Friday, November 25, 2016

ADAKAH ANAK AHLI PARLIMEN PASIR SALAK AKAN DIHUKUM?





DUA insiden berlainan selang beberapa hari.

Insiden 1, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad diserang oleh segerombolan penyokong Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman termasuk anak beliau Firdaus berikutan pertelagahan di DALAM sidang Parlimen.

Insiden 2, melibatkan sepasang suami isteri yang menghalang pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam menjalankan tugas.

Hari ini 10 yang menyerang Khalid Samad sudah ditangkap.

Begitu juga pasangan suami isteri yang mengaku salah dan masing-masing dipenjarakan selama 14 hari serta didenda RM3,000.

Pasangan suami isteri tersebut telah dihukum. Kini kita menunggu samada anak Tajuddin dan penyokong beliau akan dihukum atau dibebaskan.

Kita tunggu samada ada keadilan di dalam melaksanakan undang-undang atau ada pihak yang dilindungi. 

2 comments:

Unknown said...

Kalau dema tak mengaku salah oanjang lagi citernya

Anonymous said...

Ratusan ribu rakyat Korea Selatan berarak di pusat bandar Seoul pada hari Sabtu bagi menuntut presiden Park Geun Hye meletak jawatan.

Sehingga pukul 4 petang waktu tempatan, dianggar lebih 200,000 orang berkumpul di sekitar Dataran Gwanghwamun kira-kira satu kilometer dari Blue House yang menempatkan pejabat dan kediaman presiden.

Penunjuk perasaan berarak sehingga 200 meter setelah mahkamah Seoul membenarkannya, lapor Bernama.

Pejabat Park dikelilingi oleh rangkaian penunjuk perasaan di sepanjang sekatan bas polis yang diletakkan untuk mengelakkan percubaan memasuki pejabat presiden.

Pertubuhan yang mendesak Park Geun Hye terdiri daripada kira-kira 1,500 kumpulan sivil, mengadakan acara awal selama tiga jam sebelum perarakan ke Blue House.

Perhimpunan nyalaan lilin berlangsung pada jam 6 petang dan perarakan kedua akan diadakan selepas lampu dipadam selama satu minit dari pukul 8 malam.

Penunjuk perasaan di jalan sepatutnya memadamkan lilin sementara mereka yang menonton demonstrasi itu di televisyen akan memadamkan lampu pejabat dan rumah bagi menunjukkan sokongan secara tidak lansung dalam perarakan itu.



Kumpulan itu'meramalkan lebih kurang 1.5 juta orang akan mengambil bahagian dalam protes di jalan-jalan di Seoul dan akan menjadi demonstrasi terbesar dalam sejarah negara itu.

Pada perhimpunan 12 November, sekitar 1.3 juta berarak di ibu kota itu melepasi demonstrasi Jun 1987 yang menarik kira-kira sejuta penunjuk perasaan.

Sabtu ini, kira-kira 500,000 orang dijangka keluar ke bandar-bandar utama di seluruh negara, menurut anggaran oleh penganjur.

KERIS PAHANG