Saturday, October 30, 2010

NASIHAT DR MAHATHIR

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) hari ini menasihatkan kerajaan supaya mengikut pandangan masyarakat umum mengenai pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat di Kuala Lumpur. - UTUSAN MALAYSIA (30 Oktober 2010)
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1030&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Perlu atau tidak nasihat Tun Dr Mahathir diambil kira?

Di dalam facebook, dikatakan lebih 200,000 orang sudah menyatakan mereka tidak setuju dengan pembinaan Menara Warisan Merdeka ini.
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/anti-warisan-merdeka-facebook-campaign-hits-100000-mark

Pada pandangan kita, pembinaan Menara Warisan Merdeka ini menjadi isu politik kerana kegagalan kerajaan dalam merasionalkan akan keperluan menara ini. Setakat ini, isu ini cuba dipatahkan dengan hanya alasan ianya tidak melibatkan wang kerajaan.

Nasihat Dr Mahathir hari ini sudah pasti akan menimbulkan pelbagai tafsiran.

Perlu diingatkan, bahawa apabila Najib Razak mengambil alih pentadbiran negara, beliau memperkenalkan slogan "Rakyat DiDahulukan", satu slogan yang cukup baik.

Alangkah baiknya sekiranya slogan ini terus dihayati.

3 comments:

Ryzal72 said...

Assalamualaikum,
Sememangnya WAJAR kerna TUN M mengambil masa selama 15 tahun menjadi PM baharulah Menara Berkembar di bina...so mana justifikasi PM Najib akan keperluan menara itu dibuat walaupun ia mempunyai nilai kerana agak terburu2 dibuat tat kala pemerintahannya baharu sahaja mencecah 2 tahun. berbeza bukan....

Pakteh said...

salam
apa yg oakteh baca, TDM mahukan menara ini dibina tanpa mempedulikan karenah pembangkang. Menurut beliau, dulupun pembangkang menentang jambatan pulau pinang, kini mereka juga yang gunakan untuk pergi memerintah disana bahkan perlukan jambatan kedua lagi. Mereka juga menentang lebuhraya PLUS, menara berkembar, putrajaya, Litar sepang malah KLIA pun dianggap membazir.
Data survey 200000 yang menentang itu tidak boleh digunapakai kerana tidak telus. Netter perlu click LIKE terlebih dahulu sebelum melakukan action seterusnya.

Anonymous said...

Pembinaan menara warisan adalah wajar untuk meningkatkan ekonomi dan penguasaan hatanah orang melayu di-kawasan tengah - tengah ibukota yang bernilai tinggi.Selain dari kampong baru satu -satunya milik orang melayu tiada lagi kawasan yang di kuasai oleh orang melayu.Oleh itu peranan PNB untuk merealisasikan kewujudan bangunan tersebut merupakan inisiatif yang amat bijak untuk kelangsungan dan memertabatkan bangsa melayu di bumi melayu ini.Untuk mengimbangi penguasaan bangsa cina di kawasan tersebut pusat perekonomian mel
ayu memang wajar diwujudkan.Sepatutnya kita harus memahami apa yang tersirat disebalik rancangan tersebut.Soal lah diri kita mengapa DAP dan Kaum Oportinis di negara ini membantah pembinaanya.Oleh itu 200000 orang yang membantah tidak perlu diambil kira kerana ia sebenarnya tidak mencerminkan hasrat keseluruhan umat melayu yang mahu melayu bertuan ditanah sendiri.