"The more, the merrier" - adalah peribahasa Inggeris. Atau dalam bahasa Melayu, ia bermaksud "lebih ramai, lebih meriah".
Pengumuman Mukhriz, anak Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno sudah pastikan "memeriah"kan lagi pertandingan untuk jawatan No 3 di dalam Umno.
http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130920/po_04/Mukhriz-sah-tanding-Naib-Presiden
Jawatan Naib Presiden ini merupakan jawatan terpenting di dalam Umno dalam konteks politik hari ini. Siapa yang menang adalah bakal Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang akan datang.
Najib Razak dan Muhyiddin Yassin semalam turut mengumumkan mempertahankan jawatan masing-masing sebagai Presiden dan Timbalan Presiden Umno.
http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130920/po_01/Najib-umum-pertahan-jawatan-Presiden-UMNO
http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130920/po_02/Pertahan-Timbalan-Presiden-UMNO
Menjelang PRU-14 pada 2018, Najib akan berusia 65 tahun manakala Muhyiddin mencecah usia 71 tahun. Pada ketika itu peratusan pengundi akan didominasikan oleh generasi muda dan usia 65 dan 71 tahun akan dilihat terlalu TUA oleh generasi muda untuk mentadbir negara.
Maka dua tempat teratas bakal menjadi perbutan di kalangan TIGA Naib Presiden pada masa itu.
Kini pertandingan Naib Presiden menjadi pertandingan ENAM PENJURU di antara Ahmad Zahid Hamidi (kini berusia 60 tahun), Hishammuddin Hussein (52 tahun), Shafie Apdal (56 tahun), Isa Samad (64 tahun), Mohd Ali Rustam (64 tahun) dan Mukhriz (49 tahun).
Kalau mengikut kesesuaian umur, Naib Presiden Umno seharusnya Mukhriz, Hishammuddin dan Shafie.
Tetapi pemilihan Umno tidak mengikut faktor umur. Ia bergantung kepada populariti dan seseorang calon itu menjadi popular bergantung kepada ketokohan dan sedikit sebanyak "sumbangan" kepada perwakilan.
Keputusan Mukhriz bertanding menghangatkan lagi perdebatan di kedai-kedai kopi di kalangan peminat Umno.
Adakah Najib merestui keputusan Mukhriz?
Bagaimanakah Najib hendak menyelamatkan Hishammuddin kali ini?
Apakah reaksi Najib apabila Dr Mahathir mengarahkan beliau untuk "CARRY" (memastikan) kemenangan Mukhriz?
Di akar umbi di Kedah, kem Mukhriz sudah pun menghantar mesej mengatakan Najib sudah menyatakan "TIADA HALANGAN" untuk Mukhriz bertanding walaupun ada juga yang mengatakan Najib juga menyatakan pendirian "KALAU BOLEH JANGAN BERTANDING".
Tidak mungkin Mukhriz tidak mendapat restu bapanya untuk bertanding. Anak mana yang sanggup menderhaka nasihat seorang bapa.
Jika dilihat pada rekod politik Najib, walaupun dengan berat hati, Najib akan mentaati ARAHAN Dr Mahathir untuk "carry" (menyokong) Mukhriz.
Politik Najib mudah dibaca. GEMPAQ sikit, dah cukup.
Pemilihan kali ini mungkin tempoh terakhir buat Najib dan Muhyiddin.
Selepas ini, kita kembali ke era Dr Mahathir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
PILIHAN AKU
1) MUKHRIZ
2) SHAFIE APDAL
3) ALI RUSTAM
PILIHAN AKU
1)ZAHID HAMIDI
2)MUKRIZ
3)SHAFIE AFDAL
BARU SEIMBANG POLITIK SEMENANJUNG DAN SABAH...SERAWAK DAH KUAT DALAM EKONOMI DAN POLITIK.
Harapan,harap ada perubahan yg ketara di dlm corak barisan kepimpinan baru selepas bertanding.Tak mau dah, ada pemimpin di buai laju2 oleh permaisuri dan think 10 tgk 4.Aduyaiii...Bukan nak bodek.Kalau bodek menggunung sekalipun, kita tak dapat apa2.Ikhlas bagi komen.Mengeletar lutut, nak tempoh tahun2 mendatang sehingga 2018.
kepuasan hati aku ialah bila hisham kalah teruk.. ha ha ha
Post a Comment