Showing posts with label TMJ. Show all posts
Showing posts with label TMJ. Show all posts

Monday, May 6, 2019

DR MAHATHIR: TMJ "BUDAK BODOH"

Image result for tmj johor

Seperti yang dilaporkan:




Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sepatutnya berhenti mengeluarkan kenyataan mengenai perkara-perkara di luar pengetahuannya, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Walaupun Dr Mahathir tidak mengkritik Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, tetapi perdana menteri tidak berselindung memberikan tegurannya kepada pewaris takhta itu.

"Saya tidak mahu mengulas mengenai sultan kerana sekiranya saya mengatakan apa-apa yang tidak baik, maka ia tidak elok kerana baginda ialah seorang sultan.

"Tetapi TMJ (Tunku Ismail) ini seorang budak ... Dia ini 'budak bodoh' kerana dia tidak tahu apa yang sedang berlaku.

"Jadi jangan cakap, kalau kamu tidak tahu apa-apa, jangan berkata-kata," jelasnya ketika wawancara khas bersama media di Putrajaya petang ini.

Mahathir diminta mengulas mengenai kenyataan Tunku Ismail bahawa perbuatan baik ayahandanya, seperti mengurniakan tanah kepada rakyat dan kerajaan, tidak ditonjolkan.

Kenyataan putera mahkota itu keluar selepas suatu laporan mengenai sebidang tanah persekutuan yang diperuntukkan untuk Sistem Transit Rapid Johor Bahru-Singapura (RTS) telah dipindah milik ke atas nama sultan.

Sultan Ibrahim sejak itu mengatakan bahawa baginda bersedia untuk menyerahkan kembali tanah itu tanpa kos.

Wednesday, November 8, 2017

SETIAUSAHA POLITIK MB KEDAH SAHKAN BASHAH KENA BOO SEMASA FINAL PIALA MALAYSIA



INI adalah sidang akhbar Ketua Pemuda Umno Kedah Shaiful Hazizy Zainol Abidin.

Shaiful Hazizy merupakan staf Menteri Besar Kedah Ahmad Bashah Md Hanifah, suatu ketika dulu menjadi bahan jenaka di Kedah apabila tersiar gambar Shaiful Hazizy sedang minum di Starbucks dengan cawan Starbucks ditulis "Dato Shaiful".

Intipati sidang akhbar Setiausaha Politik Bashah:

1. Sahkan Bashah di"BOO" oleh penonton Kedah semasa final Piala Malaysia melawan pasukan JDT.

2. Meminta Bashah meletakkan jawatan sebagai Presiden KFA.

3. Menyatakan Bashah sudah berusia, berumur 67 tahun, dan perlu dihormati.

Semalam Bashah membuat kenyataan bahawa kedudukan beliau diserahkan kepada jawatankuasa eksekutif Persatuan Bolasepak Kedah.

Jelapang: Seharusnya Shaiful Hazizy nyatakan kenapa Bashah di BOO. Adakah kerana Bashah sudah kehilangan keyakinan rakyat?

Adakah beliau diBOO atas jawatan Presiden KFA atau diBOO atas jawatan Menteri Besar?

Jika diBOO sebagai Menteri Besar, adakah ini bermakna Bashah juga perlu mempertimbangkan untuk melepaskan jawatan Menteri Besar?

Apakah BOO ini petanda Kedah akan jatuh ke tangan pembangkang dalam PRU14 nanti?

Adakah BOO ini mendapat perhatian Najib Razak?

Rasanya Setiausaha Politik Bashah ada JAWAPAN kepada semua soalan ini.
  

Thursday, January 12, 2017

ANNUAR MUSA DITUDUH GUNA UNIKL TAJA KELANTAN

SEBUT saja nama Annuar Musa, terkenang  program PPRT semasa beliau menjadi Menteri dulu.

SEBUT saja nama Annuar Musa, terbayang wajah seorang KSU yang hampir terperosok ke dalam penjara kerana isu PPRT itu.

Kali ini, sebut saja nama Annuar teringat wajah Tengku Mahkota Johor - terbentang gambar kereta Porsche dan UniKL.

Hebat Annuar Musa.

Kata pandai berhujah tetapi apabila dakwaan dibuat oleh TMJ, Annuar hanya menjawab "hujah bodoh".

Bukan itu jawapan yang kita mahu dengar dari orang seperti Annuar.

Kita hendak tahu benar atau tidak dakwaan TMJ. Benar atau tidak UniKL, milik penuh Mara, diarah taja pasukan Kelantan?

Benar atau tidak Annuar ada Porsche?

Annuar bercita-cita besar mahu bertanding Naib Presiden, juga bercita-cita mahu terus menjadi Ahli Parlimen.

Tidak mungkin Annuar mahu bertanding Parlimen dan Pemilihan Umno dengan imej Porsche dan guna wang universiti?

Tajaan UniKL, kita yakin, hanya untuk kepentingan peribadi Annuar, untuk menonjolkan diri beliau menggunakan platform Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa).

Malulah kepada pegawai dan staf Mara. 

Bukan main lagi menasihatkan staf Mara jangan rasuah. Tiba-tiba TMJ dedah segala perlakuan beliau di Mara.

Kalau kita jadi Annuar, kita jemput SPRM siasat diri kita bagi membersihkan diri daripada tuduhan TMJ.

Tapi jangan kita harap ini berlaku. Episod PPRT dahulu menjadi bukti.


DAKWAAN TERKINI TMJ:




TAN SRI, DARIPADA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN DENGAN KEJAYAAN FAIZ SUBRI LEBIH BAIK LUANGKAN MASA UNTUK JELASKAN MENGENAI TAJAAN PELABURAN MARA DAN UNIKL IAITU DUIT RAKYAT

Saya telah menjangka lebih awal lagi tentang kemenangan Faiz Subri pasti akan mendapat perhatian individu-individu, terutama sekali ahli-ahli politik yang ingin melonjakkan kembali reputasi mereka yang sedang merudum. Pertama, kepada Tan Sri yang sentiasa tidak berpuashati kepada saya dan seorang menteri yang kononnya turut ingin menumpang populariti dengan kejayaan Faiz Subri mengatakan saya angkuh dan sebagainya. Biar saya selesaikan mengenai Tan Sri terlebih dahulu. Ingat, jangan dikejutkan harimau yang sedang tidur. Saya tidak kacau orang, jadi jangan mengganggu saya.

Baiklah, untuk Tan Sri terlebih dahulu. Sebelum menggunakan kejayaan Faiz Subri untuk populariti anda dengan mengatakan saya angkuh kenapa tidak Tan Sri juga tampil memberi keterangan mengenai duit tajaan daripada Pelaburan Mara dan UniKL yang dipaksa untuk menaja pasukan The Red Warriors.

Sewaktu ekonomi negara tidak begitu baik dan banyak pemotongan di sana sini, masih tergamak Tan Sri menggunakan duit rakyat untuk pasukan The Red Warriors yang mana Tan Sri sendiri merupakan Pengerusi Mara. Tidak cukup dengan Pelaburan Mara yang Tan Sri paksa, UniKL juga turut menjadi mangsa. UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia dari RM2 billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016 tetapi Tan Sri telah menggunakan kuasa untuk memaksa mereka menaja pasukan TRW pada tahun itu. Mohon Tan Sri jelaskan ke mana hala tuju pelaburan Mara dan UniKL tersebut yang merupakan wang rakyat.

Akhir sekali, pesanan saya kepada Tan Sri dan menteri berkenaan, jangan lupa beli jersi baru JDT 2017 yang akan dilancarkan pada malam ini.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor





Thursday, January 5, 2017

ANNUAR MUSA DI "LEMPANG" RAJA

Image result for annuar musa
"Pandangan ikhlas dari saya, dulu masa Tun Dr Mahathir bagi awak (Annuar Musa) duit yang banyak untuk menangkan kembali Kelantan, untuk anda (Annuar Musa) gunakan wang tersebut sebaiknya demi kebajikan rakyat, bukan untuk beli sebuah kereta Porsche Panamera." - Tengku Mahkota Johor.


KONONnya beliau lah HERO UMNO.

Ke sana ke sini membawa gelaran Ketua Penerangan Umno. Tegur orang itu, tegur orang ini.

Berkhutbah depan ahli-ahli Umno kononnya beliau lah orang yang paling hebat dalam Umno.

Semasa perhimpunan agung Umno, ditayangnya video beliau, membodek Najib Razak, seolah-olah hanya satu orang sahaja di dalam Umno yang mempertahankan Najib. Hanya Annuar Musa seorang sahaja yang hebat.

3 hari lalu Annuar Musa di"tempeleng". Orang biasa tak boleh tegur Annuar Musa. 

Hanya RAJA yang boleh menegur Annuar.

RAJA yang berasal dari tempat lahirnya Umno.

Tidakkah Umno merasa malu? Hero Umno di tegur RAJA?

Bukan orang biasa, RAJA!!!!

Sebagai ahli Umno, amat memalukan parti keramat mempunyai Ketua Penerangan yang ditegur oleh RAJA.

Tetapi tidak mengapa.

Pemimpin Umno sekarang sudah TAK TAHU MALU.

Pemimpin rasuah, orang lain jadi mangsa.
 

BERIKUT TEGURAN TMJ:

JANGANLAH SIBUK MENCARI KUDIS DI KAKI ORANG LAIN SEDANGKAN TOKAK DI KAKI SENDIRI TIDAK MAMPU DIUBATI

Baru-baru ini saya dimaklumkan mengenai timbul persoalan berkaitan fasiliti milik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim. Kepada Tan Sri, semua stadium di negeri Johor sememangnya milik Kerajaan Negeri Johor dan kerajaan tersebut pula adalah milik Siapa? Milik DYMM Sultan Johor yang telah wujud sejak tahun 1885. Itu bererti terpulanglah kepada DYMM Sultan Johor untuk bagaimana menggunakan semua milik kerajaan negeri. Jangan samakan negeri Johor dengan negeri lain. Johor sudah wujud sebelum kemerdekaan, dengan cara tersendiri, dan dengan sistem berpelembagaan tersendiri sejak 1885.


Negeri Johor juga adalah kubu kuat parti pemerintah sekarang. Tarikh untuk rakyat negara keluar mengundi sudah hampir, oleh itu jangan cuba menjolok sarang tebuan kerana kelak buruk padahnya. Kepada Tan Sri, jangan jadi liabiliti kepada parti anda. Anda sendiri jelas mempunyai kepentingan diri sendiri dalam parti. Ingatlah bahawa anda berkhidmat kepada Rakyat. Kita sedia maklum yang Tan Sri telah membina Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dari mula-mula lagi dan Tan Sri juga harus bertanggungjawab atas kegagalan dan ketidak urus KAFA hari ini. Janganlah Tan Sri bagaikan nakhoda bertempiaran lari meninggalkan bahtera bila berhadapan ombak besar. Sedangkan KAFA pun Tan Sri tak boleh nak urus, elok Tan Sri lupakan hasrat menerajui bola sepak negara.

Seterusnya Tan Sri mengatakan bahawa JDT merosakkan pasaran bola sepak Malaysia dengan membayar gaji pemain terlalu tinggi. Sistem bola sepak negara kita kini sudah berdaya maju, dan tidak wujud mengenai pasukan lain tidak mampu untuk bersaing atau beraksi dalam liga. Ianya berkenaan dari kebijaksanaan mengurus wang. Ianya satu perkiraan yang mudah, JDT paling ramai boleh mendaftar dalam 27 hingga 30 orang pemain tempatan sahaja dalam satu masa. Berapa ribu pemain yang ada dalam negeri ni? Jikalau anda nak menandatangani pemain yang sama memanglah duit anda akan habis. Terpulang kepada JDT untuk membayar berapa tinggi sekalipun gaji pemain kami. Masih ada ramai lagi pemain lain yang boleh bermain dan tidak perlulah bersaing dengan JDT untuk mendapatkan pemain yang terbaik. Ikutlah kemampuan dan jangan sibuk bersaing dengan cara JDT.

Yang terakhir sekali, sebelum Tan Sri hendak memberikan komen mengenai kelab atau negeri lain, uruskanlah KAFA terlebih dahulu. Tidak payah buang masa untuk sibuk mengenai urusan pasukan atau kelab lain. Selesaikan dulu hutang piutang sebanyak RM6.7 juta terlebih dahulu sebelum bercakap hal-hal yang lain. Janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati. Pandangan ikhlas dari saya, dulu masa Tun Dr Mahathir bagi awak duit yang banyak untuk menangkan kembali Kelantan, untuk anda gunakan wang tersebut sebaiknya demi kebajikan rakyat, bukan untuk beli sebuah kereta Porsche Panamera.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor