Berapa gaji atau elaun beliau?
Apakah peranan beliau?
Tidak cukupkah aspek kebudayaan ditadbir oleh seorang Menteri yang berpengalaman seperti Nazri Aziz, seorang Timbalan Menteri, seorang Ketua Setiausaha Kementerian, seorang Ketua Pengarah dan Pengarah-Pengarah Jabatan sehinggakan kerajaan memerlukan seorang penasihat bertaraf menteri?
Kita berhak membangkitkan persoalan ini kerana setiap perlantikan melibatkan WANG RAKYAT. Elaun dan gaji yang dibayar kepada beliau adalah wang rakyat.
Rais Yatim bukan satu-satunya penasihat yang bergaji lumayan yang dilantik oleh Perdana Menteri tanpa kita memahami rasionalnya.
Di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Pengerusi Perhubungan Pulau Pinang Zainal Abidin Osman yang tewas di Parlimen Nibong Tebal semasa PRU-13 memegang jawatan Penasihat Khas Menteri.
Di Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, Heng Seai Kie yang tewas di Parlimen Padang Serai merupakan penasihat Kementerian tersebut.
Ng Yen Yen memegang jawatan hampir sama di dalam Kementerian Pelancongan.
Najib Razak sendiri mempunyai pelbagai penasihat yang bergaji dan berelaun.
Apakah peranan mereka? Rakyat perlu tahu berapa mereka dibayar dan apakah selama ini mereka begitu instrumental dalam pengubalan dasar negara? Berapa mesyuarat yang mereka hadiri sebulan?
Kita perlu ingat setiap sen yang dibayar kepada penasihat-penasihat adalah wang rakyat dan kita perlu bertanggungjawab kepada amanah ini.
Jika khidmat mereka benar-benar memerlukan, kita tiada masalah. Bayarlah berapa pun gaji dan elaun mereka sekiranya khidmat mereka amat diperlukan oleh negara.
Kenapa kita tidak mahu mencontohi kerajaan-kerajaan di negeri pembangkang. Sebagai contoh lihat saja latarbelakang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat milik kerajaan negeri Selangor. (http://perangsangselangor.com/about-us/board-directors)
Sehingga hari ini kita masih tidak dapat memahami rasional perlantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji.
Apakah begitu sukar untuk Kerajaan melantik individu yang benar-benar layak dan berintegriti untuk membantu kerajaan mentadbir negara?
Berikut gaji penasihat-penasihat yang pernah didedahkan di Dewan Rakyat.
- Datuk Seri S Samy Vellu = RM27,227.20 sebulan. (Duta Khas ke India dan Asia Selatan)
- Tan Sri Ong Ka Ting (bekas Presiden MCA) = RM20,000 sebulan ( Duta Khas Perdana Menteri ke China)
- Datuk Seri Dr Shahidan Kassim = RM24,022 .(Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)
- Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin = RM25,106 (Penasihat Agama kepada Perdana Menteri)
- Tan Sri Syed Hamid Albar = RM20,000 (Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
- Tun Abdullah Ahmad Badawi = RM10,000 sebulan serta RM3,000 sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim).
5 comments:
Kesian pada YB Ahli MP.
Elaun mereka katanya cuma RM 6xxxx sahaja sebulan.
Elaun YB ADUN RM 4xxx sebulan.
Cuma elaun ADUN di Selangor/Penang /Sarawak cukup mewah dan lumayan.
Dia org yg berebut nak jadi mp adun..
Apa nak kesiannya. Meka berebut nak jadi calon. Tak payah le nak minta naik elaun. Sapa suruh jadi mp.
hahahaha sain aje TPPA org melayu merempat di ngra sindiri.Maju mcm singapore.Itu pasal rundingan di rahsiakan.Soalan, perlukan ia di rahsiakan,sehingga boleh menjejaskan masa depan rakyat?.Apa yg telah terjdi,apabila pemansuhan akta ISA d buat,kerajaan telah bnyk buat kesilapan ktika membuat keputusan?Kita tunggu pula,penasihat prjnjian TPPA dr pjbt PM.Mesti sain punya la....
PENASIHAT DAn THE SILENT PRIME MINISTER
Mereka adalah istilahkan OBA.
OFF BUDGET AGENCY
THE SILENT PRIME MINISTER aka Ah Jib Gorrrr amat bangga dan sayang akan Rakyat Malaysia yang fasih guna media baru yang bermacam macam jenis bentuk yang mendapat sambutan amat luas di kalangan orang muda.
ah Jib gorrr beri subsidi rm200 dan kapada kaum kaum ALVIVI ,yang terkampeluang untuk cerca dan hina MUSLIM ISLAM MALAYS ,hanya kerana di malaysia sahaja yang mampu menyediakan prasarana kemudahan pinjaman bank kemudahan jabatan kerajaan telco layanan istimewa menyokong internet dan emedia.
Kerana kurang keyakinan sendiri dan kuran daya pemikir Ah Jib Gorr sendiri atas dasar 1M (Liberal transformaci equality engage terbuka kesamaratan kelainan pelbagaian IM4U )semenjak 2008 AhJib Gor umum maklum gemar akan pensasihat demi penasihat. Hina nya instutusi2 INTAN MCS.
Redundant nya 1,300,000 ahlu kakitangan pekerja kerajaan.
Hebat sungguh lah negara ini.
Hebat sungguh 1M.
Tak payah kerja .
Ada konsultan.
Ah Jib Gor amat bangga dengan pencapaian negara malaysia dan habis pukul canang di Tanzania(1 hari setengah) dan 9(sembilan) hari di LONDON, dabik dada ,kita banyak CASSSH dan ASSET.
Terlupa Ah Jib Gorrr ,siapa yang membawa negara ini punya cash ke limpah ruah.
Ah Jib Gor bangga dengan pencapaian liberal inklusive transformaci bapak sekolah vernakular dan sungguh taksub dengan punca tsunami cina sehingga 65 hari sesudah tsunami cina, masih lagi bertanya , mau apa lagi, kasi tau saya,kalau tak cukup, telefon saja,kalau tak minta, saya mesti kasi juga.
Hebat Ah Jib GOR 1M,presiden parti Melayu terbesar, yang bukan lagi Melayu.
Hebat Ah Jib Gor, sahabat karib Cameron,OMar O, Tony FFFFF,Wong Chun Wai,Idris Jala dan ramai lagi penasihat yang berucap atas nama PM.
Sebab itu lah SAhih Ah Jib Gor THE SILENT PM.
Hanya buka mulut bila bagi duit duit duit duit.
Maka besar lah pembelanjawan PMO(dan ramai betul Penasihat dan banyak Betul OBA) .
arjuna waspada
changkat lobak
Post a Comment