KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim telah dilantik sebagai presiden keenam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkuatkuasa 2 Jun.
Beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang tamat penggal perkhidmatan pada 1 Jun.
Menurut Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, pelantikan itu dibuat oleh ketua perlembagaan universiti itu, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.
Rais dijadual mengadakan sesi khas dengan media di kampus utama UIAM di Gombak pada Jumaat.
Rais, bekas anggota Parlimen Jelebu memulakan kerjayanya dalam kerajaan sebagai guru sementara di Sekolah Menengah Inggeris Kota, Rembau, Negeri Sembilan pada 1961.
Beliau kemudian menceburi politik pada 1967 dengan menyertai cawangan Umno Triang di Jelebu dan sejak itu memegang pelbagai jawatan, termasuk menjadi anggota Majlis Tertinggi Umno bagi penggal 2008/2011. - Bernama
Friday, July 5, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
bestnye... mati berjawatan...
Saya desak Pemuda Pas Tantawi dan Sallahudin jaga kan kesucian Ramadhan.
Kita tidak bolih harap dan jangan harap atau mimpi KJ untuk bantah kerana KJ yang nak kan mengambil alih Tan Sri Lee Lam thye punya jawatan sebagai MACF /anti jenayah atas alasan KJ kehilangan computer riba dan telefon bimbit (2 item )aja pada malam FAM final.
Juga dia tidak memberat kan perjuangan Dr Morsi.
Amat sibuk lah Presiden parti Melayu dengan penagihkan jawatan dan kedudukan olih Ah Jib GORRR 1M4U outreach RM55billion sahabat Cameron dan suami FLOM juga ketua politikal Lab liberal bapak sekolah vernakular 1M4U Ah Jib Gorrrrrr, yang hadhir di benua AKRIKA 1.5 hari aje,bergegas ke london dan masih belum balik dari London lepas cabut dari afrika secapat deras.
Project usaha sama PNB Sime sri setia Battersea tak akan melibat kan aliran wang keluar ?
Kita banyak "cash dan asset" di Malaysia untuk di labur kan di United Kingdom ?
10,000 pound sterling untuk OUTREACH 1M4U di England ,cukup ke ?mesti ada aliran .
Orang Melayu dan bumiputra desak balasan kerana UMNO dapat 88 kersusi.
Ah Jib Gor yang amat seronok dengan orang putih dan sahabat kepada zionist dan anti Islam cameron,di nama kan presiden parti melayu terbesar dengan 3 juta ahli ?
Tukar Presiden kali ini jom tukar presiden di PAU.
arjuna waspada
changkat lobak
arjuna waspada
changkat lobak
Post a Comment