Sunday, September 29, 2013

10 PERTANDINGAN MENARIK DALAM PEMILIHAN UMNO KALI INI




1.  SHAHRIZAT TERKEJUT?

Exco Wanita Umno Malaysia Maznah Mazlan mengejutkan Shahrizat Jalil apabila bertanding untuk jawatan Ketua Wanita Umno di saat-saat terakhir hari penamaan calon. (Maznah dan Shahrizat kini berusia 60).

2. AKHIRNYA DI CABAR!

Shahrir Samad, bekas Menteri, dicabar untuk jawatan Ketua Bahagian Johor Baru oleh dua Ketua Cawangan setelah memegang jawatan tersebut selama 31 tahun. Shahrir kini berusia 64 tahun. 

3. SIX MILLION DOLLAR MAN KENA LAWAN?

Tajuddin Abdul Rahman, Ketua Bahagian Pasir Salak, yang mendapat gelaran Six Million Dollar Man pada pemilihan Umno 1995, akan dicabar oleh Timbalan Ketua Bahagian Zainol Fadzi Paharuddin dan bekas Ketua Cawangan Kampung Teluk Namat Idris. Tajuddin berusia 65 tahun.
                                                       

4. LAWAN TOWKAY?

Ketua Umno Bera yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ismail Sabri, dicabar oleh bekas Setiausaha Politik beliau sendiri Azizan Che Omar. 

                                                             

5. KAKAK ADIK BEREBUT KETUA BAHAGIAN!

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Azizah Mohd Dun, 52,  dan adik beliau Saridah bertanding menentang Pemangku Ketua Bahagian Beaufort Isnin Aliasnih untuk jawatan Ketua Bahagian.

                                                                          
 6. PARTI SUAMI-ISTERI DAN ADIK!

Shahidan Kassim akan mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Arau. Tak cukup setakat ketua, adik Shahidan, Ismail, kini Adun dan bekas Ahli Parlimen Arau akan bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian sementara Shahidan, Shamsiah Md Yassin merebut jawatan Ketua Wanita Bahagian dan menentang Ketua Wanita sekarang, Mastika Junaidah Hussin.

                                                               

7. MENTERI BESAR BERISIKO TINGGI?

Azlan Man adalah muka baru dalam arena politik Umno. Malangnya bintangnya masih belum bersinar walaupun hampir 5 bulan menjadi Menteri Besar Perlis. Lebih malang buat Azlan, beliau tidak diberi satu laluan mudah sebagai penghormatan kepada beliau sebagai MB. Laluan Azlan untuk menjadi Ketua Bahagian Kangar penuh onak dan duri. Beliau akan dicabar oleh orang kuat Shahidan Hashim Suboh (Timbalan Ketua Bahagian Kangar) dan Ahli Parlimen Kangar Shaharuddin Ismail.

                                                     

8. RAHIM THAMBY CHIK AKAN MENCIPTA SEJARAH?

Tiada yang mustahil di dunia ini. Mayat boleh berjalan di atas muka bumi ini dan ikan kering boleh hidup semula dalam politik. Ini yang akan berlaku dalam pertandingan untuk Ketua Bahagian Masjid Tanah. Turut serta bertanding ialaj Setiausaha Kerja Umno Rauf Yusoh dan Adun Kuala Linggi Ismail Othman. Marilah kita sama-sama mengharapkan kejayaan menyebelahi Rahim kerana kita mahu sejarah baru tercipta.
Rahim kini berusia 63 dan pernah terlibat dengan dakwaan gangguan seksual.

                                                  

9. MENTERI BESAR KEBAL DAN TEBAL MUKA?

Siapalah Rais Zainuddin untuk mencabar Mohamad Hasan sebagai Ketua Bahagian Rembau. Yang pasti Mohamad Hasan akan menang mudah. Kalau kes pemindahan wang haram sebanyak RM10 juta pun beliau dapat melepaskan diri, apalah setakat jawatan Ketua Bahagian. Dengar khabarnya minggu lepas isu duit RM10 juta bebangkit lagi di Parlimen. Ahli-ahli Parlimen katanya ingin tau dari mana datangnya duit tersebut dan dari akaun mana ianya dikeluarkan. 

                                               

10. TENGKU RAZALEIGH DICABAR!

Akhirnya Tengku Razaleigh Hamzah dicabar selapas 46 tahun. Pencabarnya ialah Ketua Pemuda Gua Musang Razlan Baharuddin. Amat menarik jika Razlan menang kerana selama 46 tahun Umno Gua Musang bergantung semata-mata di atas kekayaan Tengku Razaleigh. Bila Razlan mengambil alih, kemana agaknya Pejabat Umno Gua Musang akan berpindah.


No comments: