Tuesday, November 23, 2010

RAIS YATIM MEMBILANG HARI?

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris Isnin lepas memaparkan berita eksklusif di muka hadapan mengenai tindakan SPRM menyoal beberapa pegawai kanan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia yang ditadbir oleh Rais Yatim.

Siasatan tersebut berkaitan tindakan Kementerian yang dipimpin Rais menggunakan wang tabung USP di bawah Suruhanjaya tersebut sebanyak RM4.53 bilion untuk tujuan-tujuan tertentu termasuk program Netbook yang menimbulkan kontroversi.

RM4.53 bilion satu jumlah yang cukup besar dan sudah tentu keputusan untuk menggunakan sejumlah wang sebesar ini perlu mendapat restu Rais.

Yang menariknya, apakah berita muka hadapan ini merupakan paku terakhir kepada keranda Rais sebagai Menteri Kabinet ketika rombakan Kabinet hangat diperkatakan sekarang ini?

Berita seumpama ini sudah pasti memburukkan lagi imej Rais dan menyukarkan Najib Razak mengekalkan Rais di dalam Kabinet beliau.

Atau mungkinkah pendedahan di dalam media ini merupakan strategi untuk memudahkan Perdana Menteri menggugurkan Rais?

Apa pun, tiada siapa akan menyalahkan Najib sekiranya Rais digugurkan. Malahan mungkin pujian mengiringi keputusan Najib ini.
http://www.nst.com.my/nst/articles/Quizzedovernetbooks/Article/

3 comments:

airman_1 said...

tahniah kpd bloger2 yg telah brjaya mencemarkah menteri bn...kah...kah

Muhammad said...

Majlis KUALA LUMPUR BERSELAWAT : http://wp.me/piAx4-3wY

PENDAFTARAN SEKOLAH TINGGI ISLAM AS SOFA 2011, KINI DI BUKA : http://wp.me/piAx4-2Yc

WACANA ILMU (26/11/2010) : http://wp.me/piAx4-3tw

SYARAHAN PERDANA SHEIKH PROF. DR. MOHAMMAD SAID RAMADHAN AL BOUTI : http://wp.me/piAx4-3tQ

Anonymous said...

airman ni umno kolot. style lama. pemimpin korup pun dia sokong. come on bro...

pemimpin adil, pemimpin di sanjung.

pemimpin zalim, pemimpin disanggah.

kalau umno nak berubah, pemimpin kena berubah. kalau duk sapu duit rakyat, nak sokong buat apa.