Wednesday, July 1, 2009

RAIS YATIM TIDAK LAYAK JADI MENTERI KOMUNIKASI

Rais Yatim dikritik hebat oleh Lim Kit Siang April lepas kerana tidak serius dalam membangunkan infrastruktur jalur lebar negara.

Nasihat Kit Siang kepada Rais pada masa itu ialah - jadilah Menteri Jalur Lebar dan bukannya Menteri Propaganda dan Blog.

Tertanya-tanya kita adakah Rais benar-benar memahami industri jalur lebar dan komunikasi kerana dari penonjolan beliau semasa siaran berita di TV, Rais lebih banyak menumpukan kepada cara untuk berbahasa dengan betul dari menghayati industri komunikasi dan penerangan itu sendiri.

Hari ini persoalan itu terjawab. Bercakap kepada wartawan di Jelebu, Rais membuat kenyataan berikut:

"Sebanyak 20 peratus perniagaan yang menjalankan aktiviti memuat turun video lucah daripada Internet dikenal pasti sebagai salah satu punca kelembapan kemudahan jalur lebar di negara ini.

"Tindakan golongan itu memonopoli penggunaan Internet dengan menjalankan aktiviti berkenaan menyebabkan pengguna lain mengalami masalah kelajuan ketika menggunakannya.

"Ini kerana kumpulan peniaga ini menjalankan aktiviti tersebut menggunakan masa yang panjang untuk memuat turun video lucah dan ini secara tidak langsung mengganggu serta mempengaruhi kelajuan Internet masyarakat umum." - Rais Yatim.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0701&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_18.htm&arc=hive

Sebaiknya, Rais membaca beberapa artikel tertentu sebelum membuat kenyataan yang boleh menggambarkan kecetekan ilmu beliau mengenai jalur lebar. Bacalah artikel berikut:
http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-17190.html atau lawati laman web berikut: http://www.redesignmalaysia.com/category/technology/fibre-optics/

Kepada Najib Razak, kalau nak lantik seseorang menjadi Menteri, biarlah orangnya betul-betul memahami portfolio beliau. Jangan letak orang di salah tempat. Kalau salah tempat maka kita akan disajikan kenyataan-kenyataan yang cetek pengetahuannya seperti Rais. Maka saban hari kita akan dengar "Internet slow kerana perniagaan video lucah".

3 comments:

setulangdaing said...

Kesiannya. Saya terkejut bila YB Menteri beri komen dangkal dan cetek sebegitu. Lebih-lebih lagi bila ianya datang dari RY, seorang bekas Menteri Undang2.Kita harap RY lebih berhati-hati dan tidak memberi komen yang akhirnya hanya menunjukkan beliau sebenarnya tak buat kerja.

Anonymous said...

Ambil Jelapang lah jadi Menteri ganti Rais.Lagi senang cerita. Lagipun Jelapang kan cukup pandai. Semua salah orang nampak. Kalau ambil Jelapang, insyaAllah yang salah tak ada..semua betul saja.Kan..?

Anonymous said...

1:59 PM syok kat RY kot?