Tuesday, January 7, 2014

"JOM KENALI SIAPA SETPOL DS NAJIB YANG BARU INI"

Ini pengumuman yang dibuat semalam.

Empat Setiausaha Politik Angkat Sumpah Simpan Rahsia
PUTRAJAYA: Empat setiausaha politik mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin.
Majlis itu diadakan di Pejabat Perdana Menteri di sini.
Mereka ialah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datin Paduka Norhayati Onn, Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dr Zuraidi Ishak, Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Khairolnezam Shaari dan Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan Datuk Megat Firdouz Megat Junid.
Majlis itu disaksikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. - BERNAMA
Sebenarnya, sukar untuk kita memahami keputusan Najib Razak sejak akhir-akhir ini.
Kita tertanya, kenapa begitu bercelarunya pemikiran Najib ketika beliau memasuki fasa kedua pentadbiran beliau.
Tanyalah kepada mereka yang cetek ilmu politik, mereka akan berkata Norhayati Onn tidak layak menjadi Setiausaha Politik Perdana Menteri kerana kisah lamanya.
Siapa Norhayati Onn?
Blog berikut merungkai kisah lama Norhayati Onn dalam artikel bertajuk "JOM KITA KENALI SIAPA SETPOL NAJIB YANG BARU INI".

1 comment:

Anonymous said...

Salam Bro,ini mungkin tanda-tanda kejatuhan Najib.Sememangnya banyak tindakan yang dibuat akhir-akhir ini menampakkan dia dah tak boleh berfikir panjang lagi.