Esok 54,695 pengundi di Parlimen Sibu akan membuang undi untuk menentukan siapa bakal mewakili mereka di Parlimen nanti.
Dari jumlah ini, 36,389 pengundi atau 67% adalah pengundi Cina, 10.5% Melayu/Melanau sementara kumpulan etnik yang dikategorikan sebagai bumiputera 22%. Undi Pos yang lazimnya menyebelahi BN adalah sebanyak 2,537 undi.
Siapa akan menang? Malam tadi ceramah Anwar Ibrahim dibanjiri ribuan manusia. Tidak dapat dipastikan samada mereka adalah pengundi atau jentera parti. Tidak mungkin mereka orang luar kerana tiket kapalterbang untuk ke Sibu bukannya murah. http://www.malaysiakini.com/news/131863
Pada masa yang sama Najib Razak juga turut berkempen untuk calon BN. BN berkeyakinan pengundi Melayu, Melanau, Bumiputera dan undi Pos akan menyebelahinya. Yang menjadi persoalan ialah berapa peratus dari undi Cina akan menyebelahi BN?
Pada PRU-12, antara 40-45% undi Cina menyebelahi BN. 55-60% pengundi Cina memilih DAP. http://www.malaysianmirror.com/sabahsarawakdetail/12-sabahsarawak/38947-sibu-poll-barometer-for-state-election-
Pilihanraya kecil kini bertukar menjadi durian runtuh untuk pengundi. Pernah satu ketika, bantuan kewangan ketika pilihanraya kecil ditolak oleh pengundi. Tetapi semasa pilihanraya kecil Hulu Selangor, ia menjadi senjata efektif untuk "menawan" hati pengundi Melayu.
Suasana yang sama kini menyelubungi pilihanraya kecil sibu.
http://dayakbaru.com/weblog08/2010/05/13/rm18-million-to-swing-sibu-chinese-votes/
Mampukah BN mempertahankan kerusi Sibu? Seharusnya BN menang di Sibu. Sejak 1990, sokongan kepada BN adalah sekitar 53-60%. Semasa pilihanraya umum 1999, DAP hanya mendapat 37% sokongan pengundi Sibu.
Atas kertas, ia seharusnya menjadi kemenangan mudah buat BN. Tetapi scenario politik Sarawak sudah berubah.
Taib Mahmud sudah terlalu lama bertakhta dan kini mula tidak disenangi oleh rakyat Sarawak sendiri. Taib Mahmud dan keluarganya kaya-raya. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin parti komponen BN di Sarawak. Malangnya rakyat Sarawak terus miskin. Di Sibu, hanya enam atau tujuh orang telah menjadi jutawan dan hartawan.
George Chan Hong Nam, presiden SUPP yang kini berusia 74 tahun, masih mahu menongkat langit. Begitu juga dengan Taib Mahmud yang juga berusia 74 tahun. Nampak seolah-olah tiada tempat di Sarawak untuk pelapis muda. Tidak menghairankan sesetengah menganggap parti-parti politik di Sarawak adalah parti yang telah tua usianya dan dipimpin oleh orang-orang tua.
Ketika BN berhempas-pulas untuk menyakinkan generasi muda bahawa masadepan adalah bersama BN sementara pemimpin-pemimpin Sarawak masih di takuk lama dan berfikiran cara lama.
Bukan mudah untuk meyakinkan pengundi dengan scenario politik sekarang. Wang bukan penyelesaian segalanya. Majoriti pengundi sekarang menghitung perkiraan mereka berdasarkan "isu nasional".
Rata-rata media massa utama meramalkan BN akan menang di Sibu. Tetapi tidak memeranjatkan sekiranya DAP merampas kerusi Sibu esok.
No Malaysians involved in Kazakhstan plane crash
2 hours ago
3 comments:
Benarkah peliwat itu sebegitu ramai penyokong? Apakah penyokongnya pun peliwat sepertinya? Seperti ahli parlimen Australia yang homoseksual yang membantah perbicaraan Anwar Ibrahim.
reject politicians using religion
Mungkin penduduk Sibu ingin dengar cerita dan lawak bodoh secara langsung Anuar Ibrahim menegakkan benang basahnya. Di Semananjung rakyat dah mula menjauhkan diri dari PKR terutama pelakon utamanya Anuar Ibrahim.
Kesian tengok penyokong2 Umno. Duk harap2 rakyat pecaya kat dia orang. Kesian kesian
Post a Comment