Wednesday, November 3, 2010

ROSMAH MANSOR WIRA WANITA 1MALAYSIA

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk memenangi hati seseorang terutamanya isteri Perdana Menteri.

Sejak akhir-akhir ini, setiap kali adanya majlis penganugerahan gelaran bintang oleh negeri-negeri, sudah menjadi kelaziman nama Rosmah Mansor menjadi pendahulu dalam senarai penerima bintang-bintang dan pingat-pingat oleh kerajaan-kerajaan negeri.

Semalam, Rahim Thamby Chik, kini Pengerusi Risda, yang dahulunya Ketua Menteri Melaka yang diselubungi skandal seorang gadis bawah umur, mengadakan satu majlis untuk Rosmah Mansor.

Di majlis ini lah Rosmah dinobatkan sebagai WIRA WANITA 1MALAYSIA. Tahniah kepada Datin Seri Rosmah. http://pspbtp.wordpress.com/2010/11/03/rosmah-cadang-risda-tubuh-pusat-permata/

Ketika Perdana Menteri berehat selepas dijangkiti penyakit cacar, isteri beliau muncul untuk menjalankan tanggungjawab Perdana Menteri. http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/10/31/mstar_berita/20101031230903&sec=mstar_berita

Najib sepatutnya menghadiri sambutan perayaan Deepavali 1Malaysia di Kelang. Malangnya disebabkan penyakit cacar ini, Najib terpaksa melupakan hasratnya.

Bertuahnya Perdana Menteri kerana isteri beliau, Rosmah Mansor, mampu mengambil alih tanggungjawab itu.

Rosmah hadir sebagai pengganti dan merasmikan perayaan tersebut dengan mewakili Perdana Menteri dengan membaca ucapan suami beliau.

Antara mesej ucapan tersebut yang dibaca oleh Rosmah, beliau menekankan kaum India bukan pendatang di Tanah Melayu kita ini.

Tidak menghairankan sekiranya kita juga bertuah mendapat seorang Hillary Clinton Malaysia tidak lama lagi. Hillary yang beberapa hari lalu melawat Malaysia pernah menjadi Wanita Pertama Amerika Syarikat apabila suami beliau, Bill Clinton, yang pernah menjalani hubungan sulit dengan pelatih White House Monica Lewinsky, kini merupakan Setiausaha Negara Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Obama.

Sama-sama kita doakan agar sejarah Hillary tercipta di Malaysia. Amin.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/11/1/nation/7338165&sec=nation

2 comments:

Anonymous said...

Saya 'read between the lines' blog ni.. dan pemahaman saya.. tak yah saya aminkan doa last tuh.. tul tak?
Jahanam negara ku kalau doa itu di-aminkan..

Ratnasari said...

banyak sangat pembodek terhormat. Rosmah kena belajar dari Emelda Marcos macam mana nak jaga suami.