Monday, November 29, 2010

IMPLIKASI MENGEKALKAN MENTERI BERMASALAH

Siang tadi Menteri Komunikasi Rais Yatim dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Khalid Ramli bertemu dengan Perdana Menteri bagi menjelaskan isu penganugerahan spektrum 700 Mhz kepada YTL Communications Sdn Bhd yang menimbulkan kemarahan beberapa syarikat telekomunikasi lain.
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/rais-mcmc-chief-join-pm-telco-meet-over-700mhz-band

Secara kebetulan hari ini sebuah akhbar berbahasa Inggeris menyiarkan satu ruangan yang ditulis oleh seorang kolumnis dari India mengenai isu rasuah di India termasuk isu pemberian lesen spektrum 2G oleh Menteri Telekomunikasi India Andimuthu Raja kepada 85 syarikat menyebabkan kerajaan India kehilangan pendapatan hampir RM124 bilion.

Kita amat berharap Najib Razak tidak terlepas pandang artikel ini.

Disiarkan petikan dari artikel yang ditulis oleh Mahendra Ved yang disiarkan oleh akhbar New Straits Times hari ini.

"Penipuan-penipuan ini telah memusnahkan reputasi Perdana Menteri India Manmohan Singh. Perlu dinyatakan Manmohan tidak dituduh menerima wang dari urusan pemberian spektrum ini. Kredibiliti beliau tidak pernah dipertikaikan. Bagaimanapun, beliau, barangkali sedar bahawa beliau telah mengekalkan seorang Menteri perasuah atas sebab-sebab politik."
http://www.nst.com.my/nst/articles/17dra/Article

Semoga Najib dapat mengambil ikhtibar dari masalah di India.

No comments: