Sunday, November 21, 2010

RAIS YATIM, NOR YAKCOP BAKAL DIGUGURKAN DARI KABINET

Akhbar Star hari ini menyiarkan satu artikel berbentuk spekulasi mengenai ura-ura Najib Razak akan merombak Kabinet beliau Disember ini.

Identiti Menteri yang akan digugurkan tidak diketengahkan oleh penulis akhbar tersebut hanya sekadar TIGA Menteri akan digugurkan.

But it will be quite substantial with at least three ministers likely to make way for younger leaders. Of the three, one is said to be a senior face from the Tun Dr Mahathir Mohamad era while the other two had joined the Cabinet of Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Terjemahan: Rombakan yang akan dilakukan agak penting yang akan melibatkan sekurang-kurangnya TIGA Menteri yang akan memberi laluan kepada pemimpin yang lebih MUDA. Salah seorang dari tiga ini dikatakan seorang pemimpin senior yang pernah menjadi Menteri di era Tun Dr Mahathir Mohamad sementara dua lagi dilantik oleh Abdullah Ahmad Badawi.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/11/21/nation/7473204&sec=nation

Sebenarnya dari 27 Menteri-Menteri Kabinet, hanya Raja Nong Chik, Anifah Aman, Jamil Khir dan Ahmad Husni Hanadzlah merupakan lantikan Najib apabila beliau membuat rombakan terakhir pada 10 April 2009.

Yang lainnya samada tinggalan Dr Mahathir ataupun Pak Lah. Sejak akhir-akhir ini, pelbagai spekulasi dibuat mengenai Menteri mana yang hendak digugurkan.

Keputusan merombak Kabinet adalah hak Perdana Menteri semata-mata. Bagaimanapun keputusan yang dibuat perlu wajar dan munasabah. Tiada gunanya membuat rombakan sekiranya Menteri yang diselaputi lumpur dan kontroversi masih dikekalkan di dalam Kabinet dan Menteri yang tiada sebarang parut digugurkan.

Tiada gunanya juga seorang Menteri itu digugurkan atas sebab beliau sudah berkhidmat di bawah beberapa Perdana Menteri sementara orang baru yang dilantik juga pernah berkhidmat di bawah Perdana Menteri lain dan imej penuh dengan skandal.

Beberapa Menteri sudah pasti tidak lena malam apabila membaca spekulasi yang dibuat oleh akhbar Star hari. Antara mereka-mereka ini ialah:

RAIS YATIM
Pernah memegang tiga portfolio di bawah Tun Dr Mahathir. Dilantik Menteri Luar Negeri oleh Pak Lah. Najib membuat kesilapan besar melantik Rais sebagai Menteri Penerangan, Kebudayaan, Kesenian dan Komunikasi kerana portfolio tersebut bagaikan langit dengan bumi jika diambil kira kemampuan Rais. Ketika dunia komunikasi bergerak pantas, Rais jauh ketinggalan zaman apabila melihat Facebook dan Twitter sebagai musuh kepada Kerajaan. Jabatan Penerangan entah apa fungsinya tiada siapa tahu dan entah siapa yang menonton Berita RTM setiap malam.

Sejak akhir-akhir ini Rais dibelenggu kontroversi terutama melibatkan kepentingan di dalam Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. http://rockybru.com.my/2010/10/dino-rais-in-telcos-dispute.html

Telahan Jelapang: RAIS DIGUGURKAN

NOR MOHAMED YAKCOP
Dilantik Menteri Kewangan Kedua oleh Pak Lah. Dua Setiausaha politik beliau disiasat oleh SPRM. http://kedahku.blogspot.com/2010/07/nor-yakcop-ada-500-peti-besi-simpan.html
Pelbagai kontroversi melibatkan Nor Yakcop. Baca di link ini http://rockybru.com.my/2010/02/dsai-nor-mohamed-yakcop-and-usd8.html

Telahan Jelapang: NOR YAKCOP DIGUGURKAN

NG YEN YEN
Dilabelkan Menteri Melancong oleh pembangkang kerana membelanjakan berjuta ringgit untuk melawati 61 bandaraya utama dunia sejak beliau dilantik menjadi Menteri Pelancongan oleh Najib. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/10/29/parliament/7319360&sec=parliament

Telahan Jelapang: NG YEN YEN BERTUKAR PORTFOLIO

ZAHID HAMIDI
Pelbagai isu dibangkitkan Zahid mengenai Kementerian Pertahanan tanpa mengambil kira bahawa keputusan-keputusan tersebut dibuat oleh Najib sendiri semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan. http://www.malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=30147:zahid-our-submarine-cant-dive&catid=19:newscommentaries&Itemid=100131

Telahan Jelapang: ZAHID BERTUKAR PORTFOLIO

SHABEERY CHIK
Dilantik Menteri Penerangan oleh Pak Lah dan bertukar portfolio semasa Najib menjadi Perdana Menteri. Badan-badan sukan dibelenggu pelbagai masalah dan masih ada janji-janji kerajaan yang masih belum dilaksanakan oleh Kementerian dibawah pentadbiran Shabeery.

Telahan Jelapang: SHABEERY CHIK DIGUGURKAN

ISMAIL SABRI
Menjadi Menteri Kabinet semasa Pak Lah. Pengumuman kenaikan harga petrol pada awal tahun ketika Najib menyampaikan amanat Tahun Baru kepada rakyat adalah antara kemarahan penyokong-penyokong Najib. Tetapi ini perkara remeh. Ismail dilihat sebagai penyokong kuat Pak Lah semasa Pak Lah berkuasa. Hanya Najib tahu siapa samada Ismail benar-benar penyokong setia Najib.

Telahan Jelapang: 50-50

8 comments:

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Bro,
Mana si Nazri aziz, takkan dia KEBAL sangat kot hehehehhe!

Anonymous said...

betul ryzal

tak kan PM nak retain si nazri ni. nazri ni bukan hormat pm pun. saya dengar meeting NKRA yang PM pengerusikan pun nazri tak hadir. PM nak orang mcm ni ke dalam kabinet dia?

Anonymous said...

sorry bro
Najib will not change his cabinet, not until after the PRU13 coming this march.
Good Luck BN!

Anonymous said...

duta besar JJ yang dulu ramas punggung pompuan pun duk lobi bro nak jadi menteri balik.

Anonymous said...

]
NOH OMAR PUN BANYAK SKANDAL. CUBA CHECK SAPA BIBAH DALAM PEJABAT NOH. APA BIBAH NI DUK BUAT. BERANI KA PM BUANG NOH. KALAU NAK TRANSFORMASI, TRANSFORM BETUL2. JANGAN LEPAS BATUK DI TANGGA SAJA

Anonymous said...

Lantik Rosmah menteri agar tidak ‘kacau’ kerajaan
Harakahdaily
IPOH, 21 Nov: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disaran melantik isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai menteri supaya tidak ‘mengacau’ pentadbiran negara.

“Eloklah Rosmah disenaraikan oleh Najib sebagai mengisi kekosongan kerusi menteri penuh bagi melengkapkan rombakan yang akan diumumkan oleh Najib nanti.

“Kalau tidak, Rosmah akan terus menjadi pengacau dalam pemerintahan negara yang ada sekarang,” tulis Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim di dalam blognya.

Demikianlah, katanya Rosmah Mansor sebagai pemecah tradisi sebagai seorang isteri Perdana Menteri yang paling hebat dan berkuasa.

Justeru itu, tegasnya tekad Pakatan Rakyat bukan sahaja menjatuhkan BN dan Najib tetapi memastikan Rosmah bukan lagi menjadi pengacau kepada pemerintahan negara disayangi ini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak mengulas kenyataan Rosmah Mansor yang memohon tempat di Asian University for Women, Bangladesh untuk pelajar wanita negara ini yang kurang berkemampuan.

"Insya Allah kalau ada peluang, saya akan cuba tempatkan empat ataupun lima wanita dari negara ini yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke Asian University for Women.

"Ini adalah mustahak bagi pelajar wanita negara ini bertukar-tukar fikiran serta mengenali amalan budaya kaum-kaum di negara lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Istiadat Konvokesyen Kelima Unisel di Kampus Bestari Jaya di sini, semalam.

Menurt Khalil, sekali baca berita di atas nampak macam biasa sahaja tetapi sebenarnya untuk sekian kalinya Rosmah melangkaui tugas Menteri Pelajaran atau Menteri Pengajian Tinggi dengan membuat kenyataan yang langsung tidak ada kaitan dan bukannya tugas isteri Perdana Menteri.

“Kalaulah dia pandai dan sekolah tinggi sikit, kenyataan apapun yang melibatkan apa saja kementerian boleh dikeluarkan walaupun masih nampak jangalnya dengan cuma berlapikkan akan usahakan melalui kementerian yang berkaitan, dalam soal penghantaran pelajar dia boleh berlapik dengan katanya akan berusaha melalui Kementerian Pelajaran.

“Mana ada urusan hantar pelajar yang boleh diselesaikan tanpa ada campurtangan dari kerajaan dan dalam hal ini kementerian yang berkaitan ialah Kementerian Pelajaran,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.

Sebelum ini, katanya Rosmah dilihat beria-ia sangat dengan mendakwa dirinya wanita pertama negara sehinggalah dianjurkan persidangan wanita pertama dengan membelakangi Raja Permaisuri Agong sebagai wanita pertama yang sebenarnya.

Selain itu tanpa ada kementerian ‘Permata’ Rosmah mendapat peruntukan khusus sebanyak RM111 juta dalam Bajet 2011, satu jumlah yang besar walaupun hanya untuk prasekolah yang belum nampak hala tujunya.