Monday, February 2, 2009

PERAK JATUH KE TANGAN BN, NEGERI SEMBILAN KE PAKATAN RAKYAT?

Tajol Rosli Ghazali mengambil langkah berani meletakkan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Perak selepas Adun Bota Nasaruddin Hashim keluar BN dan menyertai Pakatan Rakyat.

Apakah Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hassan berani mengambil tindakan yang sama?

Blogger A Voice, menerusi blog beliau, Another Brick in the Wall, menulis mengenai spekulasi kemungkinan Negeri Sembilan akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat berikutan desas-desus empat Adun, Shamsul Kahar Md Deli (Serting), Datuk Aziz Shamsuddin (Palong), Mustafa Salim (Lenggeng) dan Siow Chen Pin (Chennah) akan menyertai Pakatan. http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2009/02/adun-mca-negeri-sembilan-lompat-ke-dap.html

Kalau di Perak, tindakan Tajol Rosli menjadi punca ketidakpuasan hati pemimpin-pemimpin di peringkat bahagian, sebahagian pemimpin-pemimpin di Negeri Sembilan mempunyai sentimen yang sama.

Rais Yatim, Ishak Ismail, Lilah Yassin dan Isa Samad dikatakan "berbulu" dengan Mohamad Hassan yang dikatakan cuba menjatuhkan mereka semasa pemilihan bahagian Oktober lepas.

Malahan, beberapa pemimpin bahagian tidak menyembunyikan kebimbangan mereka bahawa sekiranya Mohamad Hassan terus dikekalkan sebagai Menteri Besar di bawah era Najib Razak, Negeri Sembilan akan jatuh ke tangan pembangkang.

Pokoknya, adakah Mohamad Hassan seikhlas Tajol Rosli dan mengakui kelemahan beliau dan mengundur diri.

Mengenali Mohamad Hassan, beliau tidak akan menuruti jejak langkah Tajol Rosli. Beliau sanggup membiarkan kampung tergadai.
http://paneh.blogspot.com/2009/01/lompat-parti-di-negeri-sembilan.html
http://beritadarigunung.blogspot.com/2008/09/mohamad-hasan-negeri-sembilan.html

3 comments:

Anonymous said...

Orang politik bertukar-tukar guling kerajaan, pemimpin jatuh-menjatuh sama sendiri dan HAK rakyat di abaikan... tunggulah kehancuran dan pembalasan yang akan tiba, kalau tidak didunia tentu sekali di akhirat... Oh bangsaku tercinta

Anonymous said...

Negeri Sembilan is simple as the problem is the MB. Dialah punca pecahbelah UMNO Negeri Sembilan. So kalau kita ni nak save NS dari pembangkang, Dato Seri Najib mesti ganti Mat Hassan.
Binatang ni mesti ditukar secepat mungkin.
Bangunlah UMNO Negeri Sembilan !!!

Anonymous said...

please, do not make fairy tales again, like "federal government will fall to PR 16sept2008". ngeh ngeh ngeh (koo ham).