Tuesday, December 31, 2013

PERUTUSAN 2014 NAJIB KEPADA RAKYAT

Kerajaan tak laksana kenaikan kos tanpa beri bantuan kepada rakyat memerlukan - PM


Kerajaan tak laksana kenaikan kos tanpa beri bantuan kepada rakyat memerlukan - PM
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan tidak akan melaksanakan kenaikan kos tanpa memberi bantuan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan.

Dalam perutusan Tahun Baru 2014 menerusi laman blog 1Malaysia petang ini, Perdana Menteri berkata sejak minggu lalu seramai 7.9 juta isi rumah berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). 
“Kita juga akan membuka Kedai 1Malaysia dan Klinik 1Malaysia yang baru demi menyediakan perkhidmatan kesihatan dengan kos berpatutan kepada rakyat,” katanya menerusi blog www.1malaysia.com.my. 


Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan akan membelanjakan sejumlah RM42 bilion untuk menampung subsidi iaitu jumlah yang sama dibelanjakan untuk pembangunan.

Katanya, dalam usaha kerajaan merasionalkan subsidi, kos perbelanjaan sektor awam juga dikurangkan. 

“Kita sudah mengumumkan 11 langkah mengurangkan perbelanjaan awam, termasuk mengurangkan kos elektrik di setiap jabatan sebanyak lima peratus, memperketatkan syarat dalam melantik juru runding, serta mengurangkan elaun tol dan keraian untuk menteri dan penjawat awam. 

“Kita juga turut mengulangi komitmen untuk menangani rasuah, mengurangkan pembaziran kerajaan dan meningkatkan perolehan; meletakkan semua tender kerajaan di atas talian, supaya ia jadi lebih telus, dan berusaha untuk lebih merealisasi nilai aset kerajaan,” katanya. 


Katanya, dengan merasionalisasikan subsidi, kerajaan akan dapat mengukuhkan kedudukan fiskal, membolehkan pentadbiran kerajaan memberi fokus terhadap perbelanjaan kepada projek pembangunan termasuk kesihatan dan pendidikan, sekali gus bergerak ke arah belanjawan seimbang menjelang 2020.

“Dengan mengadaptasi langkah-langkah yang diperlukan untuk menjadikan ekonomi Malaysia lebih kukuh, kita bukan saja melindungi negara daripada krisis kewangan, kita turut membuka peluang dan mewujudkan pekerjaan baru. 

“Banyak pihak akan lebih cenderung untuk melabur dalam syarikat Malaysia, membina kilang di Malaysia dan memulakan perniagaan baru. Ini seterusnya akan memacu pembangunan ekonomi, membantu untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dan meletakkan Malaysia pada kedudukan yang lebih kukuh dalam jangka masa panjang,” katanya.

Katanya, kerajaan juga akan berusaha sedaya upaya untuk meminimakan kesan kepada rakyat. 

“Berdasarkan maklum balas awam, kita akan menambahbaik program-program kerajaan di mana perlu, supaya kesan ke atas pendapatan isi rumah tidak terlalu ketara. Kita akan melaksanakan beberapa mekanisma untuk mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan tarif elektrik dan tol. PEMANDU akan turut mengemukakan idea-idea baru untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup.

“Kita juga akan memastikan kadar kenaikan adalah adil. Sebagai contoh, kenaikan harga petrol dan tarif elektrik akan memberi kesan kepada kuasa membeli rakyat. Namun, walaupun ada peningkatan, kerajaan masih memberi subsidi petrol dan bil elektrik. 

“Untuk kenaikan cukai taksiran di Kuala Lumpur baru-baru ini pula, selepas mendengar keluhan rakyat, kadar cukai dikurangkan sehingga dua peratus dan rebat tambahan diberikan kepada pemilik hartanah yang tidak berkeupayaan, pesara serta pemilik-penghuni,”
katanya. 

NAJIB PANIK

Hari ini, menurut satu laporan akhbar, Najib Razak mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam termasuk pengurangan elaun keraian Menteri dan Timbalan Menteri bermula 1 Januari 2014.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/elaun-menteri-dikurangkan-mulai-1-jan-1.235629

Peliknya, keputusan ini dibuat hasil rundingan di antara beliau, Timbalannya, Muhyiddin Yassin, dan Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa.


Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
HASIL RUNDINGAN  DENGAN MUHYIDDIN DAN KSN? Malam esok negara akan menghadapi PROTES RAKYAT kesan dari keputusan-keputusan kerajaan yang mengakibatkan kenaikan harga barang mendadak.

Di manakah Najib malam esok?

BERCUTI DAN MENYAMBUT TAHUN BARU DI LUAR NEGARA KETIKA KEMARAHAN RAKYAT MEMUNCAK. Itu kata tulisan blogger Abdul Kadir Jasin. Baca di link ini: http://kadirjasin.blogspot.com/2013/12/demonstrate-but-dont-be-like-siam.html


JELAS sekali pengumuman hari ini menggambarkan Najib PANIK kerana ianya dibuat TANPA merujuk kepada jemaah Menteri dan hanya hasil perbincangan antara TIGA ORANG.

Keputusan yang dibuat oleh Najib ini tidak akan meredakan kemarahan rakyat yang telah dibebankan dengan kenaikan tarif elektrik, harga petrol, tol, cukai pintu, gula dan tambang.

Hanya mereka yang menyokong kerajaan membuta-tuli yang menyokong kenaikan ini dan menyatakan ianya tidak memberi kesan kepada kenaikan harga.

Apakah rakyat peduli jika elaun Menteri dikurangkan 50 peratus sekali pun? Apakah jika gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dikurangkan kepada hanya RM3,000, rakyat akan terkedu dan kemarahan mereka akan reda?

Rakyat sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan. Ini bukan persepsi lagi. Ini realiti.

Turun sebanyak mana sekalipun gaji Menteri, pemimpin-pemimpin Umno dan BN akan berebut-rebut dan pijak memijak sesama sendiri mahu menjadi Menteri.

Dengan gaji Menteri yang tidak seberapa pun sekarang ini, bapak-bapak Menteri dan anak-anak mereka mampu membeli harta jutaan ringgit di kota London dan New York.

Dengan gaji yang tidak seberapa ini pun, Menteri-Menteri dan anak-anak mereka mampu menziarahi kota London hampir setiap bulan untuk bercuti dan membeli-belah.

Lebih menyakitkan hati bila ada anak Menteri dengan takburnya membawa teman wanita bercuti ke London/Paris sambil bergambar di Jambatan Cinta, sama-sama "mengunci" cinta mereka di Kota Eropah ini.

Kami di kampung melangsungkan perkahwinan anak kami cara lama dan cara kampung. Bergotong royong sesama kami, tolong menolong untuk memastikan anak kami selamat dinikahkan. Hantaran pun, jiran tolong sediakan. Kalau tak dapat sembelih lembu sekali pun, buat gulai ikan kering pun jadilah.

Bandingkan kehidupan kami dengan Menteri-Menteri Umno. Akad nikah anak Menteri dibuat di istana. Persandingan di hotel 6 bintang. Meraikan perkahwinan tiga hari tiga malam.

Ada pemimpin Umno berhelikopter ke sana  ke mari. Hal kereta besar dan mewah tak usah cakap. Itu belum lagi cerita anak Menteri membeli rumah bernilai RM7 juta dan bayar tunai. 

Oleh itu, wahai Najib, tak usahlah melepas batuk di tangga dan menganggap kami rakyat masih bodoh.

Tindakan menurunkan elaun keraian lebih menyakitkan hati kami dari meredakan kemarahan kami.

Pemimpin Umno dijunjung. Tak dapat jadi Menteri, diberi jawatan penasihat bertaraf Menteri dan bergaji Menteri. 

Kami tidak akan lupa semua ini.

Selamat bercuti Dato' Sri. Semuga sihat semasa berada di luar negeri.

Sunday, December 29, 2013

HASSAN MALEK: BADUT BERTARAF MENTERI DARI MALAYSIA?


Ini sudah melampau. Kalau betul pun, janganlah menghina sebegini rupa.

Ini yang tersiar di dalam Wikipedia buat masa ini:

Hassan Malek

From Wikipedia, the free encyclopedia

Hassan was a member of the State Assembly of
 Negeri 
Sembilan for the constituency ofJuasseh.[1] In the 2004
 election, he was elected to the federal Parliament for 
the seat of Kuala Pilah.[2] He is a Deputy Minister in 
the government of Najib Tun Razak.[3]Datuk Hassan 
bin. Malek is a Malaysian clown and politician and the 
Member of theParliament of Malaysia for the Kuala Pilah 
constituency in the State of Negeri Sembilan. He is a 
member of the United Malay National Organisation (UMNO)
 party in the governingBarisan Nasional coalition. He is
 the Minister of Domestic Trade Cooperative and Consumerism.

Saturday, December 28, 2013

HASAN MALEK: RAKYAT SOKONG HARGA BARANG NAIK

"Kita tidak menerima apa-apa aduan. Rakyat tidak mengadu, ini bermakna terdapat sokongan. Kita tidak mengawal harga, tetapi pengguna yang mengawalnya." - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Hasan Malek. http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/12/28/mstar_berita/20131227173802&sec=mstar_berita

Najib Razak perlu rasa bertuah mempunyai seorang Menteri berkaliber seperti Hasan Malek. 

Selepas dinobatkan sebagai Perdana Menteri, Najib memperkenalkan slogan "Rakyat Didahulukan".

Dan Najib juga berkata: "Era kerajaan tahu segala-galanya sudah berakhir."

Najib perlu berterima kasih kepada Hasan Malek, Menteri yang pernah menasihatkan rakyat "berhenti makan ayam, bila harga ayam mahal," kerana selepas menyelami perasaan rakyat, beliau mendapati rakyat menyokong kenaikan harga barang.

Walaupun dilabelkan sebagai MENTERI CAP AYAM, Hasan merupakan Menteri pertama mempertahankan keputusan Najib untuk menaikkan harga barang termasuk petrol, gula dan tidak lama lagi tol.

Sekiranya ada rombakan kabinet nanti, sudah pasti Hassan Malek antara Menteri "favourite" untuk dikekalkan atau dinaikkan pangkat.

Tuesday, December 24, 2013

APAKAH AKAN BERLAKU KEPADA ZAHID?

Laporan hari ini:


Mahkamah benarkan kemenangan Zahid Hamidi di Bagan Datoh dicabar

Nasib Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan ditentukan di mahkamah pilihan raya. Gambar fail.
Mahkamah Persekutuan hari ini menghantar semula petisyen pilihan raya bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh ke mahkamah pilihan raya dan ia menjadikan nasib Ahli Parlimennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi belum dapat diputuskan.

Panel lima hakim diketuai Tan Sri Raus Sharif, ketika membenarkan permohonan oleh dua pempetisyen berkata, sesiapa sahaja boleh memfailkan petisyen.

Jelapang: Zahid Hamidi menang besar baru-baru ini semasa pemilihan Naib Presiden Umno. Kemenangan ini merupakan satu era baru dalam karier politik Zahid. 

Adakah beliau lebih popular dari Muhyiddin Yassin dan Najib?

Keputusan mahkamah semalam menimbulkan tandatanya. 

Apakah SESUATU sedang bertiup di dalam Umno?




Friday, December 20, 2013

AKU JANJI NAJIB: FANTASI?

KUALA LUMPUR 6 April - Manifesto Barisan Nasional (BN) bukan hanya sekadar manifesto, tetapi satu dokumen "aku janji" kepada rakyat, kata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya tidak mahu kata manifesto kerana pembangkang kata manifesto bukan janji, sebab itu nama manifesto tidak berapa sesuai.
"Saya nak kata bukan manifesto tetapi akujanji kepada rakyat Malaysia," kata Perdana Menteri ketika berucap pada perhimpunan janji 1Malaysia “Rakyat Didahulukan" sempena pelancaran manifesto BN bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) di Stadium Putra Bukit Jalil di sini malam ini.
Najib berkata oleh kerana manifesto atau akujanji adalah dokumen yang penting, ia perlu dilancarkan dalam perhimpunan dan disiarkan secara langsung supaya rakyat seluruh negara boleh menghayati isi kandungan manifesto itu.
"Mereka boleh meneliti apakah komitmen BN kepada rakyat," katanya.
"Biarlah pembangkang kata manifesto bukan janji, kalau bukan janji, apa guna bentang manifesto yang baru, apa faedah bentang manifesto baru.
"Kepada BN, manifesto adalah satu perkara yang serius," katanya.
Sebaliknya Najib membidas pembangkang dan menyifatkan manifesto mereka sebagai sebuah “fantasi dan khayalan" dengan menabur janji sesuka hati.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sekiranya janji pembangkang dilaksanakan maka defisit negara akan melambung kepada 11.5 peratus manakala hutang negara juga akan melonjak.
"Kita tidak boleh beri mereka peluang untuk mentadbir negara sebab tidak ada apa yang telah mereka lakukan dalam tempoh lima tahun lepas," katanya.
Dalam pada itu, Najib menyifatkan perhimpunan malam ini adalah begitu luar biasa dan paling hebat sepanjang 37 tahun beliau terlibat dalam politik.
Katanya, perhimpunan malam ini bukan sahaja untuk memperlihatkan BN adalah parti yang terkuat di negara ini, tetapi adalah malam yang serius untuk memberitahu kepada rakyat keupayaan BN untuk terus diberi mandat menerajui negara pada PRU13.
Lebih 50,000 penyokong BN membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil bagi menyaksikan pelancaran manifesto BN dan mereka kelihatan bersemangat, menandakan sokongan padu kepada BN.
Pelancaran manifesto pada malam ini turut disiarkan secara langsung menerusi RTM1, TV3 dan Astro Awani. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130406/px_72/PRU-13-Manifesto-BN-dokumen-aku-janji-kepada-rakyat---PM#ixzz2nu9wmid0 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

TIDAK mungkin Najib Razak lupa peristiwa bersejarah ini.

Tanggal 6 April 2013, BERSAKSIKAN 50,000 penyokong BN dan jutaan rakyat Malaysia yang menonton TV menyaksikan Najib MENJULANG manifesto BN dan BERJANJI.

Najib memperlekehkan manifesto pembangkang dan untuk memperlihatkan kesungguhan beliau dan mahu menyakinkan seluruh negara kerana bimbang BN akan kecundang semasa PRU-13, Najib menamakan JANJI-JANJI pilihanraya beliau sebagai AKU JANJI walaupun sepanjang 12 PRU sebelum ini, kesemua Mantan-mantan Perdana Menteri menggunakan terminologi MANIFESTO.



Berpuluh-puluh janji telah beliau buat dan antara AKU JANJI yang ketara ialah mengurangkan kos hidup rakyat dan mengurangkan BAYARAN TOL dalam TEMPOH LIMA TAHUN.

Apakah makna AKU JANJI pada Najib 7 bulan selepas PRU-13?

Adakah ia juga FANTASI seperti mana manifesto pembangkang?

Thursday, December 19, 2013

PESANAN BUAT NAJIB & KERAJAAN


Umpama timun hendaknya
Melanggar kami terluka
Dilanggar kami cedera
Tapi itulah nasib kami yang hina

Tanpa elaun seperti menteri
Makan bayar sendiri
Kereta pandu sendiri
Minyak isi sendiri
Jalan sesak kami hadap setiap hari

Mudah pula tuan berkata
Jangan makan bila ayam naik harga
Jangan minum manis bila naik harga gula
Jangan guna jalan jika tol naik berganda
Pindah ke negara lain jika tak suka Malaysia 

Kami umpama kain basahan
Tuan perah habis habisan
Akhirnya kami kekeringan
Merana kami tuan kesenangan

Duit sejemput kami diperas hingga rabak
Gaji tuan sedikit pun tak boleh ditolak
Diusul kami tuan amuk sampai koyak
Kami senyum lihat tuan makin menggalak

Tak mengapalah tuan
Kami terima segala ketentuan
Cuma ingat pesan Tuhan
Setiap perkara ada balasan
Nasib tuan belum ketahuan

Tuan jangan lupa
Kami manusia biasa
Sabar kami ada tahapnya
Luka kecil boleh menjadi nanah juga
Jangan sampai menjadi barah pula
Cukuplah tuan menyeksa
Cukuplah tuan buat kami merana

Kuasa tuan dari kami
Naiknya tuan dari kami
Jatuhnya tuan juga dari kami..
**** tolong sebarkan.tanda protes KAMI****

Kedua-dua pesanan ini tersebar luas di alam maya. Semuga ianya menjadi panduan kepada pengubal dasar.

Tuesday, December 17, 2013

RAKYAT TAK BERDUIT, JANGAN PAKAI HIGHWAY



"Kami sediakan jalan alternatif kepada mereka sedia bayar dengan kadar premium. Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut. " - Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Apa yang dimaksudkan oleh Wahid?
Kalau ikut kefahaman kita, ia bermaksud, "kalau miskin, tak ada duit, jangan pakai highway. Highway hanya untuk golongan premium - golongan yang berduit. Rakyat Malaysia yang tak ada duit pakai lah jalan biasa."
Atau dengan kata lain, kita yang tak berduit, jangan pakai highway walaupun ianya di tepi rumah kita. 

SEMENTARA itu, hari ini kita terbaca kenyataan Plus bahawa ia memahami tekanan kos hidup rakyat dan tidak berhasrat menaikkan kadar tol di semua lebuhraya PLUS dalam tempoh terdekat.
Apa tujuan Plus membuat kenyataan seumpama ini? Mencari publisiti murah?
Bukankah semasa Najib membentang Belanjawan 2011, beliau mengumumkan tiada kenaikan tol di lebuhraya milik Plus selama 5 tahun?
Apa tujuan Pengarah Urusan Plus Noorizah Abd Hamid membuat kenyataan mengelirukan ini?
Kita tunggu tahun 2016 apabila tiba masanya Plus menaikkan kadar tolnya dan kita mahu melihat pendirian Plus pada masa itu.
Kita berharap pada masa itu, Plus akan mengulangi kenyataan nya bahawa "ia memahami tekanan kos hidup rakyat dan tidak berhasrat menaikkan kadar tol di semua lebuhraya Plus dalam masa terdekat."


Monday, December 16, 2013

WAHID!: RAKYAT SEDANG MARAH MEMBUAK-BUAK

Abdul Wahid Omar adalah antara anak Melayu yang bijak dan dihormati. Sebelum dilantik sebagai Menteri oleh Najib Razak, beliau adalah peneraju Maybank, UEM, UEM World dan Telekom Malaysia.

Wahid bukan orang politik. Oleh itu, tidak menghairankan apabila Wahid membuat kenyataan kepada rakyat, pandangan beliau lebih kepada pandangan orang korporat dan mungkin akan dilihat tidak prihatin kepada sentimen politik bawahan.

Dua hari lepas, Wahid membuat kenyataan berikut:


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.
"Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain. 
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/12/15/mstar_berita/20131214183558&sec=mstar_berita

 Maka benarlah spekulasi yang dibuat bahawa tol akan dinaikkan. 

Untuk makluman Wahid, rakyat faham kenapa tol akan dinaikkan dari masa ke semasa.

Rakyat tak perlu penjelasan berapa pampasan perlu kerajaan bayar sekiranya tol tidak dinaikkan.

Ini bukan kali pertama tol hendak dinaikkan. Setiap kali tol mahu dinaikkan, strategi kerajaan ialah menghebahkan berapa pampasan yang kena dibayar dan wang tersebut boleh digunakan untuk program pembangunan lain.

Kepada para strategis Kerajaan, kita nak katakan strategi sebegini sudah lapuk dan basi.

Rasanya rakyat dapat menerima sebarang kenaikan sekiranya Kerajaan tidak BOROS.

1) Sebelum 2013, Kerajaan MAMPU untuk tidak menaikkan tol dan menangguhkan kenaikan lain dan MAMPU membayar pampasan semata-mata kerana pilihanraya umum, kenapa tidak sekarang?

2) Wahid kena faham sentimen rakyat. Rakyat marah apabila disuruh membayar bermacam-macam kos sementara Perdana Menteri sanggup membelanjakan RM7.2 bilion kepada konsultan luar semata-mata mahu memprofilkan diri beliau. Apalah pampasan RM400 juta untuk tol berbanding RM7.2 bilion semata-mata untuk menaikkan imej sendiri. 

3) Rakyat disuruh bayar elektrik lebih tetapi Kerajaan menanggung RM2.2 juta bil elektrik Perdana Menteri di Seri Perdana. Wahid sudah tentu tahu bahawa selama ini para Menteri, Timbalan-timbalan Menteri dan mungkin Ahli-Ahli Perlimen menggunakan elektrik secara percuma.

4) Harga petrol dinaikkan dan tol akan dinaikkan. Kenapa rakyat tidak marah apabila mendapat tahu Kerajaan menanggung RM106 juta kos Perdana Menteri dan isteri menggunakan jet peribadi ketika rakyat menderita mengharungi kos hidup yang tinggi.

Rakyat hanya merungut dan masih dapat menahan rasa marah apabila kerajaan boros membelanja TETAPI apabila kerajaan mula "MERAGUT" wang saku rakyat, rakyat mana yang dapat menahan kemarahan mereka.

Kita bukan pakar ekonomi seperti Wahid, kalau kerajaan sekarang CARI MAKAN dengan MENGAMBIL GAJI WANG SARAAN RAKYAT, sejarah dunia menunjukkan kerajaan tersebut tidak akan KEKAL berkuasa.

Terpulanglah kepada Kerajaan. Kita hanya mampu menegur. 

Kepada Wahid, cuba lah melihat isu ekonomi dari pandangan rakyat dan tidak semata-mata dari sudut ANGKA dan perspektif ORANG BERADA dan teori ekonomi semata-mata.
http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/dap-gesa-pm-naik-mas-bukan-jet-vvip-1.208168

SEMENTARA itu, Syed Hamid Albar semalam mengumumkan TAMBANG BAS SEKOLAH AKAN DINAIKKAN.

Dari sudut pandangan Syed Hamid, yang pernah menjadi Menteri, kenaikan TIDAK MEMBEBANKAN.

Rupa-rupanya, dalam kamus orang politik, ada juga KENAIKAN YANG TIDAK MEMBEBANKAN RAKYAT.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SPADjamintambangtakmembebankan/Article/cetak



Saturday, December 14, 2013

PUTUS SUDAH KASIH SAYANG, ASMARA NAJIB DENGAN RAKYAT TIDAK BERPANJANGAN

Tiba-tiba teringat pula akan lagu P.Ramlee, "Putus Sudah Kasih Sayang". 

Antara kata-kata Allahyarham P.Ramlee: "Apakah dosaku, Apakah salahku, kau runtuhkan Jambatan Asmara".

Nampaknya, selepas 5 Mei 2013, Najib Razak sudah tidak lagi berminat untuk "berasmara" dengan rakyat.

Sebelum 5 Mei, bukan main Najib "bercinta" dengan rakyat. 

Plaza tol Taman Connaught ditutup (gambar). Najib juga umumkan bayaran tol berhampiran Taman Medan dikurangkan dari RM1.60 ke RM1. Bayaran tol di Batu 9 dan Batu 11 Lebuhraya Cheras-Kajang dimansuhkan. 

Tiada kenaikan tol untuk Lebuhraya Plus selama 5 tahun. Rebat untuk pengguna yang menggunakan lebuhraya 80 kali sebulan. Menteri Kerjaraya ketika itu, Shaziman Mansor, pula bersungguh nak hapuskan tol, turunkan tol dan bagi diskaun masa hariraya.

Tol di Shah Alam hampir-hampir dihapuskan 

Tetapi rupa-rupanya "kasih sayang" Najib kepada rakyat tidak berpanjangan. Tiba-tiba, kedengaran berita Najib mahu menaikkan tol bulan depan.





Sebelum Pilihanraya Umum (PRU-13), Najib "berkasih sayang" dengan pengundi. Berikan Brim, buka Kedai Rakyat 1Malaysia, beri diskaun tambang komuter Keretapi, bantuan tunai kepada anggota tentera, baucar buku 1Malaysia, Bantuan Persekolahan RM100, rebat RM200 untuk pelajar membeli telefon pintar, buat klinik 1Malaysia dan elaun sara hidup RM200 untuk nelayan.

Tiba-tiba selepas 5 Mei, Najib naikkan kadar elektrik 15 peratus, naikkan harga petrol Ron 95 20 sen, naikkan gula 34 sen dan tidak lama lagi, tol naik, tambang LRT dan monoril naik, cukai pintu naik, tambang bas naik, harga gas masak naik dan tambang haji pun akan naik.

Tiba-tiba saja selepas PRU-13, "putus sudah kasih sayang" Najib dengan rakyat.

Kata P.Ramlee lagi: "Oh sampai hati engkau pergi, tinggalkan padaku racun berbisa. Membara di dada, oh membakar di hati. Hingga kering layu, berdebu."

Sampainya hati kamu, Najib bin Tun Abdul Razak.

Friday, December 13, 2013

NELSON MANDELA: TAN SRI ZAM TEGUR NAJIB

KEPUTUSAN Najib Razak untuk tidak menghadiri pengkebumian Nelson Mandela ditegur Tokoh Wartawan Negara dan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin atau lebih dikenali sebagai ZAM.

Berikut ialah teguran Zam:

SAYA TAK SANGKA........
Saya terkejut,tergaman,terkelu  dan sedih menghiris hati  apabila  saya mendengar berita mengatakan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib tidak akan menghadhiri upacara pengkebumian seorang pemimpin agung dunia yang di hormati kawan dan lawan  Presiden Africa Selatan Mandela pada 15 Disember 2013 ini.

Keharuman nama Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia Pertama Tunku Abdul Rahman yang  dengan tegas dan berani menyokong  perjuangan menentang apartheid dengan sekali gus telah dipadamkan dengan seguris keputusan Perdana Menteri Malaysia yang melukakan perasaan rakyat Africa Selatan khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.

Apakah ini atas nasihat dari Wisma  Putra atau keputusan Najib  sendiri atau  orang yang terdekat dengannya ? Saya tidak mahu percaya kepada alasan yang diberikan bahawa ini dilakukan  untuk menjimatkan belanja.

Apapun inilah  suatu keputusan yang sangat tidak waras dan bertentangan dengan semangat rakyat dan penghayatan negara.

Jika Tun Dr.Mahathir sihat tentulah beliau akan pergi.

Saya tidak perlu komen terlalu panjang tetapi cukuplah untuk  mengatakan bahwa keptutusan Najib ini adalah langsung  tidak termasuk dalam logik akal saya.Perbuatan ini tidak dirastukan oleh rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan dan anti kekejaman malah menghina perasaan seluruh rakyat  Malaysia yang menghayati perjuangan dan jasa  Mandela.

Saya meagungkan ayahnya nya Tun Abdul Razak sebagai seorang nasionalis yang bijak yang sanggup menyekutukan dirinya dengan gulongan sosialis dan nasionalis kiri untuk mengeluarkan bangsanya dari perbezaan dan penindasan dalam negaranya sendiri tetapi anaknya gagal untuk membuktikan penghayatan perjuangan gigih seorang pemimpin yang juga dihayati oleh ayahnya.

Inilah saat saatnya untuk menunjukan warisan kepada penjiwaan semangat negara.

Kepada mendiang  Mandela hanya ingin ku katakan:
Sebagai rakyat Malaysia aku  tidak turut merastui perbuatan ini 
Aku telah membaca bukumu A long Walk To Freedom
Mungkin kerana aku terlalu sentimen kepada mu
Maka perasaan ini ku curahkan  dalam pemergian abadimu
Semuga  suara kecil ini dirasakan oleh rakyat Africa
Bangsa kami tidak miskin budi bahasa
Hanya  pemimpin  tidak tahu mengharga .

http://zamkata.blogspot.com/2013/12/saya-tak-sangka-najib-akan-lakukan-ini.html

Thursday, December 12, 2013

MASAK-MASAK SEMASA BANJIR




SYUKUR kita sebagai  rakyat jelata, mempunyai kerabat DiRaja seperti Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, isteri Tengku Mahkota Pahang.  

Tunku Azizah sanggup mencemar duli untuk bersama rakyat mengharungi musim banjir ini. Kita kagum melihat kesanggupan Tunku Azizah turun ke dapur, memasak untuk dijamu kepada rakyat beliau.

Ini lah Raja sebenar-benarnya Raja yang berjiwa rakyat. Sekurang-kurangnya ada juga seorang kerabat DiRaja yang sanggup mengharungi kesusahan bersama rakyat. Menjunjung kasih Tunku Azizah. 

SEMENTARA itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rohani Karim semasa musim banjir ini berada di Damai Beach Resort di Santubong, Sarawak.
Rohani juga mempamirkan kepakaran beliau memasak. Cuma suasananya berbeza sedikit dari Tunku Azizah. Kalau Tunku Azizah memasak di pusat pemindahan banjir di Pahang, Rohani memasak di hadapan kamera rancangan Nona TV3 berlatarbelakangkan keindahan pantai di Teluk Bandung Isnin lalu.

WAJAH-WAJAH HIBA

 BANJIR DI INDONESIA
HAIYAN DI FILIPINA
 BANJIR DI PAKISTAN
BANJIR DI INDIA

BANJIR DI SUNGAI ISAP, PAHANG (Lihat Gambar)

Wednesday, December 11, 2013

BANJIR: KEMANA PERGINYA PAK MENTERI?


DUA kali Najib Razak turun padang untuk melihat sendiri keperitan penduduk di sebelah Pantai Timur mengharungi banjir.

Antara muka-muka Menteri Kabinet yang sering kita lihat turut sama membantu mangsa banjir ialah Shabeery Chik dan Shahrizat Jalil.

Satu soalan yang terlintas di fikiran yang ingin ditanya kepada Najib ialah "kemana perginya Menteri-Menteri Kabinet dari Sabah dan Sarawak?"

Kalau tak silap kita, Najib melantik 13 MENTERI dari Sabah dan Sarawak. Tidak kah ada keinginan mereka ini untuk sama-sama turun menghayati kesusahan rakyat di Pantai Timur?

Bukankah banjir di Pantai Timur Semenanjung juga masalah mereka?

Di manakah Menteri-Menteri ini? 

Mungkin Najib tahu jawapannya!

Saya hanya ingin bertanya...

WAHAI BAPAK-BAPAK MENTERI, SELAMILAH KEPERITAN RAKYAT

ARTIKEL BERIKUT DISIARKAN OLEH BLOG GERAKAN ANTI PKR

dikabarkan perdana menteri thailand, yingluck akan membubarkan
parlimen setelah desakan dan demonstrasi besar-besaran kumpulan
pendemo berjaya melumpuhkan selama 2 minggu perbandaran utama
di thailand.

asas pertembungan dua kumpulan rakyat pro merah dan kuning ini
mudah dikenalpasti.

merah adalah pro kepada thaksin, majoritinya datang dari
kumpulan luar bandar sebut kampung yang selama pemerintahan 
thaksin, kumpulan ini mendapat manafaat besar hasil daripada
dasar dan polisinya mengenai pembelajaran dan kesihatan.

manakala kumpulan kuning pula yang opos yakni menentang merah.
mereka mendakwa kumpulan merah adalah anti kepada monarki 
dan terlalu liberal dalam ekonomi.

ASAS 2 KUMPULAN INI BERTEMBUNG antara katalis
utamanya adalah kerana thaksin telah menjual pemilikan saham
telekomunikasi negara kepada temasek holding, syarikat 
pelaboran utama negara singapura.

hakikatnya, semangat kekitaan dalam separuh daripada rakyat
thailand yang mahukan segala milik negara dikekalkan merupakan
langkah terpuji.

di atas kita mengenalpasti pola sikap majoriti rakyat thailand
yang terpecah dua.  jika pemimpin merah memerintah, 
kuning akan bertindakbalas. 

begitulah nasib thailand sejak hampir 13 tahun yang lepas.

di amerika dan sebahagian negara di eropah, kriteria memilih
parti yang membentuk kerajaan lebih terarah kepada
pendasaran cukai, kesihatan, pekerjaan atau lebih mudah disebut
sebagai dasar ekonomi yang menguntungkan RAKYAT
dan bukannya konglomerat.

demokrasi dan pilihanraya di barat sudah tidak perlu ke arah 
bloodshed atau pertumpahan darah, sebaliknya janjian pilihanraya
itu adakah ianya bakal menguntungkan RAKYAT.

berkemungkinan jika panjang umur, tahun 2018 kita rakyat
malaysia akan menghadapi pru ke 14.

hakikat pru di malaysia, nak tak nak harus diakui ianya
semakin menjurus kepada penelitian pengundi terhadap
dasar poket dan status quo.

pru 1990 lebih melibatkan kepada pertembungan sokongan
kelompok kepada 2 entiti utama, dr mahathir dan tengku razaleigh.

pru 1995 lebih memberatkan kepada bagaimana parti politik
hendak membentuk sokongan rakyat terhadap mereka. ia lebih
terarah kepada bagaimana pas,dap dan s46 mahu mengajak
pengundi untuk beralih arah dan menyokong mereka.

detail mengenai poket , sara hidup, pendidik dan kepelbagaian
dasar tidak dibicarakan pada tahap pru ini.

pru 1999, ia semakin mengecil bilamana pertembungan
pru ini sekadar melibatkan permaslahan seorang yang ada 
masalah moral diterajang keluar dari parti.

pas yang selama ini mati mendapat nyawa politik bila mereka
mengoptimakan kes anwar sehabis mungkin untuk
mendapatkan sokongan melayu.

waktu itu, pas tiada keupayaan untuk membentuk dasar politik
kuat apatahlagi ampuh. pru 1999 membuktikan pas hidup
semula setelah lama mati.

pru 14 pada pandangan jujur aku, ianya akan lebih 
nampak profesional dan terarah mengenai halatuju dasar
melibatkan rakyat yang lebih meluas.

orang kampung yang aku temui sudah berani membicarakan
mengenai ekonomi, dalam ertikata mengenai bagaimana
ringgit dibelanjakan kerajaan, bagaimana nilaian ringgit itu
berkadar dengan kos barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.

kebanyakan golongan pertengahan melayu akan melihat
pru 14 ini sebagai cubaan pembantaian dan pengajaran
maksima kepada kerajaan jika kerajaan enggan faham
masalah kos kehidupan.

pru 13 melayu masih memberi kepada umno atas dasar
agama dan survival politik melayu.

namun jika pemberian undi ini enggan dihargai, tiada mustahil 
banyak perkara mustahil akan berlaku.

melayu tak faham apa signifikannya sukuk dengan undi.

melayu kampung tak faham mengenai kerugian suku tahun pertama.

melayu tak nak dengar lagi mengenai sloganista nkra,nkea,
pemandu,dipandu dan kena pandu.

melayu pada hakikatnya dah faham dasar pas yang menghancurkan.

melayu pada hakikatnya dah paham serius umno mengenai 
status quo islam dan melayu.

yang melayu mahukan adalah satu dasar yang betul-betul
ampuh hingga ianya KENA PADA POKET lantas membuatkan
mereka boleh sedikit legu tersenyum kerana dasar baru kerajaan
ini benar-benar kena pada tulang belulang dan 
belikat darah poket mereka.

kalau tak faham betapa strugglenya hidup melayu pertengahan
di lembah klang..

mungkin pak menteri boleh merasai denyut nadi rakyat
melayu pertengahan ini dengan melakukan percubaan 
menaiki honda ex5, keluar kerja pagi balik malam.

kalau tayar pancit tolak motor sendiri.

tak payah bawak bodyguard dan pemandu.duduk kat flat.
diberikan gaji rm2000 dan membawa masuk isteri
dan anak untuk tinggal 6 bulan di kawasan flat kos rendah.

bayar sendiri bil api dan air. bayar sendiri duit sekolah anak.
kalau tak cukup gaji yang RAKYAT BERIKAN,
buat kerja part time. jual kuih atau tudung ecara online 
dalam face book.

 bulan kalau pak menteri boleh buat benda ni,
percayalah kesedaran akan datang lantas banyak dasar
yang menguntungkan rakyat akan diperincikan.

akhirannya, pru 14 BN akan terus kekal memerintah.