Tuesday, January 21, 2014

SYED ROSLI: RAKYAT MUAK & MENYAMPAH DENGAN PEMIMPIN NEGARA

“Sekali tengok nampak mereka biadab apabila mereka menyorak  (boo) Datin Seri Rosmah Mansor yang memberikan kalungan bunga kepada Datuk Lim Chong Wei, tetapi sebenarnya mereka kecewa dengan apa yang berlaku pada negara.
"Jangan salahkan mereka tidak hormati pemimpin negara kerana mereka melihat pemimpin negara mewah berbelanja, suka membazir  sedangkan rakyat disuruh berjimat cermat.
"Insiden yang tidak disangka-sangka itu membuktikan rakyat sudah muak dan menyampah dengan pemimpin negara yang gagal menangani masalah kenaikan kos sara hidup." - Syed Rosli Syed Harman, calon Ketua Pemuda Umno Malaysia.
Jelapang: Siapa Syed Rosli hendak menegur Najib Razak?
Itu mungkin pandangan mereka yang menyokong Najib.
Bagi kita, luahan Syed Rosli ada luahan rakyat biasa.

No comments: