Wednesday, September 18, 2013

SETIAUSAHA POLITIK DISIASAT SPRM: SEMUGA TUDUHAN INI TIDAK BENAR

Hari ini dan semalam kecoh mengenai penahanan seorang setiausaha politik kepada bekas Menteri Kabinet berhubung penyelewengan Program 1Azam, satu program yang dihasilkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah. Kes SPRM bos Setiausaha Politik ini juga mengemparkan negara. Kali ini pegawainya pula disiasat SPRM. 
http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130917/je_09/Rasuah-Bekas-setiausaha-politik-menteri-ditahan-SPRM

Pada satu ketika dulu, seorang Menteri disiasat berhubung penyelewengan wang PPRT dan musibahnya ditanggung oleh seorang Ketua Setiausaha Kementerian yang dihukum penjara oleh mahkamah.

Hari ini, bekas Menteri tersebut dipilih semula sebagai Ahli Parlimen dan Najib Razak melantik beliau sebagai Pengerusi sebuah institusi untuk menjaga kepentingan orang Melayu.

Kita tidak boleh menyamakan negara luar dengan negara kita. Kalau di Australia, Britain atau Amerika Syarikat, pemimpin-pemimpin yang tercalar imej nya dipencenkan buat selama-lamanya.

Di Malaysia, kita memilih apa yang hendak kita samakan dengan negara luar. Kalau hendak menaikkan harga petrol, kita pilih negara mana kita hendak membandingkan harga petrol untuk merasionalkan kenaikannya.

Tapi bila pemimpin atau pegawai mereka disiasat oleh SPRM, kita cari 1001 alasan untuk mempertahankan pemimpin tersebut. Malah kita berikan lagi kedudukan dan jawatan kepada mereka. Inilah Malaysia.

Kembali kepada isu SPRM ini, kita berharap supaya SPRM segera menyelesaikan kes ini. Kita juga berharap agar tuduhan ini tidak benar kerana kita MALU kerana ianya melibatkan program untuk rakyat yang MISKIN.

Ikut hukum akal, tidak mungkin ada orang yang tergamak memakan duit anak yatim dan orang MISKIN.

Menurut pihak media,  Jabatan Kebajikan Masyarakat telah membelanjakan RM1.35 bilion di bawah Program 1Azam ini. (gambar bawah: kereta milik bekas setiausaha politik yang dirampas oleh SPRM)

Fancy wheels: Some of the cars that were seized by the MACC at Putrajaya.

Apa itu PROGRAM 1AZAM?

OBJEKTIF
1AZAM menyediakan peluang menjana pendapatan kepada rakyat berpendapatan rendah. Jangkaan pendapatan antara RM760 hingga RM2,300 sebulan.

TUJUAN PROJEK

Projek 1AZAM diperkenalkan bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan rakyat Malaysia miskin tegar dan miskin, menambah pendapatan sehingga melebihi had garis kemiskinan yang ditetapkan iaitu RM760 sebulan bagi miskin dan di bawah RM2300 sebulan bagi golongan berpendapatan rendah.
4 (empat) peluang menambah pendapatan dikenalpasti:
•    Penempatan pekerjaan
•    Perniagaan kecil-kecilan
•    Penyediaan perkhidmatan
•    Pertanian
 

FAEDAH

Menyediakan peluang kepada rakyat berpendapatan rendah menjana pendapatan. Memperkasakan ekonomi rakyat berpendapatan rendah. Menggalakkan rakyat berpendapatan rendah untuk berdikari.
 

Pendekatan Pelaksanaan

Program 1AZAM telah dijalankan ke seluruh negara secara berperingkat-peringkat. Program perintis telah dimulakan di Iskandar Regional Development Authority (IRDA) atau Iskandar Malaysia, Johor, pada akhir bulan Januari 2010. Inisiatif akan diteruskan ke negeri-negeri lain melalui kerjasama dengan kawasan-kawasan koridor ekonomi utara, timur, Sabah dan Sarawak yang dilancarkan oleh kerajaan terdahulu daripada pembentukan Bidang Keberhasilan Utama Negara atau dikenali sebagai National Key Results Area (NKRA). Secara keseluruhannya, inisiatif 1AZAM akan menumpukan usaha untuk membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia melalui penempatan semula pekerjaan yang diisi oleh pekerja asing. Cadangan pihak makmal NKRA agar kerajaan memperkenalkan Penetapan Gaji Minimum kepada pelbagai industri dan sektor pekerjaan yang ditawarkan kepada tenaga kerja Malaysia, pasaran kerja bakal menyaksikan pekerja-pekerja Malaysia berpendapatan sekurang-kurangnya RM760 sebulan kepada pekerja berkelulusan rendah dan separa mahir.

 
Peluang menjana pendapatan melalui penempatan kerja. Program memberikan  fokus kepada pelbagai bidang pekerjaan bagi mereka yang produktif, mempunyai kelayakan minimum atau tanpa kemahiran. Latihan kemahiran disediakan.
Contoh pekerjaan adalah seperti:
•    Jurujual produk
•    Pengurusan rumahtangga
•    Pekerja restoran makanan segera
•    Pelayan restoran
•    Pekerja hotel
•    Program Menjana Pendapatan seperti tukang jahit, perniagaan  sejuk beku dan Mat Salai

 
Peluang menjana pendapatan melalui kegiatan berasaskan pertanian. Antara projek yang dikenalpasti ialah:
•    Pertanian berkelompok
•    Tanaman yang mempunyai pulangan yang cepat
•    Ternakan
•    Projek hiliran hasil pertanian

 
Peluang menjana pendapatan melalui perniagaan kecil-kecilan dengan kemudahan latihan dan kredit mikro. Contoh perniagaan adalah:
•    Makanan dan minuman
•    Kiosks
•    Perniagaan runcit
•    Industri kraftangan

 
Peluang menjana pendapatan melalui bidang perkhidmatan seperti:
•    Rawatan penjagaan diri
•    Andaman pengantin
•    Spa dan refleksologi

Peserta diberikan pilihan sama ada terlibat secara sambilan atau sepenuh masa. Mereka juga boleh terlibat sebagai pengusaha atau pekerja.

No comments: