Monday, February 9, 2009

KERAKYATAN NIZAR, CAMRY, LOMPAT LAGI & P/RAYA KECIL

Beberapa insiden menarik berlaku di Perak hari ini.

1) Pemergian Ahli Parlimen Bukit Gantang Roslan Shaharum yang akan memberi peluang kepada rakyat menjadi juri kepada insiden kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/17937-perak-by-election-as-pas-mp-dies

2) Cadangan Khairy Jamaluddin agar kewarganegaraan Nizar Jamaluddin dilucutkan. Nampak gayanya, Syed Hamid Albar kenalah buat keputusan samada wajar atau tidak kerakyatan Nizar dilucutkan kerana episod ini. http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/17948-khairy-calls-for-nizar-to-be-stripped-of-citizenship

3) Adun Jelapang Hee Yit Fong akan menerima kereta Camry kerana beliau akan dilantik sebagai ahli Exco oleh Zambry Kadir. Malaysian Insider melaporkan Hee kecewa sebelum ini kerana beliau tidak termasuk dalam senarai penerima Camry di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat. http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/17940-hee-gets-her-camry

4) Empat lagi Adun Pakatan Rakyat di Perak akan menyertai BN. Mereka ialah:
Keshvinder Singh (DAP) Adun Malim Nawar, A. Siva Subramanium (DAP) - Buntong; S. Kesavan (PKR) - Hutan Melintang dan Tai Sing Ng (PKR) - Kuala Sepetang.
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/17952-another-three-in-perak-to-defect

1 comment:

Ibnu Zaim said...

Kalau betul apa yang dikatakan, orang India ni memang pandai betul.. Tumbang pakatan rakyat depa nak joint bn, pandai betullah mereka ni.. kalau macam tu mereka tak dapat dipercayai laa, tak boleh diharap, tak boleh menolong dimasa susah.. patutlah Sammy Vello tersungkur di sungai siput, meraung dan mengelupur si sammy tu, dek pukulan kaum sendiri..heheheh.

Harap-harap mereka tak jadi lompatlahhh.. Kalau tidak orang dah tak yakin pada yb-yb kita. pileh sapa-sapa pun tak kisah sebab mereka akan lompat... Nasib-nasib.. Padan muka kau Labu