Wednesday, May 26, 2010

HARGA PETROL, BARANG, LETRIK, GAS NAIK BULAN DEPAN?

Harga barang, petrol, letrik dan gas akan naik 6 bulan sekali selama 5 tahun?

Itulah cadangan yang sedang dipertimbangkan oleh Kerajaan untuk mengurangkan kos subsidi yang dikatakan berjumlah RM74 bilion. Lihat artikel berikut:
http://www.iii.co.uk/news/?type=afxnews&articleid=7908293&subject=markets&action=article

Kalau mengikut cadangan yang telah dikemukakan, harga petrol, barang makanan, letrik dan gas akan dinaikkan bulan depan dan kenaikan seterusnya pada Januari 2011, kenaikan ketiga pada Jun 2011 dan seterusnya enam bulan sekali sehingga 2015.

Jika ini menjadi kenyataan, kerajaan hari ini cukup berani. Mentadbir negara tidak sama dengan mentadbir sesebuah syarikat.

Dalam sesebuah syarikat, sekiranya pekerja tidak menyukai pengurusan syarikat, mereka boleh berhenti dan mencari kerja lain.

Mentadbir negara tidak sama dengan mentadbir syarikat. Rakyat bukan pekerja kerajaan. Rakyat yang memberikan kedudukan kepada seseorang pemimpin untuk mewakilinya mentadbir kerajaan.

Mandat yang diberikan ialah kerana rakyat yakin pemimpin berkenaan mampu membela nasibnya.

Sekiranya kerajaan yang diberi mandat tidak mampu membela rakyatnya, rakyat akan memilih siapa yang diyakini dapat memperjuangkan masa depannya.

1 comment:

joostspring said...

setuju sama sekali dgn tuan..

org xbergaji yg selalu duk backup dgn kerajaan pun akn fedup kl benda tu berlaku...