Tuesday, January 14, 2014

NAJIB MENJIWAI TUN RAZAK?

"Saya imbau kembali ketika abang saya dan saya mendekatinya pada suatu petang dan meminta kolam renang dibina di Seri Taman,  kediaman rasmi Perdana Menteri yang kami tinggal.
Berlatarbelakangkan seorang peguam, bapa menyuruh kami memberi hujah secara logik dan rasional. Dan kami lakukannya,  walaupun hujah kami amat baik, tiba-tiba wajahnya berubah dan matanya merenung kami dengan keadaan menjengkelkan.
Bapa menjelaskan Seri Taman mungkin adalah rumah kami, tapi rumah tersebut adalah milik kerajaan maka ia juga milik rakyat.
Sebarang kos perbelanjaan rumah tersebut datang daripada dana awam, mustahil untuk beliau membenarkan kutipan hasil negara dibelanjakan pada sesuatu perkara remeh seperti kolam renang. "Apa yang rakyat akan kata?" soal bapa."
Ini adalah tulisan Nazir Razak mengenai bapa beliau, Allahyarham Tun Abdul Razak.
Kita tertarik dengan cerita Nazir bahawa beliau dan abangnya pada usia yang masih kecil sudah mempunyai keinginan untuk mempunyai kolam renang di rumah.
Tidak mengapalah. Itu cerita Nazir.
Hanya satu soalan buat Nazir. 
"Apakah perkara yang dilakukan abangnya hari ini menjiwai sikap kesederhanaan Allahyarham bapanya?
Itu saja soalan kita.

1 comment:

Otak geliga said...

nampak sgt dr KECIK mmg JIWA diKUASAI ayat "NAK MEWAH BELAKE"....rupa2nya Nazir sendiri yg promote bagaimana sifat kedua2 beradik ni sedari kecik mencerminkan apa yg berlaku hari ni?

arwah bapa sendiri pandang mereka dlm gaya menJENGKELkan, apa lagi rakyat masa kini.....DENYUT NADI RAKYAT????.....peringatan arwah ayah "APA RAKYAT KATA NANTI?"pun sudah lama diBUANG