Saturday, September 10, 2011

DR MAHATHIR: POPULARITI NAJIB MENURUN

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat tinjauan Merdeka Center baru-baru ini yang menunjukkan sokongan terhadap Datuk Seri Najib Razak merosot teruk berpunca antara lain kesan cara kerajaan menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada awal Julai lalu.

"...tindakan kerajaan tidak membenarkan orang memakai baju kuning adalah satu tindakan yang dilihat tidak betul.

“Ini disalahkan ke atas (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib tetapi saya tidak tahu apakah Datuk Seri (Najib) yang beri arahan baju kuning tak boleh pakai.

Saya tak fikir dia nak kata kepada polis baju kuning tak boleh pakai. Tetapi hakikatnya orang yang pakai baju kuning kononnya dianggap sebagai musuh dan ditahan. Itu tindakan kerajaan Malaysia dan ini memberi gambaran yang tidak baik kepada kerajaan.” - Tun Dr Mahathir Mohamad dalam wawancara yang disiarkan Astro Awani seperti yang dilaporkan oleh Malaysian Insider.
http://www.themalaysianinsider.com/print/bahasa/mahathir-akui-populariti-najib-jatuh-akibat-cara-tangani-bersih-2.0/

Apa signifikannya kenyataan ini? Jelas sekali Dr Mahathir memberi kredibiliti kepada kajian yang dibuat oleh Merdeka Center bahawa populariti Najib menurun adalah satu realiti.

2 comments:

Pak Belalang Kedah said...

yang pahit itu adalah ubat.bukan semua yang manis itu penawar.biasalah naik turun aras sokongan terhadap DS Naijb.jangan merudum terus sudahlah.aku nak nyatakan biarlah orang keliling DS Najib juga beri imej yang baik juga.

Anonymous said...

Selagi Najib simpan sepupunya si pondan dan Rais menteri pantun makin itulah Najib tak akan popular dan akan menerima nasib macam Tun Dol. Reshuffle the cabinet.