"Pihak yang telah meluluskan lesen itu perlu mempertimbangkan sebaik-baiknya pandangan yang telah disuarakan.Bagi orang Islam, judi tak dapat diterima dan bukan sahaja orang Islam agama lain tak suka juga." - Abdullah Ahmad Badawi
Jarang kita mendengar kenyataan bernas dari Pak Lah semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri. Kenyataan ini merupakan kenyataan pertama yang bernas yang dikeluarkan oleh Pak Lah selepas bergelar bekas Perdana Menteri.
Benar kata Pak Lah bahawa Kerajaan perlu mendengar pandangan rakyat sebelum meluluskan lesen judi bola. Mungkin pendapatan kerajaan akan bertambah RM5.4 bilion hasil kutipan cukai dari judi bola. Judi bola haram di Malaysia dikatakan mencecah RM20 bilion setahun.
Tetapi bagaimana dengan kos politiknya? Bagaimana dengan kesan sokongan orang Melayu terhadap kerajaan?
Judi adalah haram dan akan tetap haram walau apa alasannya sekali pun.
8 comments:
orang umno jadi bisu bila sebut judi bola. pemimpin dia pula diam seribu bahasa. boleh lah kita sama2 main judi bola ye
MAT KLUANG
Kluang, johor
dah rosakan negara bersama menantu sampai tergadai beberapa negeri masih lagi boleh tersengeh2.yang saya paling tidak boleh lupa pasal Tun dol bodohwi ni ialah negeri dah nak kalah tapi dia masih berkata "kita menang besar dan mendapat mandat yang besar pada pilihan raya yg lalu" dan bila dah bungkus dia kata pula "Why should i resign".
kerajaan harus bagi lesen utk pelacuran. lesen ini harus ada peraturan ketat. mesti letak tanda 'Orang Islam tidak dibenarkan mengambil bahagian". Kenakan cukai tinggi2. lagi tinggi pendapatan kerajaan
apa komen Chedet pasal judi bolasepak? Lesen awal dikeluarkan oleh kerajaan pimpinan beliau?
Perbuatan judi bola dan lain2 perjudian berleluasa tanpa kawalan dan pendapatan untung oleh penganjur digunakan untuk pelbagai tujuan tanpa pengetahuan kerajaan dan berkemungkinan disalurkan kepada pembangkang (?)
Dari segi PERBUATAN dan AKTIVITI ia telahpun ujud, kerajaan hanya megeluarkan lesen untuk mengawal dan mengenalpasti aktiviti disamping percukaian yang dapat disalurkan semula ke dalam pembangunan negara.
Perlesenan tidak juga menyelesaikan masalah 'judi haram' yang berterusan. Orang Islam memang sudah terdedah kepada perjudian, soal memberi lesen tidak sewajarnya menjadi isu.
Perjuangan untuk orang Islam ialah sepatutnya bukan pasal 'lesen' tetapi lebih kepada menggesa mengenakan hukuman yang amat berat kepada mana mana orang Islam yang terlibat dengan judi.
Pembangkang tidak sokong lesen perjudian di adakan bukan soal dan kebaikan kepada orang Islam tetapi lebih kepada 'dana' yang susut.
Lesen judi bola itu diberikan pada orang kafir. Apakah kafir juga tidak dibenarkan berjudi sedangkan itulah kebiasaan mereka?
Majority rules
Tak malu pulak Pak Lah ni beri komen? Negara tergadai tak apa pulak? Hemmmmmmmmmmm Dah tau judi tu haram, orang Islam pakat gi joint tu buat apa? Entah-entah pengikut dan pemimpin PAS dan PKR pakat membantah sakan pun ada terlibat sama...kononnya Islamik!!! Tahi.....lah.
Salam Sdr, saya mohon menyimpang dari tajuk untuk menarik perhatian kepada masalah pelajar cemerlang Siam Kedah yg tidak mendapat tempat di IPT spt tersiar dalam media. Saya amat sedih melihatkan mereka tidak diberi perhatian oleh kerajaan. Walaupun kita ini Melayu, saya merayu agar semua anak Malaysia yang cemerlang dalam pelajaran diberi tempat di IPT tempatan mahupun luar negara kerana mereka ini adalah masa depan negara kita. Tidak kiralah mereka ini Siam, Melayu, Tionghua, Tamil, Kadazan, Iban, Dayak ataupun Melanau. Anak2 cemerlang ini mesti diberi peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi jika keluarga mereka tidak mampu. Apalah 1,000 pelajar cemerlang jika dibandingkan ratusan ribu pelajar yang menduduki peperiksaan pelbagai tahap setiap tahun. Saya berdoa dan amat berharap pihak kerajaan dan swasta dapat membantu anak2 ini belajar sebagai tanggungjawab sosial kita sebagai kerajaan rakyat 1Malaysia.
SEBAK
Post a Comment