Sebab itu pada hari ini, segala masalah atau ketidakpuashatian boleh diselesaikan sama ada dengan kontrak, projek, konsesi atau pemberian tunai.

Tuesday, August 19, 2014

TUN DR MAHATHIR KRITIK NAJIB, TETAPI SIAPA PEDULI?

"Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya." - Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menulis di blog beliau menjelaskan beliau tidak lagi menyokong Najib Razak. http://chedet.cc/?p=1438

Tun Dr Mahathir Mohamad amat terserlah bijak berpolitik. 

Semalam beliau secara rasmi tidak lagi menyokong Najib. Hari untuk mengisytiharnya pun hari yang istimewa - Isnin, hari pertama Najib memasuki pejabat selepas lama bercuti di Eropah.

Apa kata Dr Mahathir? Antara intipatinya:


* Saya tidak akan menyangkal kerana saya telah berkali-kali menegur dasar-dasar Kerajaan sekarang. Saya menegur kerana saya berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala-gala yang dilakukan oleh mereka baik-baik belaka. Hanya apabila ditegur sahaja barulah pemimpin akan sedar akan kesalahan dan mungkin akan memperbetulkannya.
** Pilihan saya bagi mengganti Tun Abdullah ialah Dato Seri Najib. Setelah beberapa lama dilihat bahawa dasar dan tindakan Dato Seri Najib tidak lebih berkesan dari Tun Abdullah.
*** Saya tidak sangka yang pencapaiannya dalam Pilihanraya Umum ke13 lebih buruk dari Tun Abdullah.
**** Harapan saya Dato Seri Najib akan mengambil ikhtibar dari prestasinya yang buruk dalam Pilihanraya Umum ke 13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Dato Seri Najib.
***** Wang Kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk segala-galanya. Bagi yang betul-betul miskin, bantuan seperti ini memanglah wajar. Tetapi beribu rakyat yang ditawar menolak bantuan wang seperti ini. Semangat rakyat untuk bekerja menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa apa-apa usaha oleh mereka. Semangat ini tidak akan menolong pembangunan Negara.
****** Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.
******* Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau oleh Datuk Seri Abdullah dan difitnah oleh ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima. Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya.
Kalau dulu, ketika Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, kritikan Dr Mahathir sudah cukup untuk merebahkan Pak Lah.
Tetapi tidak hari ini.
Dr Mahathir boleh menyalak senyaring mana pun, yang pasti kesannya tidak ke mana.
Kalau dulu kritikan Dr Mahathir untuk menjatuhkan Pak Lah mendapat sokongan pemimpin Umno termasuk Muhyiddin Yassin dan Najib Razak, hari ini Dr Mahathir keseorangan.
Kalau dulu Dr Mahathir mendapat sokongan 3-0, setakat hari ini, 2-0 sudah menyebelahi Najib.
Dua Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamid dan Hishammuddin Hussien, tidak menyokong Dr Mahathir.
Apa kata Hishammuddin?
Komen saya mengenai teguran Tun Mahathir Mohamad:

Tun Mahathir tidak pernah lokek dengan pandangan dan teguran. Tapi ini tak bermakna kita setuju dengan apa yang diluahkannya. Pada masa sama, saya tak nak aibkan pandangan Tun M kerana dari dulu lagi beliau ada pendiriannya sendiri. Saya hormati pandangan beliau. Jika sekiranya DS Najib tidak lakukan tindakan berani dengan berdepan dengan puak pemisah, tidak mungkin saya mampu mengurus kepulangan jenazah MH17 ke Malaysia. Justeru, terpulang kepada rakyat untuk menilai sendiri.
Apa kata Zahid?
Seseorang pemimpin yang telah dipilih rakyat harus dihormati termasuk oleh bekas pemimpin.
Setakat ini, belum ada kenyataan dari pemimpin Umno termasuk di peringkat bahagian menyokong pendirian Dr Mahathir terhadap Najib.
Kalau dulu Naib-Naib Presiden Umno menyokong Dr Mahathir untuk memencilkan Pak Lah, hari ini tiada sokongan untuk Dr Mahathir.
Itulah realiti politik Dr Mahathir perlu sedari.
Kebanyakan Ketua-Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen menyokong Najib.
Apa tidaknya. Kebanyakan mereka kini memegang pelbagai jawatan - ada sudah jadi Pengerusi GLC, ada sudah jadi Ahli Lembaga Pengarah, ada sudah jadi Penasihat dan ramai sudah bertaraf Menteri. 
Mereka cukup gembira dengan layanan yang diberikan oleh Presiden Umno, bukan macam zaman Dr Mahathir dulu. 
Yang tidak diberi jawatan pun kelihatan tersenyum gembira. Hanya mereka sahaja yang tahu sebabnya.

Monday, August 18, 2014

PUTERI UMNO DULU AYU, SEKARANG LAYU

APABILA Umno menubuhkan Pergerakan Puteri Umno pada 3 Ogos 2001, parti-parti pembangkang merasa bimbang akan kehilangan sokongan dari generasi muda.

Muslimah Pas mencadangkan agar Dewan Muslimah Muda ditubuhkan bagaimanapun cadangan tersebut ditolak oleh Muktamar Pas.

Puteri Umno ketika itu digeruni oleh parti-parti pembangkang. Apa tidaknya, wajah-wajah ayu ahli-ahli Puteri sudah cukup untuk menawan hati pengundi-pengundi muda untuk menyokong Umno dan BN.

Azalina Othman Aziz, seorang peguam, dipilih menjadi Ketua Puteri pertama dan pada 2008, Noraini Ahmad, Ahli Parlimen Parit Sulong dipilih menggantikan beliau.

Selepas Noraini, Puteri seolah-olah hilang "keayuan"nya malah semakin layu.

Lebih memilukan apabila rupa paras ketua-ketua puteri menjadi bahan jenaka.

Tetapi yang lebih membimbangkan Umno sekarang ini ialah pergerakan Puteri kini tiada visi dan bergerak tanpa haluan.

Dan beberapa hari lalu bekas Ketua Puteri membuat teguran keras terhadap pergerakan yang pernah beliau ketuai.

Tahniah Azalina kerana berani menegur.

Teguran Azalina:

ARKIB : 15/08/2014

'Tutup kedai' jika tidak pandai berpolitik - Azalina


KOTA TINGGI 14 Ogos - Pergerakan Puteri UMNO dinasihatkan supaya 'tutup kedai' jika tidak pandai berpolitik.

Bekas Ketua Pergerakan sayap itu, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, cara berpolitik pergerakan berkenaan memerlukan perubahan kerana tanggungjawab Puteri bukan sahaja menambahkan ahli, sebaliknya perlu menentukan generasi muda Melayu terus menyokong perjuangan UMNO.

"Perlu diingatkan bahawa Puteri jangan buat kerja Wanita, begitu juga Wanita jangan pula buat kerja Puteri. Kita kena tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing. Tanggungjawab Puteri tentukan golongan muda menyokong UMNO kerana Puteri yang lebih mengenali golongan muda tersebut.

"Di samping itu, kita juga perlu menekankan tentang kualiti bukan kuantiti. Kalau ahli ramai tetapi tidak mengundi tidak berguna juga. Jika itu pun kita masih tidak faham makna berpolitik, kita tidak matang," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Pergerakan Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Pengerang di Dewan Bandaran Kejora, Bandar Mas di sini baru-baru ini.

Azalina yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Pengerang berkata, UMNO merupakan parti yang berdisiplin sejak dahulu dan buktinya dapat dilihat apabila masih bertahan sejak merdeka sehingga kini.

Beliau turut mengingatkan semua sayap parti di bahagian tersebut supaya tidak berasa selesa dengan kedudukan sekarang dan terus bekerja keras mendapatkan sokongan pengundi.

"Kita masih perlu untuk 'mengUMNOkan' orang Melayu secara menyeluruh. Kalau kita sebagai ahli parti tidak faham perjuangan UMNO bagaimana hendak tarik mereka di peringkat akar umbi.

"Perjuangan kita untuk memastikan kesinambungan orang Melayu memimpin negara dan itu menjadi tanggungjawab kita untuk menentukan dan menjamin kesinambungan kepimpinan negara datang daripada UMNO," katanya


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140815/po_19/Tutup-kedai-jika-tidak-pandai-berpolitik---Azalina#ixzz3AMOYQhIg

Thursday, August 7, 2014

TUKAR MB BUKAN MUDAH KERANA WANG, KUASA & KEISTIMEWAAN

BUKAN mudah untuk menyingkirkan seorang Menteri Besar.

Itulah realitinya. Kini Pakatan Rakyat sedang mengharungi cabaran paling getir di dalam sejarah pakatan mereka.

Silap percaturan, berkecai pakatan yang mereka tubuhkan 6 tahun lalu.

KUASA, WANG dan KEISTIMEWAAN sukar hendak dilepaskan. Kerana itu lah, kita mendengar kenyataan-kenyataan pelik dan ganjil dari pemegang jawatan.

Antaranya, "dia akan tetap Menteri Besar (walaupun dipecat) tetapi sebagai Adun bebas."

Kadang-kadang betul kata orang tua-tua. Ahli politik, kulit mukanya tebal. Rasa malunya kurang.

Kita tertanya-tanya apakah isi hati Khalid Ibrahim. Ditolak oleh partinya sendiri, tetapi masih mahu memegang jawatan.

Kalau ikut adab politik, jawatan adalah hak parti dan bukan hak individu. Tapi di dalam kes Khalid, jawatan ada lah hak individu.

Di dalam sejarah politik, memang sukar bagi pemimpin melepaskan kuasa.

Sebab itu lah ramai Timbalan Perdana Menteri sebelum ini tidak dapat merasa kerusi Perdana Menteri.

Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim tak sempat merasa kerusi Perdana Menteri kerana Tun Dr Mahathir Mohamad merasakan hanya beliau paling layak menjadi PM. Tidak lama lagi, Muhyiddin Yassin juga akan menuruti jejak Musa, Ghafar dan Anwar.




Bulan Mei tahun ini, Menteri Besar Terengganu Ahmad Said keluar Umno selama 2 hari semata-mata kerana marah dilucutkan jawatan oleh Najib Razak.

Bayangkan, pengerusi perhubungan Umno negeri sanggup meninggalkan parti keramat semata-mata kerana terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar.

Padahal, menurut cerita, awal-awal lagi Najib mahu menggugurkan Ahmad Said selepas PRU-13 tetapi dek rayuan dan tangisan, maka Ahmad Said diberi tempoh setahun untuk melepaskan jawatan.

Cukup tempoh, kecoh jadinya.

Malah, katanya, bukan Ahmad Said sahaja yang mahu ditukarkan, Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob, Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan dan Ketua Menteri Sabah Musa Aman juga antara yang tersenarai untuk ditukarkan awal tahun ini.

Tetapi selepas insiden pemberontakan Ahmad Said, Najib kecut perut, maka jangan kan hendak menukar Menteri Besar, hendak merombak Kabinet pun Najib takut.

Adnan, Mohamad Hasan dan Musa seharusnya berterima kasih kepada Ahmad Said yang sedang berpencen.




Di Kedah, selepas pilihanraya umum 1995, penukaran Menteri Besar Kedah juga kecoh.

Sanusi Junid dijanjikan jawatan Menteri Besar selepas PRU-9, tetapi Menteri Besar ketika itu, Osman Aroff, merayu kepada Dr Mahathir agar diberikan tempoh setahun untuk beliau melepaskan jawatan.


Sanusi terpaksa menunggu 14 bulan untuk menjadi Menteri Besar itupun selepas berlaku kekecohan besar di Kedah di mana Adun-Adun menentang hasrat Dr Mahathir.

Tangan-tangan ghaib Anwar Ibrahim pada ketika itu menyulitkan lagi proses perletakan jawatan Osman. 

Kesudahannya, Osman terpaksa juga meletakkan jawatan.

Begitulah sukarnya proses menukar Menteri Besar - tidak kira Menteri Besar Umno atau PKR.

Ini semua kerana WANG, KUASA dan KEISTIMEWAAN yang datang dengan jawatan tersebut.

Dalam kes, Khalid, Jelapang tertarik dengan satu tulisan yang disiarkan oleh akhbar the Star.

Berikut ialah artikel tersebut:


Khalid must go

August 5th, 2014 by adminCategories: GovernanceOpinion2 Responses
by Wan Saiful Wan Jan. First published by The Star 5
 August 2014
It is really sad that the Raya festivities were clouded 
by the Selangor Menteri Besar crisis. Even on the 
Raya day itself I was receiving calls from 
reporters asking for comments.
I personally like the way Tan Sri Khalid Ibrahim’s
 style of running the state. I do not know him 
personally but I have been told many times that
 he does not allow partisan politics to get in 
the way of state administration.
Apparently he also runs the state like a business,
 in which executive decisions are made after 
weighing the pros and cons of various options,
 with minimal consideration on the impacts of 
his decisions on the parties in Pakatan Rakyat.
In a country where partisanship seems to cloud
 almost evertything, this style of management
 sounds refreshing.
But PKR has decided that it is time for Khalid
 to go, to be replaced with Datin Seri Wan Azizah.
 We all know that she is not just a newly minted 
ADUN for Kajang but is also president of PKR
 and wife of Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
I see PKR’s decision as sufficient reason to make
 Khalid step down. I do not need any more 
justifications because the MB post is a party
 appointment. In our Westminster system, the
 party nominates as MB a person whom they
 believe commands the greatest confidence from 
the state legislative assembly members. 
When the party loses confidence in you, then it is
 time for you to step down gracefully.
It is most unfortunate that Khalid is now
 behaving like a two year old child whose 
mother threatens to take away a toy that does
 not belong to him anyway. He refuses to give 
it up, acting as if the post is his to keep.
And some of his aides are behaving in an 
unacceptable manner too. They are openly 
attacking the very people who put Khalid there.
 There is a good Malay proverb for this
 challenging attitude – “hidung tak mancung pipi
 tersorong sorong”.
Khalid and his team seem to have forgotten that 
he was put in that position by virtue of him 
being a member of PKR. It is really sad to see
 him hanging on the post based on the
 alleged support of other parties. His reaction 
to this whole saga is, simply put, childish.
But we must not forget that this whole mess
 started with PKR, and, to equal extent, Pakatan
 Rakyat as a whole. They were the one who 
went all out to praise Khalid’s administration
 in the last general elections. And they 
nominated him to the post again immediately
 after GE13. Worst, when they initiated the
 ‘Kajang Move’, they shied away from saying
 that they want to change the MB.
Now, the public is questioning why they want
 to remove someone whom they themselves
 have said is a brilliant administrator. And 
the public wants to know why the politicians
 lied when denying that the Kajang Move is 
about changing the MB. These are valid 
questions that PKR brought onto themselves.
It doesn’t help either that PKR is 
nominating the wife of their unelected 
party leader to be the replacement MB. You do
 not need a degree in rocket science to know
 that if Prime Minister Najib Razak were to
 nominate Datin Sri Rosmah Mansor for any post,
 PKR and its allies would be the first to scream
 corruption. The double standard is too blatant
 and the hypocrisy is too obvious.
But the wrong choice for MB does not negate 
the need for Khalid to resign. Khalid still needs 
to resign regardless of Wan Azizah’s nomination.
 And if PKR goes ahead with Wan Azizah,
 we should punish them for this hypocrisy at the 
next election.
The situation is further complicated by the
 statement by PAS President Hadi Awang in support
 of Khalid. It can be argued that Hadi was 
merely reiterating the previous decision of his
 party. But his timing and the way he phrased his 
statement raised so many questions and criticisms
 against PAS.
Hadi’s statement even caused people to question 
whether or not PAS is committed to the Pakatan 
Rakyat coalition. To me his timing and 
insensitivity towards the sentiment on the ground 
only shows how he is not fit to be PAS’ president
 anymore.
Let me be clear. Hadi is a great scholar. 
His Islamic credentials are recognised globally
 and I would follow his religious advice any
 time. But being a respected scholar is not the
 same with being a good politician.
To lead a dynamic party like PAS today requires
 someone who can combine both. Hadi does not
 have that strength and his mistake in this particular 
case has caused not just division in Pakatan Rakyat 
but also a major rift within PAS.
If PAS is serious about remaining as a mainstream
 party, they need to find a good politician to 
build on the strong platform that Hadi has built up 
to date. But if they allow Hadi to remain, his
 ineptitude will further weaken the party in the
 years to come.
While all that is taking place, Khalid must
 step down gracefully. Barisan Nasional parties 
should not place their support to someone like 
Khalid who has clearly shown that he has 
no respect for party discipline.
BN, and especially UMNO, needs to ask
 themselves, do they really want to set a 
precedent where someone appointed by the
 party can simply ignore the instructions from
 headquarters when dealing with such an important
 post? Khalid has shown that he is a dangerous man
 that can damage any party he is in. He should 
be avoided by all parties.
Dan penjelasan Rafizi Ramli kenapa 
PKR mahu menukar Menteri Besar Selangor
di link ini: 

Tuesday, August 5, 2014

EDL: KEPENTINGAN SYARIKAT MENGATASI KEPENTINGAN RAKYAT

10 Mac 2012: "Mereka yang tidak menggunakan EDL tidak sewajarnya dikenakan bayaran tol. Kita akan selesaikan perkara ini." - Najib Razak semasa Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Johor Baru.
http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2012/3/10/mstar_berita/20120310090504

30 Ogos 2012: Kerajaan memutuskan untuk mengambil alih EDL dari MRCB. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nor Mohamed Yakcop.
https://my.news.yahoo.com/kerajaan-akan-ambil-alih-lingkaran-penyuraian-timur-johor-124014880--finance.html

1 September 2012: "Ini adalah hadiah MERDEKA yang terbaik." - Shahrir Samad, Ahli Parlimen Johor Baru apabila Kerajaan mengumumkan akan mengambil alih EDL dari MRCB.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/shahrir-pertahan-kerajaan-ambilalih-edl

5 Mei 2013: PRU-13

31 JULAI 2014: Lembaga Lebuhraya Malaysia mengumumkan tol di CIQ Johor Baru bagi menampung kos pembinaan dan penyenggaraan EDL serta kemudahan di CIQ.
http://www.tv14.my/?p=4843

4 Ogos 2014: Ahli Parlimen Pulai Nur Jazlan Mohamed menulis, "sebagai Ahli Parlimen untuk semua kaum, saya berpendapat keputusan kerajaan menaikkan kadar tol berkenaan tanpa mengadakan rundingan dengan pihak berkepentingan termasuk saya sendiri selaku Ahli Parlimen amat tidak menggambarkan konsep "rakyat didahulukan."

http://www.themalaysianinsider.com/opinion/nur-jazlan/article/putrajaya-salah-strategi-isu-kenaikan-tol-tambak-johor

Apabila kerajaan mengumumkan akan mengambil alih EDL dua tahun lepas dan tol percuma, bertepuk kegembiraan orang Johor.

Jelapang masih ingat pada masa itu, apabila tol hendak dikenakan MCA yang diketuai oleh Chua Soi Lek protes. 

Shahrir Samad protes. Menteri Besar Ghani Othman pada masa itu pun protes kerana takut kalah pilihanraya umum ke 13.

Bagi meredakan keadaan, Nor Yakcop mengumumkan kerajaan akan mengambil alih EDL.

Pada masa itu, Perdana Menteri pun bersetuju dengan pandangan bahawa mereka yang tidak menggunakan EDL tidak sepatutnya membayar tol kerana tol dikutip di CIQ kerana tiada plaza tol di sepanjang EDL. Memandangkan ramai yang tidak menggunakan EDL tetapi terpaksa melalui CIQ untuk ke Singapura, maka mereka memprotes kerana dipaksa membayar tol di CIQ.

Maka apabila, EDL dibuka pada 1 April 2012, sehingga 31 Julai 2014, pengguna tidak membayar tol.

Tiba-tiba 1 Ogos, mereka dikenakan tol.

Biasalah, pilihanraya dah lepas. Bukan semua JANJI perlu ditepati.

Kepada Nur Jazlan, sejak bila pula di Malaysia pandangan Ahli Parlimen diminta sebelum sesuatu keputusan dibuat? (Lihat tulisan Nur Jazlan di atas)

Tidak mungkin Nur Jazlan tidak tahu. Sudah 3 penggal (10 tahun) beliau menjadi Ahli Parlimen. 

Ramai yang menghentam Nur Jazlan kerana tulisan beliau.

Sebagai Ahli Parlimen BN, adalah tanggungjawab Nur Jazlan mempertahankan keputusan kerajaan di Parlimen walaupun keputusan tersebut bertentangan dengan janji dan tidak masuk akal.

Apabila isu seperti ini tidak dapat dipertahankan lagi, Kerajaan akan ubah (reverse) keputusan dan gunalah alasan "kerajaan prihatin dengan pandangan rakyat."

Dalam kes EDL ini, pandangan orang di akar umbi mudah saja.

Kepentingan syarikat (MRCB) mengatasi kepentingan rakyat.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

TAMAT