Wednesday, July 4, 2018

SEJARAH BUAT KELUARGA NAJIB: NAJIB DISERET KE MAHKAMAH.

Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Mahkamah atas dakwaan berkaitan kes SRC International Sdn Bhd di

Ingat tanggal 4 JULAI 2018, seperti mana selama ini kita kagum dengan rakyat di negara lain apabila presiden dan perdana menteri mereka dijatuhkan oleh rakyat. Hari ini sejarah tercipta apabila rakyat Malaysia menyaksikan Perdana Menteri mereka, Najib Razak, diseret ke mahkamah dan didakwa menerima RASUAH.

Ini titik sejarah yang mana generasi hari ini akan ingat buat selama-lamanya.

Inilah nakhoda yang menenggelamkan bahtera Umno dan Barisan Nasional. Inilah pemimpin yang melenyapkan takhta Umno.

Inilah anak Allahyarham Tun Razak, yang mana bapanya banyak berjasa kepada negara.

Inilah wajah seorang pemimpin yang mengkhianati amanah rakyat.

Inilah gambar yang akan melakarkan sejarah negara.

Tiada maaf bagi Najib Razak dan ahli keluarga beliau. Kami tidak akan memaafkan kezaliman kamu kepada rakyat Malaysia yang hidup penuh dengan keperitan manakala keluarga kamu hidup dalam kemewahan melempah ruah.




KUALA LUMPUR 4 Julai - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa di mahkamah hari ini. Berikut adalah pertuduhan ke atas beliau.

Pertuduhan Pertama


Bahawa kamu antara 17 Ogos 2011 dan 8 Februari 2012 di Pejabat Perdana Menteri Presint 1, Putrajaya di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia telah menggunakan jawatan untuk suapan bagi diri kamu berjumlah RM42 juta apabila kamu telah mengambil bahagian atau terlibat dalam keputusan bagi pihak kerajaan Malaysia untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman-pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC International Sdn. Bhd.. Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyan 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Pertuduhan kedua

Bahawa kamu antara 24 Disember 2014 dan 29 Disember 2014 di AmIslamic Bank Berhad Bangunan Ambank Group No. 55, Jalan Raja Chulan, di sini sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Advisor Emeritus SRC International Sdn. Bhd., dan dalam kapasiti tersebut diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM27 juta dan oleh yang demikian telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan denda.

Pertuduhan ketiga

Bahawa kamu antara 24 Disember 2014 dan 29 Disember 2014 di AmIslamic Bank Berhad Bangunan Ambank Group No. 55, Jalan Raja Chulan, di sini sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Advisor Emeritus SRC International Sdn. Bhd., dan dalam kapasiti tersebut diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM5 juta dan oleh yang demikian telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan denda.

Pertuduhan keem
pat
Bahawa kamu antara 10 Februari 2015 dan 2 Mac 2015 di AmIslamic Bank Berhad Bangunan Ambank Group No. 55, Jalan Raja Chulan, di sini sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Advisor Emeritus SRC International Sdn. Bhd. dan dalam kapasiti tersebut diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM10 juta dan oleh yang demikian telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan denda. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/senarai-pertuduhan-ke-atas-najib-1.702612#ixzz5KIVuXcDK
© Utusan Melayu (M) Bhd


2 comments:

Anonymous said...

Dah terbukti bersalah ke??
Baru kena tuduh...
Peguam Najib nk percepat perbicaraan...tapi peguam negara minta tangguh lebih lama....Apa cerita??...pelik.
Biasanya yg kena tuduh selalu mintak tangguh , tapi yg ni pelik sikit.
Kalau tak bersedia, kenapa nk tuduh sekarang..
Jangalah disebabkan ada suara ghaib yg suruh...kerajaan skrg dah gelabah. Bukti tak jumpa2.
Rakyat dh bising...
Manifesto tak ditunai lagi..

Anonymous said...

Yer..betul..najib dan anuar..dr umno..coming soon madey..tiga2 dr umno