Saturday, February 28, 2009

SKETSA PARLIMEN 1 (FEB 16/09): TITAH TUANKU


TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI ALMARHUM SULTAN
MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH

ISTIADAT PEMBUKAAN PENGGAL KEDUA
MAJLIS PARLIMEN YANG KEDUA BELAS

"Ahli-ahli Yang Berhormat, Beta dukacita walaupun negara kita telah 51 tahun merdeka, namun isu-isu perkauman yang sempit masih dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu dan menjadi perdebatan umum. Beta ingin menegaskan bahawa Kerajaan Beta tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan rakyat demi memastikan keharmonian kaum dan keamanan negara dikekalkan. Hak-hak setiap rakyat di negara ini yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan akan sentiasa dipelihara dan dihormati. Sehubungan ini, Beta menyeru semua rakyat bersama-sama meningkatkan perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran negara. Kepelbagaian kaum dan budaya yang dimiliki hendaklah digembleng menjadi kekuatan negara kita. Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan Islam sebagai agama Persekutuan di samping agama-agama lain bebas untuk diamalkan. Oleh itu, Beta mengingatkan semua pihak supaya menghormati kedudukan tersebut dan tidak mempersoalkannya."

"Beta juga memandang berat kecenderungan sesetengah pihak yang mudah mempercayai fitnah dan berita-berita palsu yang disebar oleh pihak-pihak tertentu termasuk melalui laman-laman blog sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan di kalangan rakyat. Sesungguhnya, kita harus belajar dari sejarah di mana kejatuhan sesebuah empayar dan tamadun adalah berpunca dari fitnah, hasad dengki dan perpecahan di kalangan rakyat. Sehubungan ini, rakyat hendaklah berhati-hati dan bijak menilai maklumat yang tersebar. Pengamal-pengamal media termasuk penulis-penulis blog hendaklah lebih beretika dan bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kebebasan yang diberikan demi mengekalkan keharmonian dalam masyarakat."

"Beta maklum bahawa Mamanda Perdana Menteri akan menyerahkan kepimpinan negara kepada Mamanda Timbalan Perdana Menteri pada bulan hadapan setelah menerajui negara sejak 31 Oktober 2003. Sehubungan ini, Beta merakamkan penghargaan kepada Mamanda Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi di atas kepimpinan dan segala sumbangan terutamanya dalam isu-isu pendemokrasian, akauntabiliti, integriti, pembanterasan rasuah, pengukuhan institusi kehakiman serta pendekatan Islam Hadhari. Beta berharap peralihan kepimpinan ini akan berjalan lancar agar agenda pembangunan negara dapat diteruskan."

Rujukan: http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-16022009.pdf

*** Memandangkan pelbagai kenyataan kontroversi dibuat di Parlimen, Jelapang ingin menghidupkan kembali Sketsa Parlimen untuk tatapan bersama.

NEGARA DIRUNDUNG MALANG!

Kita bakal dirundung malang. Tiada salahnya sekiranya kita membuat andaian ini.

Apa tidaknya. Suasana politik huru hara, ekonomi di ambang kemelesetan.

Di Parlimen, Ahli-Ahli Parlimen, tidak kira di pihak kerajaan mahupun pembangkang tak ambil peduli. Perkataan-perkataan yang orang tua-tua dulu anggap "kurang ajar" dan tidak lunak menjadi ungkapan harian ahli-ahli Parlimen yang dipilih rakyat.

Celaka, babi, anak haram - sudah menjadi ungkapan harian ahli-ahli Parlimen kita. Saban hari kita dihidangkan pelbagai drama politik - ada cerita anak muda menyerang orang tua berkerusi roda, perarakan di sana sini, speaker dewan yang dibuang memanggil sidang dewan.

New Straits Times pula hari ini menyiarkan simbol U-Turn di muka depan bagi menggambarkan tindakan Pusingan-U kerajaan selepas mengumumkan kenaikan kadar tol di lima lebuh raya antara 5 hingga 34% mulai esok.

Keputusan menangguhkan ini adalah atas arahan Perdana Menteri walaupun ramai tertanya-tanya bagaimana Menteri Kerjaraya mengumumkan kenaikan tol dan kemudiannya diarahkan bosnya dikaji semula.

Keputusan menaikkan kadar tol dibuat tiga minggu lalu dan keputusan tersebut tidak begitu sesuai sekarang kerana rakyat kini di dalam kesusahan.

Para pengkritik politik dalam mempertikaikan keputusan awal ini pasti membangkitkan beberapa perkara yang menggambarkan kelemahan pentadbiran negara. Antaranya:

* Adakah pada ketika keputusan menaikkan kadar tol dibuat, kerajaan tidak sensitif kepada kesengsaraan rakyat?

** Jika keputusan menaikkan tol dibuat tiga minggu lalu, adakah ini bermaksud kerajaan tiga minggu lalu gagal meramalkan betapa seriusnya krisis ekonomi ini?

Keadaan ekonomi negara cukup mengusarkan. Tetapi kita lihat seolah-olah orang politik tak ambil peduli. Kita lihat saja tajuk-tajuk akhbar hari ini:

* KDNK suku keempat 0.1 peratus. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm

* Untung Maybank merosot kepada RM1.3 bilion. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_01.htm

* Air Asia rugi RM662 juta tahun lalu. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_02.htm

* Proton rugi RM61 juta suku ketiga. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_03.htm

* TdC rugi RM950j. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_09.htm

Tuesday, February 24, 2009

NORZA, PAK LAH KESEORANGAN!

38. Itulah nombor calon untuk Norza Zakaria, setiausaha politik kepada Menteri Kewangan II Nor Mohamad Yakcop, selepas majlis cabutan nombor calon yang dilakukan di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC, petang tadi. Nama Norza akan tertera di tempat ke 38 dalam senarai 52 calon yang akan merebut 25 tempat di dalam Majlis Tertinggi Umno semasa pemilihan parti Mac nanti. Sembilan daripada mereka adalah anggota Kabinet.
Persoalannya adakah Norza sempat menyertai pemilihan yang akan diadakan pada minggu terakhir Mac nanti? Ini kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam membuat kenyataan berikut:
"Kami telah selesaikan penyiasatan. Hasil siasatan membuktikan bahawa terdapat asas yang kukuh untuk mendakwa beliau (Norza) kerana terlibat dengan politik wang."
Kenyataan ini dibuat oleh sumber SPRM (BPR) kepada New Straits Times semalam walaupun ramai mempertikaikan tindakan BPR mengeluarkan kenyataan mensabitkan kesalahan tertuduh tanpa mendapat pertimbangan Peguam Negara.
Menurut New Straits Times, BPR dipercayai mempunyai kes rasuah yang kukuh ke atas Norza walaupun beliau menafikan tuduhan tersebut.
Untuk berlaku adil kepada Norza, beliau menafikan terlibat dengan rasuah politik wang.
"Tuduhan-tuduhan yang membawa kepada saya disoalsiasat oleh Pencegah Rasuah telah diada-adakan untuk menjatuhkan mertabat saya dan bertujuan mengurangkan peluang saya semasa pemilihan parti nanti." http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/National/2488001/Article/index_html
Samada ada Norza bersalah atau tidak, kita serahkan kepada kebijaksanaan Peguam Negara dan BPR.
Tetapi Norza juga harus tahu apa yang diperkatakan di akar umbi. Norza harus juga tahu bahawa ramai di kalangan pemimpin dan ahli Umno yang menjadi musuh beliau.
Pelbagai rungutan kita dengar mengenai Norza dan Norza tahu kenapa mereka irihati pada beliau. Tidak perlu kita perhalusi ketidakpuasan hati ahli dan pemimpin Umno demi maruah Norza.
Norza dikatakan mencurahkan perasaannya di mesyuarat Majlis Tertinggi bulan lepas. "Kalau tak suka, kata tak suka". Itulah antara rintihan Norza.
Nombor 38 akan tercatit di atas kertas undi Mac nanti. Norza tidak bersalah selagi beliau tidak didakwa dan mahkamah tidak mendapati beliau bersalah.
Tetapi Norza pasti kerisauan dengan tabiat orang Umno. Bila tiada kuasa, tiada siapa peduli.
Mungkin itu juga rintihan Pak Lah semalam di satu majlis makan malam: "Siapa agaknya yang nak dengar ucapan seorang Perdana Menteri yang akan mengundur diri?" http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/19051-i-was-planning-to-stay-two-terms-admits-pak-lah
Jelas dari kenyataan Pak Lah ini, beliau terasa keseorangan pada saat ini.
Tetapi bukankah orang yang meletakkan Pak Lah sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, turut merasa ditinggalkan keseorangan selepas persaraan beliau?
Dalam kes Tun, ianya amat menyayatkan hati kerana para Menteri dilarang oleh Pak Lah untuk mendekati Tun.
Kepada Pak Lah dan Norza, dibiarkan keseorangan adalah perkara lumrah dalam Umno. Tun dan ramai lagi sudah melaluinya. Oleh itu biasa-biasakanlah diri ditinggalkan dan dilupakan buat selama-lamanya.

Monday, February 23, 2009

MUHYIDDIN PILIHAN NAJIB?

Adakah Muhyiddin Yassin pilihan Najib Razak sebagai Timbalan Presiden?

Tiada siapa yang tahu kerana Najib masih belum mendedahkan apa yang tersirat di hati beliau - samada mahukan Muhyiddin sebagai Timbalan beliau atau Ali Rustam atau Muhammad Muhammad Taib.

Malahan ada di kalangan ahli-ahli Umno mempertikaikan kenapa Najib enggan menamakan bakal Timbalan beliau. Ada yang berpendapat Najib harus mengikuti jejak Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menamakan Timbalan beliau.

Apabila Tun bersara sebagai Perdana Menteri, Tun mahukan Pak Lah melantik Najib sebagai Timbalan beliau. Ada desas-desus ketika itu Pak Lah dan orang di sekeliling beliau tidak gembira dengan tindakan Tun menamakan Najib.

Malahan antara yang dikatakan "berkecil hati" dengan Tun ialah Muhyiddin sehinggakan beliau merajuk dan bercuti agak lama di Australia.

Pak Lah mengambil masa yang agak lama untuk menamakan Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri. Lebih kritikal buat Najib apabila ada di kalangan orang di sekeliling Pak Lah yang memberi pengharapan kepada Muhyiddin bahawa beliau masih mempunyai peluang untuk dilantik Timbalan Perdana Menteri dan Pak Lah tidak semestinya menurut kehendak Tun Dr Mahathir.

Malang buat Muhyiddin, ianya tinggal harapan dan Najib akhirnya dilantik Timbalan Perdana Menteri oleh Pak Lah.

Menurut Joceline Tan dalam tulisannya dalam The Star Ahad lalu, Muhyiddin kini mendahului dari segi populariti untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden bulan depan diikuti oleh Ali Rustam.

Tetapi ada juga analisa lain yang mengatakan Ali Rustam lebih popular dari Muhyiddin di peringkat akar umbi kerana "PR" (hubungan dengan masyarakat) jauh lebih baik dari Muhyiddin. Mat Taib, ramai berpendapat, akan kalah dan kalah teruk.

Ramai akan bertanya siapa yang akan disokong Najib untuk jawatan nombor dua? Najib mempunyai banyak masa untuk menentukan siapa beliau akan sokong Mac nanti.

Bagaimanapun, mengikut Muhyiddin, Najib sudahpun memberi isyarat beliau lah pilihan bakal Perdana Menteri itu.

Dalam temuramah dengan Joceline Tan, Muhyiddin berkata:

Dari mula lagi saya banyak mengadakan perbincangan peribadi dengan Najib mengenai situasi politik sekarang.

Kita mempunyai pandangan yang sama terhadap apa yang berlaku semasa pilihanraya umum yang lalu dan arah tuju Umno di masa akan datang. Perbincangan (pertemuan) ini berterusan hampir sebulan.

Ketika di Tokyo, saya menerima satu SMS dari Najib memaklumkan bahawa PM telah mengumumkan pelan peralihan kuasa untuk 2010.

Saya bertanya kepada Najib: Adakah ianya boleh diterima? Adakah ia tidak terlalu lama? Cukupkah masa untuk beliau memulihkan Umno untuk pilihanraya akan datang?

Pada ketika itu beliau lah yang meminta saya mempertahankan jawatan Naib Presiden dan beliau menyatakan akan mempertahankan jawatan beliau iaitu Timbalan Presiden.

Tidak berapa lama selepas itu, PM membuat kenyataan beliau tidak akan mempertahankan jawatannya dalam Umno.

Najib kemudian memaklumkan kepada saya bahawa beliau akan bertanding jawatan Presiden dan saya harus mencuba jawatan Timbalan Presiden. Saya masih ingat beliau memaklumkan kepada saya perkara ini sehari sebelum Pak Lah membuat pengumuman.

Malah bila Zahid Hamidi tiba-tiba mengumumkan akan bertanding jawatan No. 2, saya bertanya kepada Najib samada beliau mengikhtiraf Zahid. Najib turut terpinga-pinga dengan pengumuman Zahid dan beliau menghubungi Zahid selepas itu.

Saya tidak akan menawarkan diri untuk jawatan sepenting itu tanpa mendapat pandangan dari bakal Presiden parti. Menurut tradisi dan kebiasaan, presiden seharusnya memberi isyarat siapa yang beliau selesa sebagai Timbalan beliau.

Dalam kes saya, saya tidak akan membuat kesimpulan untuk meneruskan hasrat saya bertanding jawatan nombor dua tanpa mendapat sebarang isyarat.

Saya mendapatkan pandangan dari Najib apabila pelan peralihan ditetapkan pada 2010 dan kemudian dipercepatkan ke 2009. Kali pertama Najib meminta saya untuk kekal di tempat saya, kali kedua dia meminta saya untuk meneruskan hasrat saya (bertanding jawatan Timbalan Presiden). Temuramah The Star: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/2/22/nation/3316712&sec=nation

Tertanya-tanya juga kita apa reaksi Najib apabila terbaca temuramah Joceline Tan dengan Muhyiddin ini.

JOHAN JAAFAR GANTI KALIMULLAH

Menurut Malaysian Insider hari ini, Johan Jaafar, bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, akan menjadi czar baru media di bawah pentadbiran Najib Razak.

Johan akan menerajui kesemua akhbar-akhbar di bawah New Straits Times Press dan kesemua stesyen televisyen dan radio di bawah Media Prima.

Laporan Malaysian Insider sebentar tadi: http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/18963-johan-jaafar-ex-utusan-man-to-be-najibs-new-media-czar

Saturday, February 21, 2009

KETUA BPR PERLU DISINGKIRKAN!

Memang layak MACC (Malaysian Anti-Corruption Commission atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) diberi nama Agensi Malaysia mengenai Kereta dan Lembu oleh Lim Kit Siang.
Apa tidaknya, kenyataan yang dibuat Ketua Pesuruhjaya Ahmad Said Hamdan semalam berkaitan kes Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim, lebih kepada mensabotaj dan meletakkan kerajaan dalam keadaan cukup sukar.
Memang benar kata Kit Siang, tidak pernah dalam sejarah BPR (Suruhanjaya) membuat kenyataan mengenai sesuatu kes apatah lagi mengeluarkan kenyataan seperti yang disiarkan dimuka hadapan Utusan Malaysia semalam. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
Setahu kita, Suruhanjaya hanya perlu menyerahkan hasil siasatannya kepada Jabatan Peguam Negara dan jabatan tersebut yang seharusnya menentukan samada ada kes atau tidak terhadap Khalid Ibrahim. Kalau Ahmad Said boleh membuat kenyataan sedemikian, maka agensi lain seperti Polis juga boleh membuat kenyataan bahawa hasil dari siasatan mereka, contohnya kes bunuh, "sianu dicadangkan didakwa kerana terdapat bukti dia telah membunuh mangsa".
Tindakan Ahmad Said mengeluarkan kenyataan semalam samalah seperti perbuatan bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor yang memukul Anwar Ibrahim dalam tahanan dan musibahnya dibiarkan ditanggung oleh ahli politik, Umno dan Barisan Nasional.
Apakah tujuan Ahmad Said membuat kenyataan sedemikian? Adakah Ahmad Said terlalu gilakan publisiti dan bangga melihat gambar beliau di dada akhbar saban hari?
Apakah negara kita tiada pemimpin sehingga seorang pegawai seperti Ahmad Said membuat kenyataan sesuka hati tanpa mengambil kira implikasi dan risikonya kepada kerajaan?
Seperti kata Kit Siang, tindakan perlu diambil terhadap Ahmad Said.
Ketua Pesuruhjaya itu harus disingkirkan demi nama baik Suruhanjaya.

GILIRAN SAMY VELLU DITUDUH RASUAH?

Samy Vellu mungkin merasakan dirinya kebal. Tiada siapa berani mencabarnya di dalam MIC.

Malah sesiapa yang berura-ura mencabarnya, siang-siang lagi akan ditendang keluar.

M.Mahalingam hampir dilucutkan keahlian MIC pada mulanya apabila mengumumkan keputusan menentang Samy Vellu dalam pemilihan kali ini sehinggalah bosnya mengubah fikiran.

Tapi kali ini, suasana politik tidak lagi menyebelahi MIC.

Barisan Nasional perlu memberi nafas baru kepada pakatan kerajaan ini dan Samy Vellu tidak termasuk dalam perancangan ini.

Keengganan beliau memberi laluan kepada pemimpin MIC lain tidak digemari oleh pemimpin-pemimpin BN terutamanya bakal Pengerusi baru BN, Najib Razak.

MIC tidak lagi memerlukan Samy Vellu. Malah kaum India pun tidak lagi mahukan Samy. Kita juga tertanya-tanya adakah MIC masih disokong oleh kaum India.

Jika Samy terus keras kepala untuk mengepalai MIC, beliau akan disingkir secara mengaibkan.

Ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad, setiap gerak-geri anggota kerajaan diekori. Ada yang mengatakan Dr Mahathir menggunakan kesilapan anggota kabinetnya untuk mengukuhkan diri beliau dan itulah sebabnya beliau dapat bertahan selama 22 tahun.

Anwar Ibrahim sudah pasti tidak akan dituduh meliwat sekiranya beliau tidak berkonspirasi dengan beberapa ahli Team Wawasan untuk menjatuhkan Dr Mahathir. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin Umno yang lain.

Bagi Samy Vellu, sekiranya beliau engkar dan mahu terus memimpin MIC, tidak memeranjatkan sekiranya Presiden MIC itu didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah.

Samy Vellu sudahpun disiasat oleh polis dan BPR berhubung tuduhan rasuah berkaitan pembinaan Kolej MIC. http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/18898-cops-quiz-samy-vellu-over-mic-college-probe

Samy Vellu mungkin diberi opsyen selepas ini. Melepaskan hasrat mengekalkan jawatan Presiden MIC atau menerima musibah diaibkan dengan tuduhan rasuah.

Kita menjangkakan Samy akan memilih opsyen yang pertama.

PENJARA MENANTI KHALID IBRAHIM!

* SPRM mempunyai bukti kukuh iaitu wujud penyalahgunaan kuasa dalam kedua-dua kes tersebut.

* Suruhanjaya itu akan cadangkan untuk diambil tindakan pendakwaan dan perkara itu akan kemukakan kepada pihak Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

* Penggunaan kereta persendirian sebagai kereta rasmi, penyelenggaraan dan sebagainya tidak dibenarkan.

* Berlaku salah guna kuasa dan juga kegunaan peruntukan kerajaan Selangor untuk membeli lembu-lembu korban.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Ini adalah kenyataan yang dibuat oleh Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Ahmad Said Hamdan di Pulau Pinang hasil siasatan suruhanjaya terhadap tuduhan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim menyalahgunakan kuasa. http://www.malaysiakini.com/news/96956

Pastinya Ahmad Said tidak akan membuat kenyataan seumpama ini tanpa bukti yang kukuh.

Maka kita bakal melihat satu lagi sejarah di mana seorang Menteri Besar dipenjarakan. Sekiranya terbukti Khalid melakukan salahguna kuasa, maka karier politiknya akan berakhir di penjara.

Siapa kata politik Malaysia membosankan!

Thursday, February 19, 2009

ANWAR BERBOHONG?

2. Saya mendapat laporan bahawa pada 11 April 2008 ADUN Kulim, YB Lim Soo Nee dari PKR, telah dihubungi untuk oleh seorang ejen BN yang mewakili Datuk Seri Mahazir Khalid (Pengerusi BN Kedah dan bekas MB) untuk memujuk supaya YB Lim lompat parti daripada PKR ke BN dengan tawaran RM 4 juta. Tawaran itu kemudiannya dinaikkan kepada RM 5 juta. Perjumpaan juga boleh diatur untuk menemukan YB Lim dengan Datuk Seri Mahazir Khalid dan Timbalan Perdana Menteri. ADUN Kulim ini diganggu dengan tawaran dan pujukan melompat parti sepanjang bulan April, Mei, Jun dan Julai 2008.

3. Apa yang mengejutkan saya, ADUN Lunas YB Lim telah membuat aduan kepada Badan Pencegah Rasuah berhubung hal percubaan ejen-ejen BN untuk membeli beliau. BPR bersetuju mengatur strategi dan menjadikan YB Lim sebagai “umpan”. Pertemuan demi pertemuan diatur oleh ejen-ejen BN dengan YB Lim dan kesemuanya ada dalam makluman dan pemantauan BPR.

4. Kemuncak pemantauan ini ialah pertemuan di antara bekas MB Kedah dengan YB Lim di sebuah botel di Seberang Jaya pada akhir 2008. Pertemuan ini dirakam melalui CCTV yang diatur dengan pengetahuan BPR. Tiada tindakan susulan diambil, sebaliknya saya difahamkan pegawai BPR yang bertanggungjawab dalam operasi ini kemudiannya ditukar.
http://anwaribrahimblog.com/2009/02/19/nota-ucapan-menjunjung-kasih-titah-ydpa/#more-5675


Ini adalah antara petikan ucapan menjunjung kasih Anwar Ibrahim petang semalam di Parlimen.

Kita berharap BPR dan bekas Menteri Besar Mahdzir Khalid tampil ke hadapan dan membuat kenyataan serta membuktikan bahawa Anwar telah berbohong.

Reaksi Nazri Aziz: http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/18762-nazri-cast-doubts-on-anwars-claims - 60

Wednesday, February 18, 2009

SIASAT DAKWAAN KARPAL!

"It took me six months to be nice, to bribe each and every individual to get back into their good books before our files were attended to. That is my personal experience, I am telling this to all the clerks and all the registries to stop this nonsense."
http://www.malaysiakini.com/news/98564
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/18675-karpal-plays-zaki-bribery-tape-calls-for-resignation

"Saya terpaksa menunjukkan sikap mesra selama enam bulan, "membayar" setiap orang untuk memastikan saya disukai mereka dan barulah fail-fail kami diproses. Ini pengalaman saya sendiri dan saya memberitahu kesemua kerani dan pendaftar menghentikan perkara karut ini."

Kata-kata ini didakwa dilafazkan oleh Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi yang didakwa oleh Karpal Singh telah mengaku memberi rasuah.

Karpal hari ini mendedahkan perkara ini dengan memainkan pita rakaman yang didakwanya mengandungi kenyataan Zaki di lobi Parlimen hari ini.

Ini satu tuduhan yang amat serius. Dakwaan ke atas Ketua Hakim Negara. Ini bukan isu kita pro-pembangkang atau anti-kerajaan.

Ini isu moral, sama seperti isu Elizabeth Wong. Tidak kiralah tuduhan ini dari pembangkang atau pihak kerajaan.

Sudah sampai masanya kerajaan menunjukkan bahawa kita serius dalam menangani isu-isu yang melibatkan moral pemimpin dan anggota kanan kerajaan sekiranya kerajaan, BN dan Umno mahu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap mereka.

Zaman ini bukan zaman 1980an di mana kita tidak mempedulikan apa pandangan rakyat terhadap kita. Rakyat mahukan keadilan. Keyakinan rakyat akan kembali kepada BN, Umno dan kerajaan sekiranya kita berhenti bersikap pilih bulu.

Sunday, February 15, 2009

LAPAN JENIS LOMPAT KATAK!!!!

Entah mengapa Naib Canselor USM Dzulkifli Abdul Razak dalam ruangan beliau di New Straits Times menulis mengenai katak.

Ada lapan pantun, menurut Dzulkifli, dinukilkan dan dikaitkan dengan (lompat) katak.

1) Lompat si katak lompat, lompat sesuka hati. Akibat berniat jahat, akhirnya memakan diri.

2) Lompat si katak lompat, lompat tinggi-tinggi. Sekiranya tamakkan pangkat, ramai tentu yang membenci.

3) Lompat si katak lompat, lompat jangan binasa. Jika dendam kesumat, hidup pasti celaka.

4) Lompat si katak lompat, lompat ke dalam telaga. Amalan suka mengumpat, bak menagih ke neraka.

5) Lompat si katak lompat, lompat biar berhemah. Hidup mesti maufakat, semoga dinaungi Rahmah.

6) Lompat si katak lompat, lompat ke singahsana. Jangan derhaka daulat, agar budaya dihina.

7) Lompat si katak lompat, lompat beria-ia. Amalkan sering bertaubat, agar dapat menghidu syurga.

8) Lompat si katak lompat, lompat janganlah malas. Berusaha dengan kuat, jangan curi jalan pintas.

Apa maksud Prof Dzulkifli dan kepada siapa ianya ditujukan? Ikuti penjelasan Dzulkifli: http://www.malaysianbar.org.my/general_opinions/comments/dzulkifli_abdul_razak_the_eight_froggy_lessons.html

NAJIB vs ANWAR DALAM "PERANG DUA BUKIT"!


Husin Lempoyang menyifatkan pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau sebagai "Perang Dua Bukit".
Bekas orang media, A.Kadir Jasin pula berkata kematian Ahli Parlimen Pas Bukit Gantang Roslan Shaharum dan perletakan jawatan V.Arumugam di Bukit Selambau disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai "sudah jatuh ditimpa tangga dan ada pula yang mengatakan pucuk dicita ulam mendatang."
Keputusan Suruhanjaya Pilihanraya untuk mengadakan pilihanraya kecil ini pada 7 April dipertikaikan oleh Lim Kit Siang yang menyifatkan SPR sebagai "badan yang cukup taat kepada Umno".
Ramai dapat mengagak kenapa SPR perlu menunggu lebih dari sebulan untuk mengadakan pilihanraya kecil ini, satu keputusan yang jarang lakukan.
Apa pun pilihanraya kecil ini akan hanya diadakan pada 7 April dan penamaan calun pada 29 Mac. Apa signifikannya 7 April?
* Seperti yang dinyatakan Lim Kit Siang, SPR memenuhi kehendak Umno agar tumpuan dapat diberikan kepada pemilihan pucuk pimpinan Umno di mana 2,483 perwakilan dan 49 ahli Majlis Tertinggi bakal memilih Timbalan Perdana Menteri yang baru dan bakal-bakal pemimpin negara.
Maka apabila pilihanraya kecil diadakan pada 7 April nanti, Pak Lah bukan lagi Perdana Menteri dan Najib Razak bukan lagi Timbalan Perdana Menteri. Presiden Umno, Pengerusi BN dan Perdana Menteri akan disandang oleh Najib. Mengikut amalan Umno, kempen pilihanraya diterajui oleh Timbalan Presiden. Oleh itu, Muhyiddin, Ali Rustam atau Mat Taib bakal menjadi jeneral pilihanraya di kedua-dua pilihanraya kecil ini.

** Pilihanraya ini akan dijadikan gelanggang oleh Anwar Ibrahim untuk menyelamatkan maruah Pakatan Rakyat yang kini diserang habis-habisan Umno dengan melabelkannya "Pakatan derhaka Sultan".
Anwar bukan calang-calang orangnya. Pendendam orangnya. Yang pasti, Anwar akan menggunakan peluang ini untuk menyerang Najib dan kali ini Najib akan diserang ketika beliau penyandang jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno.
Mengenali Anwar, serangan-serangan ini akan berbentuk peribadi seperti mana yang dilakukannya terhadap Najib sebelum ini.
Bagaimanapun, Najib mempunyai kekuatannya sendiri. Pada 10 Mac, Najib akan membentangkan pakej rangsangan ekonomi kedua dan sudah pasti beberapa "gula-gula" akan diberikan kepada rakyat yang pasti akan mempengaruhi serba sedikit pandangan pengundi dan sudah tentu boleh dijadikan sedikit "modal" oleh Umno semasa kempen nanti.
Najib tidak mungkin akan mengumumkan senarai Kabinet yang baru sebelum 7 April. Mengenali perangai pemimpin-pemimpin Umno, maka ramailah yang akan cuba "menunjuk-nunjuk" kepada Najib bahawa dia bekerja kuat semasa pilihanraya kecil ini dengan harapan disenaraikan di dalam Kabinet baru. Maka Pakatan Rakyat akan berhadapan satu jentera BN yang cukup sasa untuk mempertahankan kedua-dua kerusi ini.
*** Pilihanraya kecil ini penentu masa depan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Jika kalah Pakatan Rakyat, maka jelaslah yang seperti digembar-gemburkan BN bahawa rakyat tidak dapat menerima tindak-tanduk pembangkang yang digambarkan sebagai penderhaka Sultan.
Tetapi jika BN tewas, maka jelaslah bahawa BN, jika tidak berhati-hati, berada diambang kemusnahan. Maka akan ada anggapan bahawa tindakan Umno merampas Perak dari Pakatan Rakyat tidak dapat diterima oleh rakyat seperti mana kajian yang dilakukan oleh Merdeka Center dan perubahan pucuk pimpinan Umno yang tidak memberi sebarang kesan positif di hati pengundi.
Kalau ketika Pak Lah mengambil alih sebagai Perdana Menteri, beliau cukup popular sehingga menang besar dalam sejarah politik negara. Malahan suasana yang sama ketika Tun Dr Mahathir Mohamad mula-mula menjadi Perdana Menteri. Sekiranya, BN tewas di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, maka jelaslah trend politik ini tidak akan berulang untuk kali ini.

**** Kalau dilihat kepada keghairahan Umno hari ini, tidak salah kalau kita simpulkan bahawa Umno terlupa kepada undi kaum Cina dan India juga penting untuk memenangi kerusi Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Kes Kugan dan cara kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dijatuhkan sudah pasti dijadikan agenda utama oleh Anwar untuk memancing undi kaum Cina dan India yang mempunyai kuasa politik yang cukup signifikan di kedua-dua kawasan.
Itulah sebabnya, pemimpin MIC, MCA dan Gerakan membisu seribu bahasa kerana mereka tahu ada tindak-tanduk Umno dan kerajaan yang tidak dapat diterima oleh pengundi Cina dan India.
Apapun, keputusan pilihanraya kedua-dua kerusi ini bakal menentukan halatuju kedua-dua perikatan.
Adakah Anwar akan bertambah kuat, atau Najib terpaksa mengharungi cabaran getir dalam sejarah Umno.

Thursday, February 12, 2009

MAC 31, HARI TERAKHIR PAK LAH!

Selasa, 31 Mac, 2009: Pak Lah meninggalkan Putrajaya bagi menandakan hari terakhir beliau sebagai Perdana Menteri.

Rabu, 1 April, 2009: Najib Razak mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri Pertama sebagai Perdana Menteri.

Itulah tarikh berakhirnya perjalanan roda politik Pak Lah dan permulaan era baru buat Najib kalau benar laporan Malaysian Insider hari ini.
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/18203-pak-lah-era-ends-on-march-31-as-najib-steps-in-as-sixth-pm

Monday, February 9, 2009

KERAKYATAN NIZAR, CAMRY, LOMPAT LAGI & P/RAYA KECIL

Beberapa insiden menarik berlaku di Perak hari ini.

1) Pemergian Ahli Parlimen Bukit Gantang Roslan Shaharum yang akan memberi peluang kepada rakyat menjadi juri kepada insiden kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/17937-perak-by-election-as-pas-mp-dies

2) Cadangan Khairy Jamaluddin agar kewarganegaraan Nizar Jamaluddin dilucutkan. Nampak gayanya, Syed Hamid Albar kenalah buat keputusan samada wajar atau tidak kerakyatan Nizar dilucutkan kerana episod ini. http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/17948-khairy-calls-for-nizar-to-be-stripped-of-citizenship

3) Adun Jelapang Hee Yit Fong akan menerima kereta Camry kerana beliau akan dilantik sebagai ahli Exco oleh Zambry Kadir. Malaysian Insider melaporkan Hee kecewa sebelum ini kerana beliau tidak termasuk dalam senarai penerima Camry di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat. http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/17940-hee-gets-her-camry

4) Empat lagi Adun Pakatan Rakyat di Perak akan menyertai BN. Mereka ialah:
Keshvinder Singh (DAP) Adun Malim Nawar, A. Siva Subramanium (DAP) - Buntong; S. Kesavan (PKR) - Hutan Melintang dan Tai Sing Ng (PKR) - Kuala Sepetang.
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/17952-another-three-in-perak-to-defect

TERKINI: PILIHANRAYA KECIL DI BUKIT GANTANG & BUKIT SELAMBAU?

TERKINI: Laporan Harakah Daily.

Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia
Azamin Amin Mon Feb 09, 09 1:09:54 pm MYT
BATU GAJAH ,9 Feb (Hrkh) - Ahli Parlimen Bukit Gantang Haji Roslan Shaharum disahkan meninggal dunia kira-kira 12.oo tengah hari tadi dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah, Perak.

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19295&Itemid=1

Blog Allahyarham Roslan: http://parlimen059.blogspot.com/


V.Arumugam, Adun PKR untuk kerusi Bukit Selambau dilaporkan Malaysiakini telah meletakkan jawatan dan memberi laluan untuk pilihanraya kecil di Kedah. http://www.malaysiakini.com/news/97893

Pelbagai khabar angin tersebar sejak Mac tahun lalu mengenai Arumugam. Ada yang mengatakan beliau akan melompat parti untuk menyertai MIC kononnya kerana tidak puashati kerana tidak banyak "faedah" diperolehi di bawah kerajaan pimpinan Pas.

Bagaimanapun, pada 2 Feb lalu, Arumugam mengeluarkan satu kenyataan akhbar bagaimana hidupnya tertekan dek ugutan demi ugutan yang diterimanya selama ini. Antaranya beliau diugut akan diculik, cermin kereta Exconya dipecahkan dan pujukan untuk beliau meninggalkan PKR. (Kenyataan akhbar Arumugam yang disiarkan laman web Keadilan: http://gerbangkeadilankp.blogspot.com/2009/02/kenyataan-akhbar-adun-bukit-selambu.html)

Bukan itu sahaja. Beliau juga dikaitkan dengan skandal seks. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm

Bukit Selambau merupakan kubu kuat MIC satu ketika dahulu. Jika berlakunya pilihanraya kecil ianya merupakan medan untuk menentukan samada rakyat masih menerima MIC atau menolaknya terus.

Pilihanraya kecil Bukit Selambau dan kemungkinan pilihanraya kecil Parlimen Pesiangan Sabah yang akan ditentukan esok bakal menilai pandangan rakyat terhadap insiden politik sejak akhir-akhir ini.

Friday, February 6, 2009

BN MERUDUM JIKA EKONOMI MERUDUM

Sebelum Mac 2008, pentadbiran negara pimpinan Abdullah Ahmad Badawi sentiasa dilamun suasana berbulan madu seolah-olah tiada yang cacat dan celanya dengan pentadbirannya sehinggalah rakyat menjatuhkan hukuman ke atas pentadbiran beliau.

Apabila lima negeri dan Kuala Lumpur jatuh ke tangan pembangkang, barulah Pak Lah terjaga dari tidurnya - hanya menyedari selepas 4 tahun bahawa rakyat muak dengan cara pentadbirannya dan kelakuan pemimpin-pemimpin BN terutamanya Umno.

Maka diadakan satu sesi pemukiman di Glenmarie kononnya bertujuan mencari jalan untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Umno. Maka ditubuhlah pelbagai jawatankuasa. Salah satu daripadanya dinamakan jawatankuasa penjenamaan semula Umno.

Empat minggu lagi, genaplah setahun selepas pilihanraya Mac 8. Apa yang telah dilakukan oleh pentadbiran negara selama tempoh tersebut?

Kalau nak disingkap akan apa yang dilakukan kerajaan 12 bulan yang lalu, pastinya ada pihak enggan menerima hakikat bahawa tiada apa perubahan pun yang dibuat dalam tempoh itu.

Pemimpin-pemimpin Umno sibuk menjatuhkan satu sama lain. Hanya politik menjadi tumpuan pemimpin-pemimpin Umno. Hasilnya, Pak Lah digulingkan dan Najib Razak mendapat faedah daripadanya.

Minggu ini kita dihidangkan lagi dengan drama politik di mana kerajaan Pakatan Rakyat digulingkan dengan kemasukan seorang Adun DAP dan dua ahli Pakatan Rakyat. Tidakkah ianya memualkan?

Kalau dahulu dua Adun Pakatan Rakyat dicerca kerana terlibat dengan skandal rasuah seks dan wang, kini mereka disanjung sebagai penyelamat ummah. Itulah politik dan itulah perangai orang politik.

Politik menjadi tumpuan pentadbiran sekarang sehinggakan ramai yang lupakan akan isu yang lebih penting dari menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak iaitu ekonomi.

Semalam, media massa utama hanya memberi ruang kecil kepada masalah ekonomi negara. Berita Titan Chemicals bercadang membuang pekerja hanya dimuatkan di mukasurat bisnes begitu juga dengan tindakan Bumiputra-Commerce Holdings Bhd yang memotong gaji staf bahagian equiti dan CIMB-GK Securities mereka sebanyak 10% hingga 20%.

Pelbagai lagi berita negatif yang disiarkan tetapi dibiarkan berlalu begitu sahaja. Antaranya:
Intel to shut sites and cut up to 6,000 jobs, Malaysian economy left to drift dan Panasonic, Qimonda cuts hit M'sian electronics.

Pakar-pakar ekonomi dunia sudah memberi amaran bahawa ekonomi akan hanya pulih selepas tiga hingga empat tahun.

Percayalah, Umno akan terus dilamun kejayaan di Perak beberapa minggu lagi. Selepas itu berlakulah semula percakaran sesama sesendiri. Mereka akan pijak memijak sesama sendiri untuk memastikan mereka dinobatkan sebagai pemimpin tertinggi Umno.

Selepas pemilihan, berlakulah lobi-melobi untuk menjadi Menteri Kabinet. Tahun ini tahun berpolitik. Ekonomi nampaknya akan ditolak tepi.

Sekiranya ramalan pakar ekonomi dunia tepat bahawa ekonomi akan hanya pulih selepas tiga atau empat tahun lagi, BN mempunyai harapan tipis dalam pilihanraya akan datang. Kejayaan di Perak akan menjadi hanya kejayaan sementara.

Sudah jelas akan kemarahan pengundi dengan apa yang berlaku di Perak. Umno mungkin menafikan akan adanya kegelisahan dan ketidakpuasan hati pengundi dengan cara berpolitik di Perak. Tetapi itulah hakikatnya.

Kegelisahan ini jelas dari kenyataan Presiden Persatuan Pelabur Malaysia (MIA), Datuk Dr P.H.S. Lim semalam yang berkata ahli-ahli politik terlalu sibuk berpolitik hingga lupa mewujudkan kerajaan yang baik.

Beliau mendesak supaya "ahli-ahli politik Malaysia lebih bertanggungjawab dan tidak melibatkan diri dalam pertelingkahan politik kerana ini akan menyebabkan pelaburan langsung asing (FDI) menjauhi Malaysia. (http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=388112) (http://www.bernama.com/bernama/v5/newsbusiness.php?id=388095)

Jelas Umno akan terus mengalami zaman sukarnya dan ekonomi akan menentukan jangka hayat Umno dan BN. Politik syok sendiri yang diomong-omongkan oleh pemimpin BN dan Umno akan berterusan.

Mungkin itulah tanda-tanda ketibaan maghrib kepada parti yang dianggap Musa Hitam kini sudah tua. http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/10/22/mstar_berita/20081022175231&sec=mstar_berita

Thursday, February 5, 2009

MESEJ TEGAS NAJIB KEPADA UMNO?

Petang esok, Perak akan mendapat Menteri Besar yang baru.

Zambry Kadir, Adun Pangkor, akan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak sebagai pengganti Nizar Jamaluddin yang bakal dilucutkan jawatan Menteri Besar oleh Istana Kinta kerana enggan meletakkan jawatan selepas Sultan Perak mengikhtiraf BN sebagai kerajaan negeri Perak yang baru.

Jelas kejayaan BN ini adalah kejayaan Najib Razak. Kejayaan ini dikecapi oleh anak Tun Razak ini lebih awal dari yang dijangkakan.

Pasti ramai terkejut dengan tindakan berani Najib ini walaupun beliau belum lagi ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Malahan, kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Perak jelas di pelopori Najib. Blogger Pasquale di dalam blognya Barking Magpie mengesahkan kejatuhan kerajaan Perak adalah usaha Najib.

Kata Pasquale: "For those who think prime minister dollah badawi, who led the country to almost a political defeat when five states went to the opposition, has anything to do with Perak coming back to Barisan Nasional's (BN) rules, to think again. He was asleep when his deputy was busy!"

Pasquale kemudian mendesak Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan segera dan membenarkan Najib mengambil alih.

Kita faham kenapa desakan ini dibuat sekarang. Ianya disebabkan kegusaran di kalangan penyokong Najib kemungkinan Pak Lah melengah-lengahkan menyerahkan jawatan Perdana Menteri.

Telah pun kedengaran rungutan bahawa Pak Lah masih lagi belum menyatakan tarikh penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Najib. Ada spekulasi mengatakan Pak Lah akan menyerahkan jawatan Jun nanti, 3 bulan selepas pemilihan Umno.

Tiga bulan adalah satu jangkamasa yang lama dalam politik. Tiga bulan terlalu lama untuk menguji kesabaran seorang ahli politik.

Oleh tidak hairan lah sekiranya ramai penyokong Najib berpendapat seperti Pasquale bahawa Pak Lah mesti meletakkan jawatan sekarang.

Sebenarnya, orang-orang Najib tidak perlu bimbang akan bila Pak Lah akan meletakkan jawatan kerana Pak Lah telah pun ditinggalkan keseorangan hari ini. Kalau dulu berpusu-pusu orang Umno ke pejabat Pak Lah dan menanti Perdana Menteri kembali dari lawatan luar negara, kini pejabat Pak Lah lesu dan sunyi sepi dan kepulangan beliau dari luar negara tidak semeriah dahulu.

Ketika Pak Lah mula-mula menjadi Perdana Menteri, ramai beranggapan Pak Lah bukan lah Pak Lah yang seperti yang dijangkakan. Pak Lah sebenarnya seorang yang tegas.

Akhirnya, di saat-saat akhir pentadbiran politiknya, satu kesimpulan dibuat. Orang yang sebaik (nice man) Pak Lah tidak layak memimpin negara. Negara tidak perlukan Mr Nice Man untuk mentadbir negara. Negara memerlukan seorang yang tegas dan berani dalam membuat keputusan.

Mungkin itulah agaknya Najib mengambil tindakan berani merampas negeri Perak dari Pakatan Rakyat.

Mungkin kejatuhan Pakatan Rakyat merupakan satu mesej kepada rakyat dan Umno bahawa Najib akan tegas dalam membuat sebarang keputusan bila beliau menjadi Perdana Menteri nanti.

Tetapi perlu juga diingat. Rakyat hari ini bukan rakyat berfikiran 10 atau 20 tahun lalu. Rakyat hari ini tidak takut membuat keputusan dan rakyat hari ini tidak boleh ditakut-takutkan seperti dahulu.

Hatta rakyat membuat keputusan apa yang mereka rasakan perlu. Buktinya keputusan Pilihanraya ke 12, pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Sikap rakyat Malaysia harus dikagumi. Mereka tidak protes. Mereka tidak tunjuk perasaan. Mereka menyatakan perasaan mereka lima tahun sekali menerusi peti-peti undi.

Apakah rakyat dapat menerima tindakan Umno di Perak? Adakah rakyat akan melupai begitu saja insiden kejatuhan negeri Perak selepas dua Adun yang dituduh rasuah menyatakan sokongan kepada BN?

Mungkin perlu buat meneliti pandangan Tengku Razaleigh mengenai insiden ini. Kata Tengku Razaleigh: "Our taking control without resort to elections would cement the enmity of the very people we should be trying to win back at the next elections. Come next General Election, they are are likely to reject both our state and parliamentary candidates with greater vehemence, and not just in Perak."

Wednesday, February 4, 2009

TUMBANGNYA PAKATAN RAKYAT!

Akhirnya Kerajaan Pakatan Rakyat Perak ditumbangkan oleh BN hari ini. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm

Walaupun Sultan Perak belum membuat keputusan mengenai pemohonan Kerajaan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, jawapan Sultan bukan lagi rahsia.

Ramai pasti Sultan akan membuat keputusan yang tidak akan menyebelahi Pakatan Rakyat.

Maka akan tercatit dalam sejarah politik negara bahawa kerajaan campuran Pakatan Rakyat yang Menteri Besarnya dari Parti Se-Islam Malaysia (Pas) hanya dapat bertahan 10 bulan sahaja.

Bagi penyokong BN dan Umno, hari ini perlu dirayakan. BN dan Umno kembali bertahta di Perak. Sehari dua lagi kita akan ketahui siapa Menteri Besar baru Perak.

Tetapi, sebelum merayakan kemenangan manis ini, Umno perlu mengimbau sejenak perasaan rakyat dan beberapa pandangan mengenai episod ini.

Antaranya pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Presiden UMNO berkata UMNO sedia untuk menerima siapa sahaja untuk menjadi ahli. Ini memanglah dasar parti. Tetapi kedua-dua ahli yang ingin keluar dari PKR ini mempunyai masalah. Mereka dituduh terlibat dengan rasuah seks.

8. Apakah UMNO begitu terdesak sehingga tidak dapat tunggu keputusan mahkamah berkenaan tuduhan terhadap mereka sebelum menerima mereka? Jika diterima sekarang dan kemudian mereka didapati tidak bersalah maka Kerajaan pimpinan UMNO (lebih kurang) akan dituduh mempengaruhi mahkamah. Benar tidak benar bukan soalnya. Pada pandangan masyarakat tuduhan ini tetap akan dipercayai. Ia akan punyai kesan dalam PRU13.

9. UMNO sudah dianggap bergelumang dengan rasuah, selalu mungkir janji, mengutamakan kroni Perdana Menteri di Terengganu. Jika kepada semua ini ditambah pula dengan penerimaan orang yang dituduh melakukan rasuah seks, imej UMNO akan jadi lebih buruk.

10. Dato Abdullah Presiden UMNO, fikir dahulu sebelum beria-ia nak terima orang yang seperti ini.
http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/02/lompat-melompat.html

Dan pandangan seorang penulis Malaysian Insider:

Walau apa pun kesan dari pergolakan politik di Perak, rakyat jangan lupa kepada nama-nama ini - Datuk Nasharudin Hashim, Mohd Osman Jailu, Jamaluddin Mohd Radzi dan Hee Yit Foong - selama-lamanya.

Mereka adalah keturunan ahli politik yang cukup mengaibkan - pentingkan diri sendiri, tamak, tiada pedoman, pengecut dan tidak jujur.


Tiada lagi perkataan yang boleh digunakan untuk menggambarkan ahli politik seumpama ini. Mereka ke sana ke sini mengemis menggunakan simbol parti mereka, mengucapkan pelbagai kata-kata manis dan alasan kenapa Umno, Parti Keadilan Rakyat dan DAP perlu dipilih, dan kesudahannya memunkirkan kata-kata mereka kurang dari 12 bulan mereka di pilih.
Artikel penuh, sila layari: http://www.themalaysianinsider.com/lite/articles.php?id=17607

Dan pandangan-pandangan berikut:
Susan Sloone: If Perak falls into BN’s lap, it would be the Sultan’s doing…
Khoo Kay Peng: BN True Colours
Anil Netto: http://anilnetto.com/democracy/96-say-bn-will-suffer-in-next-ge/
A.Kadir Jasin: http://kadirjasin.blogspot.com/2009/02/implikasi-tumbangnya-kerajaan-pr-perak.html
Wong Chun Wai: A game that Anwar Ibrahim lost

Tuesday, February 3, 2009

CURAHAN ISI HATI ROSMAH

"Saya sudah pun mengemaskan pakaian dan memberitahu beliau (Najib) saya tidak tertahan dengan fitnah orang, dan mahu tinggalkannya (Najib) dengan perjuangan politiknya.

"Beliau seakan-akan sudah menduga lambat-laun ini akan berlaku juga. Datuk Seri (Najib) tidak menghalang saya tapi sekadar mengingatkan itulah juga yang dimahukan musuh politiknya.

"Jika saya tinggalkan beliau (Najib), bermakna berjayalah perancangan politik mereka. Kerana itu, saya simpan semula pakaian daripada beg dan bertekad untuk menghadapi apa saja bersama-sama dengannya." - ROSMAH MANSOR

Curahan hati Rosmah?

Begitulah catatan Ketua Pengarang Kumpulan Hishamuddin Aun dalam ruangan Kacamata yang disiarkan Berita Minggu Ahad lalu.

Tahniah kepada Hishamuddin kerana telah berjaya menyelami perasaan bakal "Wanita Nombor Satu" negara.

Terdapat beberapa petikan menarik dari penulisan Hishamuddin Ahad lalu. Antaranya:

* Hampir segala-galanya daripada cara beliau berpakaian, dandanan rambut, perwatakan hinggalah kepada nyanyiannya pada majlis tertentu, mencetuskan bualan khalayak tanpa kebanyakan mereka berminat untuk menyelidiki kebenaran atau kepalsuannya.

** Hampir apa saja yang diperkatakan sampai ke telinganya sambil Rosmah sendiri tidak berhenti-henti menghitung pahala daripada apa yang dipertahankan sebagai pembohongan demi pembohongan orang terhadapnya.

*** "Datuk Seri selalu kata, dalam hidup ini jika 80 peratus orang suka kita, ia adalah baik dan yang 20 peratus lagi usah dirisaukan. Keadaan ini sama juga dalam kehidupan harian kita. Kalau dalam 10 perkara yang kita buat, sembilan buat betul dan satu salah, lazimnya satu itulah yang disebut-sebut." - Rosmah

**** Rosmah juga bukannya tidak sedar ada tohmahan kononnya beliau terlalu mengongkong suami hingga mempengaruhi keputusan besar, termasuk dasar negara, hingga ia digambarkan musuh politik Najib sebagai kelemahannya apabila menggalas tugas Perdana Menteri.

***** Cuma, seperti diakui Rosmah, peranannya sekadar untuk memberikan pendapat sambil membiarkan keputusan akhir di tangan Najib yang turut mendapatkan nasihat pakar daripada pelbagai orang lain.

****** Berlawanan dengan tanggapan orang, kononnya Rosmah sudah tidak sabar-sabar untuk bergelar dan berfungsi sebagai wanita nombor satu negara - ada yang mengatakan beliau sudah pun berperanan demikian - tuan punya diri sebaliknya semakin berasa tertekan.

Catatan Hishamuddin mengenai Rosmah Mansor: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Rencana/20090201001249/Article/index_html

Monday, February 2, 2009

POPULARITI NAJIB MENURUN?

Populariti bakal Perdana Menteri, Najib Razak, menurun. Bertentangan dengan tanggapan sesetengah ahli Umno, populariti Pak Lah sebenarnya lebih tinggi dari bakal penggantinya itu.

Itulah hasil kajian yang dilakukan oleh Merdeka Center yang dikeluarkan hari ini.
(Hasil kajian: http://www.merdekafile.org//download/Peninsula%20Msia%20Voter%20Survey%20Jan%202009-%20Poll%20Findings.pdf)

Berikut ialah hasil kajian berdasarkan populariti Najib dan Abdullah Ahmad Badawi hasil dari kajiselidik di kalangan responden di Semenanjung.

Najib Razak: 41% (Dis 08'); 43% (Okt-Nov 08')

Pak Lah: 46% (Dis 08'); 45% (Okt-Nov 08')
http://www.merdekafile.org//download/News%20Release%20-%20Peninsular%20Malaysia%20Survey%20January%202009.pdf

Malaysian Insider, portal berita pro-Pak Lah, dalam rencananya bertajuk "Low Approval for Najib, Pak Lah in new poll as power transfer looms" , bukan Melayu dikatakan bimbang kemungkinan Najib adalah seorang ekstrim Melayu.

PERAK JATUH KE TANGAN BN, NEGERI SEMBILAN KE PAKATAN RAKYAT?

Tajol Rosli Ghazali mengambil langkah berani meletakkan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Perak selepas Adun Bota Nasaruddin Hashim keluar BN dan menyertai Pakatan Rakyat.

Apakah Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hassan berani mengambil tindakan yang sama?

Blogger A Voice, menerusi blog beliau, Another Brick in the Wall, menulis mengenai spekulasi kemungkinan Negeri Sembilan akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat berikutan desas-desus empat Adun, Shamsul Kahar Md Deli (Serting), Datuk Aziz Shamsuddin (Palong), Mustafa Salim (Lenggeng) dan Siow Chen Pin (Chennah) akan menyertai Pakatan. http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2009/02/adun-mca-negeri-sembilan-lompat-ke-dap.html

Kalau di Perak, tindakan Tajol Rosli menjadi punca ketidakpuasan hati pemimpin-pemimpin di peringkat bahagian, sebahagian pemimpin-pemimpin di Negeri Sembilan mempunyai sentimen yang sama.

Rais Yatim, Ishak Ismail, Lilah Yassin dan Isa Samad dikatakan "berbulu" dengan Mohamad Hassan yang dikatakan cuba menjatuhkan mereka semasa pemilihan bahagian Oktober lepas.

Malahan, beberapa pemimpin bahagian tidak menyembunyikan kebimbangan mereka bahawa sekiranya Mohamad Hassan terus dikekalkan sebagai Menteri Besar di bawah era Najib Razak, Negeri Sembilan akan jatuh ke tangan pembangkang.

Pokoknya, adakah Mohamad Hassan seikhlas Tajol Rosli dan mengakui kelemahan beliau dan mengundur diri.

Mengenali Mohamad Hassan, beliau tidak akan menuruti jejak langkah Tajol Rosli. Beliau sanggup membiarkan kampung tergadai.
http://paneh.blogspot.com/2009/01/lompat-parti-di-negeri-sembilan.html
http://beritadarigunung.blogspot.com/2008/09/mohamad-hasan-negeri-sembilan.html

SALLEH MAJID: KRISIS EKONOMI YANG DAHSYAT

‘‘Kita perlu bersedia dengan lebih cepat, krisis kewangan global ini lebih dahsyat daripada apa yang kita alami semasa kegawatan ekonomi Asia pada tahun 1997 dan 1998, malah ia lebih serius daripada The Great Depression 1930 yang membawa makna ia adalah kemelesetan satu dunia." - Dato' Salleh Majid.


Kenyataan Salleh ini sudah cukup untuk memberi gambaran sebenar ekonomi negara.


Paling membimbangkan ialah apakah masadepan anak-anak Melayu selepas ini. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm

Sunday, February 1, 2009

PAKATAN AKAN BUBAR KERAJAAN NEGERI PERAK?

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Perak terumbang-ambing selepas selepas Abdullah Ahmad Badawi mengesahkan beberapa Adun Pakatan Rakyat akan menyertai BN.

Malah, seperti lumrah, di kalangan orang-orang Umno di Perak sudah mula membuat spekulasi siapa di antara mereka bakal di pilih sebagai Menteri Besar oleh Umno.

Malangnya, sebelum dua Adun yang dikatakan akan berhijrah ke BN membuat pengumuman, Speaker Dewan Undangan Negeri Perak membuat pengumuman Jamaluddin Mat Radzi (Adun Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Adun Changkat Jering) telah meletakkan jawatan. http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/2/1/mstar_mutakhir/20090201192232&sec=mstar_mutakhir

Tetapi khabarnya drama politik di Perak tidak berakhir di sini sahaja. Pakatan Rakyat dikatakan mungkin mengambil keputusan membubarkan kerajaan negeri dan memohon perkenan Sultan Perak untuk mengadakan pilihanraya kecil untuk seluruh negeri Perak. http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/17332-as-bn-courts-pakatan-men-dap-mulls-fresh-polls-