Thursday, February 27, 2020

ANWAR TAK HARUS DIBENARKAN TUBUH KERAJAAN CINA

Image result for anwar pakatan

INIkah penyokong-penyokong Anwar Ibrahim?

59 Ahli Parlimen BUKAN MELAYU?

Semalam berlegar satu mesej yang ditulis oleh Ramli SMS.

Ini mesejnya:




Kerajaan kafir
NON MUSLIM DOMINASI KERAJAAN ANWAR
Roslan SMS


Anwar Ibrahim isytihar siang tadi bahawa PH telah bersetuju mencalonkan beliau sebagai PM ke 8.

PH terdiri dari parti-parti PKR, DAP dan Pan setelah PPBM isytihar keluar dari pakatan mereka. Mereka memiliki 92 kerusi di Dewan Rakyat

Komposisi agama parti- parti ini adalah seperti berikut

Muslim PKR 21

Muslim Pan 11

Muslim DAP 1

Jumlah 33 atau 35.86%

Non Muslim PKR 18

Non Muslim DAP 41

Jumlah 59 atau 64.13%

Ini bermakna kerajaan yang mahu Anwar bentuk nanti punya 59 wakil Non Muslim berbanding hanya 33 yang Muslim iaitu kelebihan 26 orang Non Muslim.

Demi kuasa dan kedudukan Anwar sanggup menjadi PM dalam kerajaan majoriti Non Muslim. Bagaimanakah nasib dan masadepan umat Melayu Islam nanti?

Bagaimana dengan nasib Dr Zakir Naik, Pilihanraya PBT, pengajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah, raktifikasi ICERD, Statut Rom, RUU 355, hak untuk murtad, hak mengamal LGBT, pentadbiran Agama Islam, kerja-kerja amar makruf nahi mungkar?
Kerana Anwar kita terjebak menggadaikan maruah dan harga diri kita. Renungkanlah.



Inilah jadinya apabila KUASA mengatasi agama, bangsa dan negara.

No comments: