Saturday, July 27, 2013

PERTEMUAN PENUH EMOSI NAJIB DAN PERKASA

 Sebelum PRU-13, Najib Razak mengadakan beberapa pertemuan yang pada hemat beliau amat penting untuk IMEJ dan POLITIK beliau sebagai Perdana Menteri. Antaranya bertemu POPE JOHN PAUL di Vatican. 
 Menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Persatuan DONG ZONG serta mengadakan pertemuan dengan pimpinan Dong Zong di Putrajaya.
 Menandatangani persefahaman dengan kumpulan India HINDRAF di mana ianya berakhir dengan perlantikan pemimpin Hindraf di dalam Kabinet beliau.
 Mengadakan pertemuan dengan barisan PADERI KRISTIAN MALAYSIA. Yang menjadi tandatanya ialah bilakah Najib akan menjemput NGO Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), ke Putrajaya untuk berbincang? 

Tersebar berita kononnya Najib tidak berhajat untuk bertemu Perkasa kerana TAKUT imej beliau terjejas kerana NGO tersebut dilabel sebagai rasis oleh musuh-musuhnya. 

PRU-13 berakhir dan prestasi Najib lebih teruk dari Abdullah Ahmad Badawi yang diasak untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana gagal mengekalkan majoriti dua pertiga.

Akhirnya Najib mengambil keputusan BERTEMU dengan Perkasa yang dipimpin oleh bekas Ahli Parlimen Pasir Mas Ibrahim Ali gara-gara tersiar gambar pertemuan Dr Mahathir Mohamad dengan barisan pimpinan Perkasa pada 18 Julai yang lalu.
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130718/dn_06/Jangan-gubal-sesuka-hati---Dr.-M

Selepas pertemuan tersebut, Dr Mahathir berkata: "pertemuan tertutup ini lebih kepada luahan rasa tidak puashati pertubuhan itu terhadap beberapa isu kebelakangan ini".

Dan Dr Mahathir mengkritik Najib kerana mengubah undang-undang sewenang-wenangnya sehingga menimbulkan masalah kepada negara.

Mungkin Najib mengetahui lebih banyak mengenai apa yang dibincangkan di antara Dr Mahathir dengan Ibrahim Ali dan ahli Jawatankuasa Perkasa semasa pertemuan tersebut sehingga beliau mengambil keputusan bertemu pula dengan Perkasa.

Menariknya pertemuan dengan Perkasa ini nampaknya tidak diadakan di dalam suasana yang sama sepertimana pertemuan dengan Pope John Paul, Hindraf, Dong Zong dan Kumpulan Kristian.

Walaupun berita pertemuan di antara Perkasa dan Najib disiarkan umpama berita kaki oleh sebuah akhbar berbahasa Melayu, yang pasti Najib PANAS TELINGA semasa pertemuan tersebut. 

Ini kata Ibrahim selepas pertemuan tersebut: "Pertemuan tersebut diadakan dalam suasana yang sangat EMOSI" dan "pertemuan ini berlangsung dalam suasana PANAS SEJUK kerana kami memberikan pandangan sebagai pertubuhan yang memperjuangkan suara Melayu manakala Perdana Menteri memberikan pendapatnya sebagai Ketua Negara."
http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130725/po_02/Perkasa-suara-kebimbangan-kepada-PM

Adakah ini saat-saat akhir Najib sebagai Perdana Menteri? 

7 comments:

Anas Sudin said...

DS Najib hari ini banyak buat kerja dan juga lain keputusan ibarat Tolak Tangga Hayun Kaki.

Anonymous said...



cukup2 lah tu Najib

Anonymous said...



perkasa desak PM letak jawatan..

Anonymous said...

Najib perlu letak jawatan...game over...

Anonymous said...

Cukup lah kita pilih anak pm mcm najib jadi perdana menteri. Mereka tak pernah hidup susah mcm kita. Dapat bini pun tak sedar diri. Mcm mana nak paham masalah rakyat.

Sekali pi makan kat kedai mamak riuh satu msia. Kita di bawah hidup nak mampus ni tak d pedulikan langsung.

Ni masa nya nak tukar pm. Biar cari yg paham susah senang org d bawah.

Cahaya Al Majid said...

Najib perlu di'talkin'kan demi survival bangsa Melayu dan agama Islam. Melayu tidak perlukan pemimpin 'penakut dan bacul' untuk memimpin.

Anonymous said...

Had kan tempoh pm kpd dua penggal saja