Sunday, January 26, 2014

ZAHIDI PADANG BESAR TEGUR NAJIB


TIDAK ramai pemimpin Umno BERANI mengkritik Presiden Umno dan Perdana Menteri Najib Razak walaupun KEPUTUSAN yang beliau buat itu SALAH.

Menteri-Menteri Kabinet pula mencontohi sikap Najib berdiam diri sehinggakan ada pihak mengeluarkan kenyataan menghentam bapak-bapak Menteri kerana membisu ketika Najib dihentam teruk ekoran pelbagai isu dan yang terakhir isu Kangkong.

Sikap para Menteri sudah dijangka. Silap bercakap, akan jadi seperti Hasan Malek. Silap cakap akan digelar Menteri Ayam.

Silap cakap, Mac nanti apabila rombakan Kabinet dibuat, nama akan tersingkir. Apa tidaknya, ramai lagi kawan sendiri sedang mengintai jawatan Menteri.

Tidak kurang pemimpin Umno yang di luar sana tersenyum simpul melihat kontroversi yang menyelubungi Hasan Malek, Shahidan Kassim, Ismail Sabri, Shabeery Chik, Tengku Adnan Tengku Mansor, Idris Jusoh dan lain-lain.

Di dalam barisan menunggu untuk menjadi Menteri antaranya Azeez Rahim, Ahmad Maslan, Reezal Merican serta Annuar Musa.

Tetapi nampaknya Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian Padang Besar Zahidi Zainol Abidin memilih untuk menjadi GENTLEMAN POLITIK. 

Baru-baru ini Zahidi mengeluarkan kenyataan berikut:

1. Rakyat kata Najib pemimpin yang LEMAH. Tetapi siapa pemimpin yang lebih kuat kita ada dalam hirarki Umno. (Kecil hati Muhyiddin Yassin, Ahmad Zahid Hamidi, Shafie Apdal dan Hishammuddin Hussein).

2. Najib sepatutnya tidak lagi MENGELIRUKAN ahli Umno dengan slogan yang tidak mencerminkan sebarang tindakan.

3. Ahli parti mengharapkan barisan kepimpinan juga mendengar pandangan dan pendapat ahli politik, bukan hanya beberapa PENASIHAT Perdana Menteri berhubung perkara yang menjejaskan rakyat.

4. Ahli Umno dan Ahli Parlimen MENENTANG KENAIKAN TARIF ELEKTRIK TETAPI PERDANA MENTERI BERSETUJU. 
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/henti-berslogan-henti-potong-subsidi-kata-pemimpin-akar-umbi-umno

Akhirnya Zahidi mendedahkan Ahli Parlimen BN menentang kenaikan kadar elektrik.

Seperti sebelum ini, Tenaga Nasional mengumumkan keuntungan yang besar RM1.73 bilion dan tidak ada satu perkataan di dalam kenyataan Ketua Eksekutif bahawa TNB akan rugi. http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20140124/ko_01/TNB-untung-bersih-RM1.73-bilion

Semasa hendak menaikkan tarif, pelbagai alasan diberi. Harga gas tinggi, kos penyelenggaraan tingii dan macam-macam.

Selepas naik, CEO TNB dengan gah mengumumkan keuntungan besar TNB dan tidak ada langsung sedikit perasaan belas kasihan kepada rakyat. 

Beruntunglah kakitangan TNB serta CEO TNB yang dikatakan menerima bonus sebanyak 5 bulan.
http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/tarif-lektrik-dan-bonus-lima-bulan-kakitangan-tnb-dr-azman-ibrahim

Kembali kepada rakan kita di Perlis, Ahli Parlimen Padang Besar.

Kenyataan beliau ini, kalau mengikut adat resam Umno, sudah pasti menenggelamkan sebarang peluang yang ada untuk menjadi ahli Kabinet.

Tetapi tidak mengapa. Sekurang-kurangnya Umno mempunyai seorang pemimpin yang berani memperjuangkan kepentingan rakyat, satu ciri yang HAMPIR PUPUS di dalam Umno sekarang ini.

3 comments:

Anonymous said...



janggan lupa tajudin rahman pasir salak. dia pun minat nak jadi menteri juga tu

Anonymous said...



zahidi

hang best

Anonymous said...



tnb pau rakyat.. lanun besar