Friday, February 28, 2014

KHALID IBRAHIM SANGGAH PKR & DIPUJI UMNO

Ada perpatah berkata, "tiada kawan yang kekal dan tiada musuh yang kekal" di dalam dunia politik.

Sekali lagi perpatah ini membuktikan kebenarannya.

Kalau dulunya, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim digelar "KHALID GAGAP" oleh musuh politik parti beliau serta diugut akan didedahkan video yang diambil curi di pejabat beliau, hari ini musuh beliau bertukar menjadi kawan.

Khalid dipuji bertalu-talu oleh musuh politik beliau di sebelah Kerajaan kerana tindakan beliau menyetujui perjanjian bekalan air di antara Kerajaan Persekutuan dan Selangor.

Dan Khalid tiada segan silu untuk "MENYELAR" rakan politik di dalam parti beliau kerana cuba campur tangan di dalam urusan beliau.

Sebenarnya di dalam peperangan, jarang sekali kita mendengar musuh memuji musuh kecuali ada strategi yang akan memakan diri.

Sudah dua hari wajah Khalid menghiasi muka hadapan akhbar-akhbar utama.

Politik Malaysia tidak pernah sunyi dari insiden-insiden menarik.

Di akar umbi, bermacam lagi sedang diperkatakan.

Antaranya: 

1) Anwar Ibrahim akan menjadi MB Selangor.

2) Khalid Ibrahim akan dipecat PKR seperti mana Hassan Ali dipecat Pas.

3) Anwar akan dipenjarakan apabila kes liwat beliau diputuskan oleh mahkamah.

4) Najib akan disingkirkan oleh pemimpin Umno tidak lama lagi.

5) Ramai Menteri Umno akan dipencenkan April ini apabila rombakan Kabinet dibuat.

Sementara itu, Khalid akan terus mendapat pujian untuk seminggu dua lagi.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/bn-selangor-ucap-tahniah-pada-khalid-1.255450

Thursday, February 27, 2014

ORANG CINA TAK PERLU PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI TETAPI TETAP KAYA

Teringat akan Jelapang suatu majlis yang cukup besar diadakan di UiTM Shah Alam pada September tahun lepas yang disempurnakan oleh Najib Razak.

Majlis tersebut dinamakan: MAJLIS PERMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA.

Maka malam tadi, seorang rakan Jelapang bertanyakan apa hasil yang telah diperolehi berikutan pelancaran program tersebut.

Katanya dia tidak pernah mendengar bangsa Cina, baik melalui DAP, MCA, Gerakan atau parti-parti Cina yang lain, mempunyai PROGRAM KHAS untuk memperkasakan kaum Tionghua.

Katanya lagi, dia tidak pernah dengar MCA membawa berbas-bas penyokong parti untuk berkempen memperkasakan kaum Cina tetapi CINA TETAP PERKASA.

Sebaliknya, orang Melayu membawa berbas-bas penyokong ke UiTM untuk menyaksikan satu majlis perasmian program pemerkasaan Melayu.

Tetapi katanya, bila saja taman perumahan dibuka, majoriti rumah-rumah kedai disapu bersih oleh Kaum Cina.

Dah 60 tahun merdeka, katanya, baru sekarang kita rasa perlu memperkasakan orang Melayu. Itu pun sekadar majlis pelancaran saja. 

Jelapang merasakan rakan kita ini terlalu sinis dan pesimistik terhadap program pemerkasaan yang dilancarkan oleh Najib.

Lebih sinis lagi apabila rakan Jelapang berkata: "Kalau susah sangat nak dapat hasil, isytihar sajalah anak Tun Mahathir sebagai simbol kejayaan Program Pemerkasaan Ekonomi Melayu.
 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Mokhzani_Azmanantara10terkaya/Article/index_html

Difikirkan balik, ada kebenarannya juga. Kaum Cina tidak pernah ada program permerkasaan kaumnya, tetapi kaum Cina lebih jauh berharta dari orang Melayu.

Dan kita juga hairan, apa yang sebenarnya telah dilakukan oleh Kerajaan yang ditadbir oleh orang Melayu sejak merdeka lagi dalam memperkasakan orang Melayu sehinggakan pada tahun 2013, Kerajaan secara tiba-tiba merasakan perlu untuk melancarkan satu program permerkasaan ekonomi orang Melayu.

Dan sejak dilancarkan besar-besaran oleh Najib September lalu, kita masih tidak mendapat gambaran akan pencapaian program tersebut.

Sebagai memperingati semula majlis tersebut, disenaraikan semula janji Najib untuk memperkasakan orang Melayu.

Berikut adalah 34 Touch Points yang diumumkan Najib sempena Majlis Permerkasaan Ekonomi Bumiputera yang berlangsung di Dewan Canselor, UiTM Shah Alam.

Fokus Pemerkasaan Pertama: Mendaya Modal Insan Bumiputera.

1. Memperbanyakkan Program Latihan Peningkatan Kemahiran.
2. Mempergiatkan Program Latihan Semula atau Re-Skilling.
3. Mempergiatkan Skim Latihan 1Malaysia, Program Kebolehpasaran Graduan dan Program Peneraju Skil.
4. Memperluaskan Program Pendidikan Lepas Ijazah melalui Jabatan Perkhidmatan Awam, MARA dan agensi berkaitan.
5. Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) diperluaskan.
Fokus Pemerkasaan Kedua: Memantapkan Pemilikian Ekuiti Bumiputera Dalam Sektor Korporat.
6. Melancarkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) dengan suntikan pelaburan 10 bilion unit saham.
7. Mentransformasikan program Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) melalui Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS).
Fokus Pemerkasaan Ketiga: Memperkukuh Pemilikan Aset Bukan Kewangan Bumiputera.
8. Memperkemaskan Yayasan Wakaf Malaysia.
9. Memperkukuhkan peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Berhad(PHB), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bagi membangun dan memperoleh hartanah komersil dan industri.
10. Memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputera melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan Kerajaan Negeri.
11. Perkukuhkan UDA Corporation untuk membangunkan hartanah.
12. GLC yang terlibat dalam pembangunan hartanah memberi penekanan kepada pembangunan hartanah Bumiputera.
Fokus Pemerkasaan Keempat: Memperhebatkan Keusahawanan dan Perniagaan Bumiputera.
13. Memperkuatkan peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB.
14. Menambah pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta.
15. Menambah pembiayaan pinjaman kepada TEKUN Nasional sebanyak RM700 juta.
16. Mengarahkan kementerian dan agensi mengukuhkan Program Pembangunan Vendor.
17. Memastikan jangkamasa kontrak dan konsesi vendor disesuai dengan tempoh bayar balik pinjaman bank.
18. Melonjakkan program VDP di bawah PETRONAS, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM), Axiata dan United Engineers (Malaysia) Berhad (UEM).
19. Ketua Pegawai Eksekutif GLC menetapkan sasaran penyertaan Bumiputera sebagai KPI.
20. Program VDP PETRONAS RM20 bilion setahun dan 22 skop kerja untuk Bumiputera.
21. GLC dan GLIC menerajui usaha mengwujudkan konsortium syarikat Bumiputera dalam sektor rangkaian perbekalan.
22. Mempergiatkan program penswastaan perkhidmatan Kerajaan secara terpilih.
23. Memperluaskan dasar carve out.
24. Membina satu komuniti baru entrepreneur Bumiputera.
25. Memperkenalkan Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB).
Fokus Pemerkasaan Kelima: Memantapkan Ekosistem Penyampaian Perkhidmatan.
26. Mewujudkan ekosistem penyampaian perkhidmatan yang cekap, komprehensif dan konstraktif
27. Mewujudkan Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di semua kementerian.
28. Meningkatkan enrolmen pelajar UiTM kepada 250,000 menjelang 2020.
29. Menubuhkan beberapa kampus baru UiTM.
30. Menubuhkan dana pendidikan MARA berjumlah RM1 bilion.
31. Membestarikan TERAJU.
32. Mewujudkan komuniti entreprenuer Bumiputera.
33. Meletakkan INSKEN dan SUPERB di bawah TERAJU.
34. Menubuhkan Majlis Ekonomi Bumiputera atau MEB bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera.




Monday, February 24, 2014

PEGAWAI POLIS MILIKI RM20 JUTA DALAM AKAUN


SPRM jumpa RM20 juta dalam akaun bank polis yang disiasat kerana rasuah


FEBRUARY 23, 2014
Siasatan selama enam bulan yang dijalankan terhadap 60 pegawai polis yang disyaki terlibat dalam rasuah dan menggelapkan wang membongkar sesuatu yang mengejutkan – seorang pegawai kanannya mempunyai RM20 juta dalam beberapa akaun banknya, kata seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dengan syarat namanya tidak disiarkan, pegawai itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa pegawai kanan tersebut tidak dapat menjawab dari mana datangnya wang dalam banknya itu.
"Siasatan masih dijalankan. Akan ada lagi beberapa pendedahan dalam minggu-minggu akan datang," kata sumber itu.
Sumber juga berkata, tidak mustahil ada ramai lagi pegawai polis yang mengumpul harta boleh pindah atau tidak boleh pindah yang bernilai jutaan ringgit.
"Penyiasat juga terkejut dengan jumlah wang yang ada pada pegawai kanan ini, tetapi kami percaya banyak lagi yang akan kami temui," katanya.
Semua 60 pegawai polis itu, angka paling besar yang pernah disiasat SPRM serentak, kebanyakannya pegawai kanan yang bertugas di seluruh negara.
The Malaysian Insider difahamkan bahawa pasukan yang merangkumi pegawai kanan daripada SPRM, Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Suruhanjaya Sekuriti dan polis telibat dalam penyiasatan ini.
Pasukan ini diketuai oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Disebabkan masalah teknikal yang muncul baru-baru ini, pasukan penyisatan ini dibesarkan.
Sumber berkata, pasukan tersebut akan bertanggungjawab terus kepada Gani yang mengetuai siasatan bagi memastikan bukti sahih dapat dikumpul untuk menjamin pendakwaan yang kukuh dalam mahkamah.
Pada 25 Januari lalu, The Malaysian Insider melaporkan seorang pegawai kanan polis, salah seorang daripada 60 pegawai yang di bawah penyiasatan, merupakan antara polis yang menjadi orang tengah dengan SPRM untuk membantu mengenalpasti polis yang korup dengan janji diberi imuniti.
Dilaporkan pegawai polis kanan itu bersetuju untuk menamakan beberapa lagi pegawai kanan polis untuk menjaga kepentingan dirinya.
"Siasatan sudah berjalan untuk beberapa bulan, dan penyiasat mendapati kira-kira 30 pegawai polis sedang hidup lebih daripada kemampuan mereka.
"Ramai daripada pegawai kanan ini ditugaskan di serata negara, dan dijumpai dengan paling kurang RM1 juta atau lebih dalam akaun bank masing-masing.
"Pegawai ini tidak cuba pun untuk menyembunyikan kekayaan mereka," kata pegawai itu.
Dalam laporan awal, The Malaysian Insider melaporkan aduan daripada seorang pegawai polis yang tidak berpuas hati kepada SPRM yang memulakan siasatan mengakibatkan 60 pegawai polis disyaki.
Pegawai ini didakwa mengumpul rasuah daripada pengendali perniagaan haram di ibu negara. Perniagaan ini termasuk kafe siber haram dan rumah urut serta sarang pelacuran.
Bergantung kepada jenis perniagaan, setiap pengendali membayar antara RM10,000 hingga RM50,000 sebulan kepada polis untuk mengelak diserbu dan diganggu.
Oleh kerana siasatan SPRM ini, seorang pegawai bergelar 'Datuk' dipindahkan ke sekretariat polis di Bukit Aman.
SPRM menjumpai RM6 juta dalam akaun bank 'Datuk' yang disoal oleh SPRM itu.
Bagaimanapun, pegawai SPRM itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa RM6 juta itu hanyalah permulaan sahaja.
Sementara siasatan semakin giat dijalankan, SPRM juga merampas kereta mewah seperti Range Rover Evoque (bernilai RM400,000), Nissan Skyline (RM388,000) Toyota Vellfire (RM450,000), BMW 7-siri (RM800,000) dan Mercedes Benz E-class (RM400,000) daripada suspek.
Selain daripada hartanah dan kereta mewah, polis juga merampas sejumlah wang yang banyak, barang kemas dan emas daripada beberapa anggota polis itu. – 23 Februari, 2014.

Tuesday, February 18, 2014

ADENAN SATEM & MATTEO, TUA & MUDA

 Di ITALI, rakyat Itali memilih Matteo Renzi sebagai Perdana Menteri yang baru pada USIA 39 tahun. Matteo dilahirkan pada 11 Januari 1975.
http://www.bbc.co.uk/news/world-europe-26222179
http://www.euronews.com/2014/02/17/who-is-matteo-renzi/



Di SARAWAK, Taib Mahmud memilih Adenan Satem untuk menggantikan beliau sebagai Ketua Menteri yang baru. Adenan dilahirkan pada 27 Januari 1944 dan BERUSIA 70 TAHUN.
http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=1014000

Saturday, February 15, 2014

RAKYAT SUDAH HILANG RASA HORMAT PADA NAJIB & KABINET

Selepas 5 hari Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri P.Waythamoorthy meletakkan jawatan, akhirnya kita mendapat reaksi Najib Razak mengenai tindakan pemimpin Hindraf itu.

Cara pentadbiran Najib lain dari yang lain. Lain dari cara Tun Dr Mahathir Mohamad dan lain dari cara Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Di era Dr Mahathir dan Pak Lah, reaksi kepada sesuatu insiden dapat dilihat SEGERA, tetapi era Najib nampaknya agak pelik - 5 hari baru rakyat dapat mengetahui pendirian Perdana Menteri.

Semalam Najib mengeluarkan kenyataan mengenai tindakan Waythamoorthy tersebut.

Apa kata Najib?

"Waythamoorthy tidak bertemu atau berunding dahulu sebelum berbuat demikian."
http://www.agendadaily.com/arkib/arkib-agenda-daily/berita-muka-hadapan/319-muka-hadapan/10663-waythamoorthy-tak-berunding-dengan-pm-
sebelum-letak-jawatan.html

Terperanjat kita apabila membaca kenyataan Perdana Menteri ini.

Kita mengharapkan scenarionya berbeza. Kita berharap kenyataan Najib akan berbunyi seperti berikut:

"Saya telah memanggil Waythamoorthy dan meminta penjelasan beliau dan selepas berbincang dengan beliau, saya mengambil keputusan untuk meminta beliau meletakkan jawatan dan meninggalkan Kabinet."

Kalau inilah kenyataan beliau, baru lah Perdana Menteri ada "CLASS".

Sebaliknya Waythamoorthy tidak berminat pun untuk bertemu dengan Perdana Menteri, orang yang melantik beliau sebagai Senator dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Surat perletakan jawatannya pun dikatakan dihantar kepada Perdana Menteri oleh pegawainya sahaja.

Apa maksudnya?

Ia bermaksud rakyat sudah HILANG rasa hormat pada Perdana Menteri, Kerajaan dan Kabinet.

Kita sudah sampai ke suatu tahap rakyat sudah TIDAK PANDANG pada Perdana Menteri, Kerajaan dan Kabinet. Tidak tahulah kita sekiranya Najib berpandangan sebaliknya.

Kalau rakyat benar-benar menghormati pemimpin hari ini tidak mungkin Najib diberi gelaran PM Kangkong, Hassan Malek Menteri Ayam, Zahid Hamidi Menteri Tin Kosong, Muhyiddin Yassin TPM Blur, Rosmah Mansor Menteri Membeli-belah, Hishammuddin Hussein Menteri Sotong, Maximus Ongkili Menteri Blackout dan Richard Riot Menteri Beli Ijazah?

Lihatlah isu KBS yang menjadi perasaan marah membuak-buak di kalangan guru.

Jurucakap mereka - Mohd Nor Izzat Mohd Johari - adalah seorang guru dari Seremban. http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/02/14/Teachers-still-grappling-with-PBS-NUTP-Full-review-of-schoolbased-assessment-needed-to-make-it-more/

Beliau dengan BERANI bangun memperjuangkan hak guru-guru tanpa mempunyai perasaan takut dan gentar kepada Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Kenapa?

Kerana pemimpin sudah hilang arah dan pemimpin sudah tidak lagi dipandang mulia oleh rakyat.

Siapa di dalam Kabinet hari ini yang dihormati rakyat? Kita minta Najib tepuk dada tanya selera.

Salah siapa?

Tidak lain dan tidak bukan salah NAJIB RAZAK dan ROSMAH MANSOR dan keseluruhan Menteri-Menteri Kabinet.

Kenyataan bodoh seolah-olah rakyat itu bodoh oleh Menteri-Menteri Kabinet dan keangkuhan pemimpin seperti terbaru Ketua Menteri Melaka Idris Haron yang sanggup membelanjakan RM200,000 semata-mata untuk membeli plat nombor kereta ketika rakyat menderita.

Menteri-Menteri yang pendidikannya tidak ke mana dan ada yang membeli ijazah berlagak pandai mahu membimbing rakyat sebenarnya amat memualkan.

Kepada Najib, cerminkan lah diri. Tanyalah diri adakah mertabat beliau sama seperti Allahyarham bapanya Tun Razak serta pemimpin terdahulu.

Tanyalah samada Menteri-Menteri Kabinet beliau dihormati seperti Menteri-Menteri Kabinet terdahulu?

Rakyat Malaysia adalah masyarakat yang masih berpegang kepada adat ketimuran. Kalau ikutkan hati, mereka sudah lama memberontak dan sudah lama mereka membaling telor ke arah pemimpin kerana di isi hati mereka, mereka sudah MUAK dan hilang rasa hormat kepada Najib dan Menteri-Menteri Kabinetnya.

Friday, February 14, 2014

AWANG ADEK JADI DUTA KE AMERIKA, JJ KE BANGSA-BANGSA BERSATU?



TAHNIAH kepada Ketua Bahagian Umno Bachok Awang Adek Hussin yang bakal dilantik sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat sekiranya apa yang ditulis oleh rakan kita Zaharin Sang Kelembai ini benar.

Sudah tentu ini berita paling menggembirakan Awang Adek yang kalah di Parlimen Bachok semasa PRU-13 tahun lepas.

TAHNIAH juga kepada Ahli Parlimen Rompin kerana berjaya mengekalkan STATUS Menteri beliau sekiranya dilantik menjadi Wakil Tetap Malaysia ke Bangsa-Bangsa Bersatu.

Hasrat Jamaluddin hendak kembali sebagai Menteri Kabinet tidak akan kesampaian kerana sejarah beliau sebagai Menteri Kabinet diselubungi pelbagai isu termasuk isu GANGGUAN SEKSUAL terhadap seorang wanita di sebuah hotel.

Kiranya, menjadi Wakil Tetap Malaysia bertaraf Menteri sudah cukup bagus untuk seseorang yang terjejas imejnya.

Tetapi ada rakan-rakan di dalam Umno berkata, Jamaluddin sudah lama TIDAK BERMINAT untuk kembali ke dalam Kabinet.

Katanya, setakat menjadi Duta pun sudah mencukupi buat Jamaluddin.

Malahan ada juga yang mengatakan ini penggal terakhir Jamaluddin di persada politik.

Jamaluddin dikatakan akan BERSARA dari politik menjelang PRU-14 nanti.

Thursday, February 13, 2014

SUMPAH ROSMAH MANSOR


Di atas adalah berita twitter yang dikeluarkan oleh Agenda Daily hari ini.

SUMPAH Rosmah ini adalah berkaitan dengan pemilikan harta mewah oleh anak tiri Najib Razak di Amerika Syarikat.

Cerita mengenai KEKAYAAN anak Rosmah boleh dibaca dilink ini:
http://www.sarawakreport.org/2014/01/wow-we-enter-riza-azizs-secret-beverly-hills-mansion-hollywood-exclusive/

Tuesday, February 11, 2014

JAMIL KHIR, TENGKU ADNAN & HASSAN MALEK DIGUGURKAN DARI KABINET?

 JAMIL KHIR

TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR

HASSAN MALEK

JAMIL KHIR, HASSAN MALEK DAN TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR.

Ketiga-tiga Menteri ini dikatakan akan DIGUGURKAN dari Kabinet apabila Najib Razak membuat rombakan Kabinet tidak lama lagi.

Najib dijangka merombak barisan Kabinet beliau selepas Mei tahun ini, genap setahun selepas PRU-13.

Menurut portal "Malaysian Digest" yang memetik sumber Pejabat Perdana Menteri, Hassan Malek, Tengku Adnan dan Jamil Khir akan digugurkan.

Menurut sumber tersebut, ketiga-tiga mereka ini telah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai Menteri.

Sumber tersebut dipetik sebagai berkata: "Ketiga-tiga mereka akan digugurkan kerana gagal melaksanakan dasar dan menangani isu dan mereka meletakkan tanggungjawab mereka dibahu Perdana Menteri dan meletakkan Perdana Menteri di dalam keadaan tertekan. Mereka sepatutnya bertanggung jawab kepada portfolio mereka dan bukannya membebankan Perdana Menteri dengan tanggungjawab mereka." (Jelapang: terjemahan).

Kata sumber tersebut lagi: "Perdana Menteri menerima tekanan yang tidak sepatutnya, semata-mata di atas kegagalan mereka melaksanakan tugas masing-masing."

Sumber tersebut juga berkata Kementerian Pengangkutan akan  dikembalikan kepada MCA.

Sumber tersebut turut melaporkan, selain Jamil Khir, Tengku Adnan dan Hassan Malek, beberapa Menteri lain juga mungkin digugurkan.

Katanya, ramai Menteri-Menteri yang berada di dalam Kabinet sekarang tidak popular di kalangan rakyat.

Bagaimanapun, yang pasti, Jamil Khir, Ku Nan dan Hassan Malek akan digugurkan sementara Menteri-Menteri sedang di dalam PERHATIAN.

Laporan penuh Malaysian Digest boleh dibaca di link ini: http://www.malaysiandigest.com/news/487285-cabinet-reshuffle-on-the-cards.html

Sunday, February 9, 2014

TAIB & WAYTHAMOORTHY TAK PANDANG NAJIB

 DUA peristiwa penting berlaku semalam.

1) Keputusan Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud untuk melepaskan jawatan yang dipegang beliau sejak 32 tahun yang lalu.

2) Timbalan Menteri di Jabatan Menteri P.Waythamoorthy meletakkan semua jawatan di dalam Kerajaan pimpinan Najib Razak.

Keputusan Taib Mahmud mungkin melegakan sesetengah pihak termasuk Najib Razak tetapi kita jangan terlalu yakin. Taib adalah gergasi politik dan Najib terlalu KERDIL untuk menyentuh Taib. Ini bukan kali pertama Taib dikatakan mahu melepaskan jawatan dan kesudahannya impian tidak kesampaian.

Episod keputusan Taib untuk melepaskan jawatan hari demi hari mendatangkan keaiban kepada Najib.

Bayangkan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional, Najib tidak mempunyai sebarang kuasa untuk membuat sebarang keputusan berkaitan kerajaan negeri Sarawak. 

LIHAT LAH KEKERDILAN NAJIB:

1) Keputusan Taib meletakkan jawatan diterima oleh BN Sarawak BUKAN Najib. http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2014/2/9/mstar_berita/20140209150815&sec=mstar_berita

2) Ketua Menteri baru Sarawak akan DIPILIH OLEH TAIB MAHMUD bukannya Najib. http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2014/2/9/mstar_berita/20140209164044&sec=mstar_berita

Jauh betul ketokohan Najib jika dibandingkan dengan bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak.


MASIH ingatkah kita peristiwa bersejarah ini?

Sejarah ini tercatat pada tanggal 19 April 2013, beberapa minggu sebelum PRU-13.

Pada masa itu, Najib menganggapnya sebagai satu kejayaan yang amat besar.

Pada majlis bersejarah tersebut, Najib menyaksikan penandatangani satu memorandum persefahaman di antara NGO India Hindraf yang di wakili Pengerusinya P.Waythamoorthy.

Antara janji Najib pada Hindraf dan kaum India pada masa itu ialah antaranya menubuhkan satu unit khas untuk membantu kaum India mengatasi masalah kemiskinan dan pengganguran.
http://www.thesundaily.my/node/198382

Berikutan perjanjian MOU itu. Waythamoorthy dilantik sebagai Timbalan Menteri walaupun mendapat tentangan yang cukup hebat dari Umno dan MIC.

Tidak sampai setahun menjadi Timbalan Menteri, esok tanggal 10 Feb 2014 Waythamoorthy akan meletakkan semua jawatannya di dalam Kerajaan.

Najib kelu untuk berkata-kata. Apabila ditanya oleh pemberita, Najib enggan menjawab sebarang soalan mengenai Waythamoorthy.

Sepertimana Taib Mahmud dan Waythamoorthy, mereka membuat keputusan TANPA perlu mendapat pandangan Najib sebagai Perdana Menteri.

Umno dan presidennya harus merasa MALU apabila mereka ditidak pedulikan oleh Taib dan Waytha di dalam membuat keputusan mereka.

Bagaimanapun Jelapang ingin merakamkan penghormatan kepada Waytha di atas ketegasan beliau.

Sekurang-kurangnya Waytha benar-benar berpegang kepada perjuangannya dalam memperjuangkan masa depan kaum India.

Janji mesti DITEPATI. 

Janji jika dimungkiri padah akibatnya.

Waytha adalah seorang pemimpin berprinsip, tidak seperti pemimpin Umno dan MIC.

Sanggupkah pemimpin Umno dan MIC melepaskan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri sekiranya JANJI pada bangsa mereka dimungkiri?

Jika hari ini 2 atau 3 Menteri Umno meletakkan jawatan kerana mahukan Najib dan Kerajaan lebih telus dan bertanggungjawab kepada bangsa, sudah pasti MASADEPAN Umno akan lebih cerah berbanding hari ini.

Tetapi ini tidak akan berlaku. Pemimpin Umno SAYANGKAN jawatan untuk perut sendiri bukannya untuk bangsa.

Hanya di depan media, mulut mereka berkata "saya sayang bangsa".

TAHNIAH P.WAYTHAMOORTHY




Thursday, February 6, 2014

GANI PATAIL: TIADA CAMPURTANGAN POLITIK DALAM KES SETIAUSAHA POLITIK


Hari ini Peguam Negara Gani Patail memberi penjelasan kenapa kes melibatkan bekas Setiausaha Politik Shahrizat Jalil, Suhaimi Ibrahim, masih belum didakwa di mahkamah.

Berikut penjelasan Gani:

"Kedua-dua mereka yang belum didakwa masih dalam siasatan SPRM, untuk mendapatkan bukti yang kukuh. Ramai yang mendesak saya termasuk orang kenamaan serta wakil rakyat dari parti pembangkang berhubung kes tersebut, ada yang mendesak supaya tuduh ada juga yang minta supaya kes itu tidak perlu dituduh. Jika saya biarkan diri saya dipengaruhi campur tangan politik, saya tidak boleh menyalahkan sesiapa kecuali diri saya kerana itu salah saya."
http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=1012386

Penjelasan Gani ini adalah berikutan kenyataan yang dibuat oleh Johan Jaafar, Pengerusi Panel Penasihat dan Perundingan SPRM.

Kata Johan:

"Panel Penasihat Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bimbang mengenai spekulasi dalam media berhubung dua bekas pegawai seorang menteri Kabinet yang belum didakwa di mahkamah seperti diumumkan minggu lepas. Sebagai sebuah panel bebas, kami berasa bimbang tentang perkembangan ini kerana ia boleh menimbulkan spekulasi atau tanggapan mengenai campur tangan luar. 
Panel ini menarik perhatian bahawa ia dengan tegas berpendapat bahawa untuk menampakkan ketelusan, Jabatan Peguam Negara perlu memberi penjelasan. Panel ini kesal terhadap spekulasi bertiup kencang mengenai campur tangan politik atau pendakwaan terpilih berhubung dengan perkara itu tetapi menambah ia percaya perkara seumpama itu tidak benar sama sekali. http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140204/dn_16/Panel-penasihat-SPRM-mahu-penjelasan
Untuk makluman Gani, apa yang dicakap di kedai-kedai kopi mengenai perkara ini.

Kata mereka:

"Si dia pergi mengadap si ketua. Suruh si ketua jangan charge si pegawai. Si ketua  pula talipon si loyar, jangan buat apa-apa lagi kes itu."
Mulut orang tidak dapat kita jaga. Kita yakin cerita di kedai-kedai kopi ini semua FITNAH belaka.

Apa yang Gani cakap hari ini, kita WAJIB percaya iaitu tiada campur tangan politik.

Tidak pernah pun di dalam sejarah negara, ada sebarang campur tangan politik dalam kes-kes yang disiasat oleh SPRM. PERCAYA LAH.

Bagaimanapun kita perlu mengingatkan semula Gani akan kenyataan yang dibuat oleh Pesuruhjaya SPRM Mustafar Ali.

Kenyataan yang dikeluarkan beliau pada 27 Januari dulu berbunyi:

"Dua orang termasuk seorang bekas setiausaha politik bergelar ‘Datuk’ ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung penyelewengan dana lebih RM1.1 juta melibatkan tiga yayasan. Seorang lagi yang ditahan itu merupakan pengarah yayasan yang diketuai bekas setiausaha politik terbabit.
Kedua-dua individu yang berusia pertengahan 30-an dan awal 50-an itu akan DIDAKWA di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ESOK.”


Wednesday, February 5, 2014

TAIB MAHMUD AKAN BERUNDUR? IA HANYA SUATU KHAYALAN


TAIB MAHMUD akan berundur sebagai Ketua Menteri Sarawak (ralat) bulan ini?

MUSTAHIL.

Kita tidak akan mempercayai laporan seperti ini sehinggalah ia benar-benar menjadi realiti.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Taibundurbulanini/Article/

Tuesday, February 4, 2014

MB TERENGGANU BERJAYA BAWA BALIK SEMINAR DARI ANTARTIKA



Seorang rakan dari Terengganu yang datang bercuti di utara semasa Hari Raya Cina baru-baru amat bimbang mengenai kesihatan Menteri Besar beliau yang BEREXPEDISI SAINTIFIK di Antartika.

Walaupun berulangkali diyakinkan bahawa lawatan tersebut adalah PENGORBANAN besar Ahmad Said untuk rakyat Terengganu, rakan kita masih tidak berpuashati kerana bimbang akan kesihatan YAB dari Terengganu ini di tempat cuaca yang amat sejuk berbanding suhu di Kampung Kalong, Kemaman, tempat lahir MB Terengganu ini.

Hari ini, Ahmad Said selamat tiba di tanahair selepas berada di Antartika selama 11 hari.

Hasil expedisi tersebut, satu SEMINAR akan diadakan.

Berikut ialah kenyataan Ahmad Said semasa ketibaan di KLIA hari ini:

"Susulan kepada ekspedisi itu, satu seminar membabitkan saintis dari Malaysia dan Chile dijadual berlangsung pada Ogos depan bersempena 'The Biennial SCAR Open Science Conference and Delegates Meeting 2014."

Baca di sini: http://www.sinarharian.com.my/nasional/ahmad-said-ekspedisi-antartika-bukan-pembaziran-1.247597

TAHNIAH KEPADA MB TERENGGANU.

Seminar sepenting ini seharusnya dirasmikan oleh sekurang-kurangnya oleh Perdana Menteri.

TAHNIAH SEKALI LAGI KEPADA AHMAD SAID. Tanpa lawatan tersebut, tidak pernah pun kita terfikir akan perlunya diadakan seminar sedemikian rupa.

Salam dari MB Terengganu semasa di Antartika boleh dibaca di sini: http://teganukita.blogspot.com/2014/01/salam-mb-terengganu-dari-antartika.html

Saturday, February 1, 2014

ROSMAH TERFIKIR MENGHADAP RAJA & PERMAISURI SWEDEN

Alhamdullilah. Akhirnya empat anak Azizul Raheem Awalluddin dan Shalwati Norshal dapat kembali ke tanahair.

Terima kasih juga kita kepada Rosmah Mansor yang begitu perihatin kepada nasib keluarga Malaysia ini.

Kata Rosmah: "Saya ada terfikir hendak ke sana (Sweden) menghadap Raja dan Permaisuri Sweden untuk meminta bantuan mereka, tetapi alhamdulillah, sebelum saya sempat ke situ, Hamzah berjaya bawa mereka balik. Saya harap saudara mereka akan menjaga mereka dengan baik seperti anak sendiri, dan saya akan bantu sekiranya ada masalah."
http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=1011535

Kepada rakyat Malaysia yang berkhidmat di negara luar, belajar lah mengenai undang-undang negara orang sebelum ke sana.

Kata mat salleh: "Ignorant of the law is no excuse".

Di mana-mana pun, undang-undang perlu dihormati samada kita suka atau tidak. 

Kepada Rosmah, terima kasih sekali lagi.