Saturday, August 13, 2016

FELDA TAK ADA DUIT?

Image result for felda

FELDA tidak ada DUIT?

Hari ini Jelapang berkesempatan untuk menghadiri mesyuarat agung tahunan di satu bahagian di kawasan Felda.

Dua topik menjadi perbualan ramai - NAJIB RAZAK dan segala perbuatannya dan "Felda tak ada duit.

Di kalangan orang Melayu, apabila kita bercakap mengenai syarikat orang Melayu, kita akan bercakap mengenai PNB (Permodalan Nasional Berhad/ASB) dan Felda.

Malangnya tadi di mesyuarat agung tersebut, peneroka Felda mengeluh mengenai Najib dan Felda ketandusan wang.

Macam-macam cerita keluar - Felda tak bayar duit itu, Felda tak bayar duit ini.

Kesimpulannya kata mereka, Felda tak ada duit.

Harga saham tak naik-naik. Dekat-dekat nak raya, kata mereka, "Najib bodek kami dengan dividen"

Ada yang berkata mustahil Felda tak ada duit, sebab selama ini pemimpin sentiasa menyakinkan peneroka bahawa walaupun aliran tunai menjunam, jumlah aset bertambah.

Jelapang teringat satu kenyataan dari Felda mengenai pembelian sebuah hotel di London.

Katanya semasa pembelian hotel tersebut Felda telah untung. Agak-agak berapa nilai hotel ini sekarang ini dengan keadaan nilai pound yang telah jatuh?

Jika benar Felda untung, kenapa peneroka mengeluh "Felda tak ada duit, tak bayar itu dan tak bayar ini."

Mungkin Najib tahu sebabnya.

5 comments:

Anonymous said...

Pok jib nak nyanyuk dah ke serang ber talu talu seluruh pelosok dunia
Lagi cepat guling lagi cepat aman malaysia dan dunia

Anonymous said...

Masih nak jadi pendamai filina. Pendapai thai. Pendamai indon...podahhh...

Sendiri pun rasuah skandal

Negara asean ni bengong..

Anonymous said...

*guling najib#

Cepat rakyat bantah seluruh negara
Ini masanya dan modal nak guling..
Serentak hingga guling najib

ismail muda said...

Tidak ada yg bole diselamatkan di felda. Tanah komersial 365,000 hektar sudah dipajak 99 tahun kpd FGV. Sebahagian aset felda yg ada sudah disandarkan kpd bank sebagai cagaran dapatkan pinjaman. Liabiliti felda kian bertambah, sdgkan sumber hasil sgt terhad. Bangsawan felda tetap bermewah tanpa memikirkan masa depan peneroka.... Najib yg menjaga felda sejak 2004, gagal dan terus gagal membangunkan felda....sejarah hitam penroka felda!!!

Anonymous said...

Mgkin ada btolnya felda x ada duit mak saya peneroka sgl hsil sawit jual kpd felda potong buah 29/8 smpai skunk x dpt duit lg,dah lah nk raya duit pulak x de brim pon x dpt sbb felda x de duit ,cmne tu cian tau kami ni.