Thursday, January 30, 2014

UMNO HARUS LETAK HEAVYWEIGHT SEBAGAI CALON DI KAJANG

Pelbagai pandangan diberikan berikutan pengosongan kerusi Dun Kajang oleh Pakatan Rakyat yang akan ditandingi pula oleh bekas Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Sesiapa pun boleh memberi pandangan. Malaysia sebuah negara demokrasi dan bukan satu jenayah untuk sesiapa memberi pandangan.

Pandangan kita mungkin berbeza.

Jelapang ingin memuji keterbukaan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin yang mahu formula lama pemilihan calon untuk bertanding pilihanraya ditukar. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/prk-kajang-walaupun-permainan-politik-pkr-bn-perlu-bertanding-kata-khairy

Pakatan pembangkang sudah lama tidak mengunakan formula yang digunakan oleh Barisan Nasional.

Itulah sebabnya kita melihat pemimpin-pemimpin pembangkang "BERANI MATI" semasa pilihanraya.

Contoh terbaik di Johor di mana ramai pemimpin tertinggi DAP "BERANI" bertanding di Johor semasa PRU-13 dan lihatlah hasilnya.

Sudah lama kita MENGIDAM akan BN menyahkan formula lama ini.

Kita MENGIDAM hendak melihat Najib Razak bertanding menentang Anwar atau Muhyiddin Yassin bertanding menentang Azmin Ali atau Nurul Izzah.

Betul kata Khairy. Formula lama sudah tidak sesuai untuk diguna pakai.

Sebenarnya, pilihanraya kecil Kajang merupakan peluang terbaik BN dan Umno "MEMALUKAN" Anwar Ibrahim.

Sepatutnya inilah peluang yang ditunggu-tunggu BN dan UMNO untuk membunuh Anwar.

Anwar adalah musuh NOMBOR 1 BN, Umno dan Najib.

Sejak disingkirkan oleh Umno, macam-macam telah dilakukan untuk membunuh politik Anwar.

Tetapi selepas 16 tahun, Anwar masih menjadi topik perbualan politik. 

Dan pilihanraya Kajang merupakan medan terbaik untuk menghabiskan 50 peratus dari hayat politik Anwar.

Oleh itu, inilah kesempatan terbaik Najib untuk menumpaskan Anwar.

Dengarlah pandangan Khairy itu.

Peluang sudah terdedah. Najib seharusnya meletakkan 'HEAVYWEIGHT" Umno untuk membunuh Anwar.

Gunakan lah peluang yang paling berharga ini. 


5 comments:

Anonymous said...

Letak siapa pun BN akan tersungkor kepala masuk ke loabnag taik pak liwat..letak KJ..KJ ada telor tak..test market..sukan sgt nak bangsa lain jasi su akbar

Anonymous said...

kita mau najib lwn anwar

Anonymous said...

Praya bukan tmpat nak test sapa lg popular....kj tu bdak kecik ...apa dia tau...

Lain kali suruh la dia bertanding di pmatang pauh...

Anonymous said...



umno kena letak org kuat lwn anwar.

antara calon:

1. ds najib razak
2. ts muhyiddin
3. ds hishamudin
4. ds zahid hamidi
5. yb KJ
6. ds azeez rahim

Anonymous said...



letak rosmah lah lawan anwar