"Nor Mohamed dilihat lebih selesa membisu daripada memberi sebarang penjelasan dan hanya Awang Adek buat masa ini yang tampil mengesahkan kerugian Pos Malaysia tetapi menafikan jumlahnya sehingga RM546 juta sebaliknya memberitahu kerugian sebenar adalah RM227 juta.
"jika benar dakwaan bahawa semua CEO yang dilantik itu bukan dibuat berdasarkan kebolehan tetapi disebabkan kronisme, adalah wajar untuk Nor Mohamed terus berdiam diri."
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0507&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm
Ini kritikan Zaharain Hashim, Ahli Parliman Bebas, terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nor Mohamed Yakcop mengenai isu kerugian Pos Malaysia.
Zaharain, yang baru sahaja meninggalkan Pakatan Rakyat, sudah tentu dapat merasakan keperitan Nor Yakcop apabila dulu dikritik dan dituduh meninggalkan PKR semata-mata kerana kecewa syarikat bermodal RM2 berkaitan dengan beliau tidak diberikan kontrak oleh kerajaan Pulau Pinang.
Turut mengkritik Nor Yakcop ialah Reezal Merican, bekas Setiausaha Politik Abdullah Ahmad Badawi. Kata Reezal:
"....turut bimbang tindakan pihak tersebut yang berterusan mendiamkan diri akan memberi implikasi politik jangka panjang yang negatif kepada kerajaan. "
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0507&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm
Kritikan-kritikan ini lebih merupakan kes "mamak menuduh mamak lain hitam".
Siapa yang tidak kenal Reezal? Tanyalah pemimpin Pemuda Umno yang seangkatan dengan beliau. Tiada seorang pun yang menyenangi beliau. Dengan kata lain Reezal amat dibenci oleh pimpinan Pemuda Umno ketika itu.
Kalau nak disenaraikan tingkahlaku Reezal dan keangkuhan beliau serta penyelewengan yang dilakukan beliau, senarainya hampir sama panjang dengan senarai penyelewengan Nor Mohamed Yakcop yang hari ini membisu dengan harapan mendapat simpati Perdana Menteri dan ahli-ahli Umno.
Begitu juga Zaharain. Tidak ada apa yang nak dibanggakan dengan tindakan Zaharain meninggalkan PKR. Hati dan budi ahli-ahli Umno yang setia bersama parti lebih mulia dari hati Zaharain.
Malangnya, ada pemimpin di dalam Umno sanggup menatang musuh Umno dan mengenepikan anak sendiri.
Apapun, hari ini, buat seketika, kita ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Reezal dan Zaharain. Kita perlukan "belanga yang punggungnya hitam untuk menuduh cerek punggungnya hitam".
Apa yang hendak dihairankan dengan kerugian Pos Malaysia? Sejak Nor Yakcop menjadi Menteri Kewangan, pelbagai skandal berlaku di depan mata pemimpin negara tetapi mereka ini mengambil sikap membisu.
Kebanyakan ahli-ahli Kabinet hari ini pernah menduduki Kabinet Pak Lah. Orang yang sama bersetuju dan bersekongkol membenarkan penyelewengan ini dilakukan di hadapan mata mereka.
Lihatlah apa yang Nor Yakcop pernah lakukan. Baca link-link berikut:
http://justread-whatever.blogspot.com/2010/01/govt-should-call-up-kalimullah.html
http://rockybru.com.my/2010/02/dsai-nor-mohamed-yakcop-and-usd8.html
http://theunspinners.blogspot.com/2010/02/mystery-kenapa-setpol-nor-yakcop-saja.html
http://www.malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=30207:qout-damn-spot-out-i-sayq&catid=17:guest-columnists&Itemid=100130
http://www.malaysianmirror.com/homedetail/45-home/30230-hanky-panky-in-pms-dept-
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_766025c7-cabec5bb-d1f0ad00-61b8a582
http://kedahku.blogspot.com/2009/11/mb-negeri-sembilan-rm10-juta-nya.html
Isu Pos Malaysia ini akan mengakhiri karier Nor Mohamed Yakcop sebagai Menteri. Dan kita tidak perlu menitis airmata atau bersimpati kepada beliau apabila Najib Razak menggugurkan beliau dari Kabinet apabila rombakan diumumkan selepas pilihanraya kecil Sibu nanti.
Seharusnya, Najib didesak membuka kertas siasatan di atas segala penyelewengan yang pernah dilakukan oleh bekas Menteri Kewangan ini semasa era Pak Lah.
Cuba bayangkan logikkah Nor Yakcop memberi kontrak bernilai RM1,000 juta kepada syarikat milik rakan-rakan beliau semasa beliau menjadi Menteri Kewangan. Baca di sini:
http://justread-whatever.blogspot.com/2010/01/govt-should-call-up-kalimullah.html
RM1,000 juta!!! Bukannya RM1,000. Begitu berleluasa penyelewengan pada masa itu tanpa mengambil kira perasaan rakyat dan keperitan rakyat yang kais pagi makan pagi.
Malangnya, masih ada pemimpin Umno yang tergamak menanyakan kita "kenapa tidak menyokong BN".
Tanyalah diri anda sendiri. Tingkahlaku Nor Yakcop dan mereka-mereka seperti Reezal lah yang menyebabkan rakyat muak dan mual dengan Umno dan BN. Rakyat hanya menjadi kuda tunggangan kepada ketamakan pemimpin seperti ini.
No Malaysians involved in Kazakhstan plane crash
2 hours ago
1 comment:
Bro,
Betul2 aku tak faham. Mamak parpu ni masih dikekalkan dalam kabinet Najib. Dia dah menyamun dari zaman Dollah bangang lagi. Semua setpol dia dah kena tangkap hal rasuah tapi dia masih bebas. Dulu kroni Anwar dia Abrar dan sekarang menyamun terus. Anak dia yang tak sekolah tinggi mana pun dah pakai Lamboghini. Kawan2 anak mamak sial ni pun sama je tolong menyamun. Tak percaya, pergilah Penang dan tengoklah sendiri kawan2 anak Noh sial ni. Itu pun masih lagi bagi tempat kawal duit kat EPU. Semua hal kena melalui dia.
Si bangsat mamak ni memang tak peduli orang UMNO langsung. Sibuk nak kayakan suku sakat mamak parpu dia sahaja. Yang peliknya, MACC tak pernah sentuh dia. Dulu Ezam bawak fail dia sampai beratus helai langsung tak ada tindakan.
Pasal Rezal tu biasalah. Adalah benda yang dia mintak dulu yang si bangsat Noh ni tak layan. Si Rezal mamak jamban ni pun sama je menyamun. Dia masa duduk Kewangan dulu, sama je hebat menyamun.
YA ALLAH YA TUHANKU ..berikanlah kekuatan kepada PM yang ku kasihi untuk buang dua orang mamak yang dah lama bawak sial kat negara kita ni ......semoga tuhan makbulkan ....
Post a Comment