Showing posts with label pilihanraya kecil sibu. Show all posts
Showing posts with label pilihanraya kecil sibu. Show all posts

Sunday, May 16, 2010

DAP MENANG DI SIBU!

KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA KECIL SIBU
DAP - 18,845
BN - 18,447
Ind -232
Majoriti - 398

UNDI POS PENENTU DI SIBU?

Berita Terkini dan tidak rasmi dari Sibu, Barisan Nasional tewas dengan majoriti 398 undi.

Kedudukan pada ketika ini, DAP mendahului dengan 2,590 undi.

Hanya undi Pos yang belum diumumkan atas sebab-sebab yang bakal menjadi isu kontroversi. Setelah dimasukkan undi pos, menurut sumber, Sibu menjadi milik DAP dengan majoriti 398 undi.

Saturday, May 15, 2010

PEMIMPIN SARAWAK KINI LIABILITI BN

Esok 54,695 pengundi di Parlimen Sibu akan membuang undi untuk menentukan siapa bakal mewakili mereka di Parlimen nanti.

Dari jumlah ini, 36,389 pengundi atau 67% adalah pengundi Cina, 10.5% Melayu/Melanau sementara kumpulan etnik yang dikategorikan sebagai bumiputera 22%. Undi Pos yang lazimnya menyebelahi BN adalah sebanyak 2,537 undi.

Siapa akan menang? Malam tadi ceramah Anwar Ibrahim dibanjiri ribuan manusia. Tidak dapat dipastikan samada mereka adalah pengundi atau jentera parti. Tidak mungkin mereka orang luar kerana tiket kapalterbang untuk ke Sibu bukannya murah. http://www.malaysiakini.com/news/131863

Pada masa yang sama Najib Razak juga turut berkempen untuk calon BN. BN berkeyakinan pengundi Melayu, Melanau, Bumiputera dan undi Pos akan menyebelahinya. Yang menjadi persoalan ialah berapa peratus dari undi Cina akan menyebelahi BN?

Pada PRU-12, antara 40-45% undi Cina menyebelahi BN. 55-60% pengundi Cina memilih DAP. http://www.malaysianmirror.com/sabahsarawakdetail/12-sabahsarawak/38947-sibu-poll-barometer-for-state-election-

Pilihanraya kecil kini bertukar menjadi durian runtuh untuk pengundi. Pernah satu ketika, bantuan kewangan ketika pilihanraya kecil ditolak oleh pengundi. Tetapi semasa pilihanraya kecil Hulu Selangor, ia menjadi senjata efektif untuk "menawan" hati pengundi Melayu.

Suasana yang sama kini menyelubungi pilihanraya kecil sibu.
http://dayakbaru.com/weblog08/2010/05/13/rm18-million-to-swing-sibu-chinese-votes/

Mampukah BN mempertahankan kerusi Sibu? Seharusnya BN menang di Sibu. Sejak 1990, sokongan kepada BN adalah sekitar 53-60%. Semasa pilihanraya umum 1999, DAP hanya mendapat 37% sokongan pengundi Sibu.

Atas kertas, ia seharusnya menjadi kemenangan mudah buat BN. Tetapi scenario politik Sarawak sudah berubah.

Taib Mahmud sudah terlalu lama bertakhta dan kini mula tidak disenangi oleh rakyat Sarawak sendiri. Taib Mahmud dan keluarganya kaya-raya. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin parti komponen BN di Sarawak. Malangnya rakyat Sarawak terus miskin. Di Sibu, hanya enam atau tujuh orang telah menjadi jutawan dan hartawan.

George Chan Hong Nam, presiden SUPP yang kini berusia 74 tahun, masih mahu menongkat langit. Begitu juga dengan Taib Mahmud yang juga berusia 74 tahun. Nampak seolah-olah tiada tempat di Sarawak untuk pelapis muda. Tidak menghairankan sesetengah menganggap parti-parti politik di Sarawak adalah parti yang telah tua usianya dan dipimpin oleh orang-orang tua.

Ketika BN berhempas-pulas untuk menyakinkan generasi muda bahawa masadepan adalah bersama BN sementara pemimpin-pemimpin Sarawak masih di takuk lama dan berfikiran cara lama.

Bukan mudah untuk meyakinkan pengundi dengan scenario politik sekarang. Wang bukan penyelesaian segalanya. Majoriti pengundi sekarang menghitung perkiraan mereka berdasarkan "isu nasional".

Rata-rata media massa utama meramalkan BN akan menang di Sibu. Tetapi tidak memeranjatkan sekiranya DAP merampas kerusi Sibu esok.