Thursday, March 1, 2018

NAZRI AZIZ PENDEKAR, PENYELAMAT UMNO



NAJIB Razak dan Umno beruntung dan bernasib baik, ada seorang pendekar bernama Nazri Aziz.

Pendekar Nazri tampil ke hadapan untuk melabelkan bilionaire Robert Kouk seorang yang "BONGKAK, PENGECUT, PENAKUT, TAK ADA TELOR dan PONDAN".

(Robert Kouk, berusia 94 tahun adalah orang terkaya di Malaysia dan bilionaire yang ke 115 terkaya di DUNIA)

Itu yang kita nak dengar dari pemimpin Umno.

Kenyataan seumpama ini akan menyedarkan pengundi-pengundi Cina agar berterima kasih kepada Umno.

Pendekar Nazri juga melabelkan Setiausaha Agung MCA Ong Ka Chuan - BODOH. 

Kita sokong kenyataan Nazri ini. Berikutan kenyataan Nazri ini, kita yakin Umno dan BN akan menang bergaya dengan kembalinya sokongan pengundi Cina kepada kita.

Terima kasih Pendekar Nazri.



'Mengapa Ka Chuan bodoh sangat?'
Diterbitkan 27 Feb 2018, 2:21 petang | Dikemaskini 27 Feb 2018, 2:40 petang


Mempunyai latar belakang sebagai peguam hari ini Datuk Seri Nazri Aziz menyergah Setiausaha Agung MCA berhubung isu kewarganegaraan hartawan Robert Kuok.

Kata Nazri, Datuk Seri Ong Ka Chuan tidak perlu mengajar beliau untuk berkata-kata.

"Saya sudah cakap jika Kuok rasa begitu (terhadap kerajaan) jadi dia wajar serahkan kerakyatan.

"Tak ada sesiapa yang kata kita akan membatalkan kewarganegaraan Kuok.

"Ka Chuan tidak cerdik dan dia membuat kenyataan bodoh," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Nama Kuok menjadi isu apabila penulis blog Raja Petra Kamaruddin mendakwa hartawan yang terlibat dalam perniagaan gula itu memberikan dana kepada DAP. Kuok sudah menafikan dakwaan berkenaan.

Dakwaan Raja Petra itu disiarkan portal The Malaysian Insight.

Ekoran 'pendedahan' itu pemimpin Umno memberikan reaksi terhadap Kuok, dan seorang daripadanya ialah Nazri.

Tak kenal siapa Ti

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu memang dikenali sebagai seorang tokoh yang berterus terang serta kata-kata beliau biasanya tidak 'berlapik'.

Ia kemudian mengundang respon daripada pemimpin MCA. Ong misalnya memberitahu Nazri tidak berhak meminta mana-mana rakyat Malaysia melepaskan kerakyatan mereka.

"Itu bukan bidang kuasanya," kata Ong.




Nazri yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata semua orang tahu beliau tidak mempunyai kuasa menggugurkan kewarganegaraan rakyat Malaysia.

"Mengapa dia (Ong) bodoh sangat?" katanya.

Nazri juga membidas anggota Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Seri Ti Lian Ker yang berkata menteri terbabit tidak wajar memberi kenyataan merendah-rendahkan Kuok.

Kata Ti sebagai ahli perniagaan Kuok berhak menyokong mana-mana parti yang dimahukannya.

Kata Nazri beliau tidak mengenali siapakah Ti.

"Saya tak tau siapa Ti ni. Saya baru dapat maklumat dia juga kalah dalam pilihan raya lepas.

"Dia tidak mewakili badan itu (MCA) dan saya betul-betul tak peduli apa yang dia cakap," katanya.

Bagaimanapun Nazri menegaskan kenyataan serta kritikan dibuatnya itu bukan disasarkan kepada masyarakat Cina.

"Saya menyerang Kuok, bukan komuniti Cina," katanya.

Beliau juga menambah dakwaan ke atas Kuok menyebabkan masyarakat Cina di Malaysia - termasuk ahli perniagaan yang menjadi rakannya - berasa tidak senang.





Balik bertandinglah Robert Kuok, jangan jadi pondan'
Diterbitkan 26 Feb 2018, 3:09 petang | Dikemaskini 26 Feb 2018, 3:33 petang


Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mencabar orang paling kaya di Malaysia Tan Sri Robert Kuok untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ia ekoran dakwaan artikel penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang menuduh hartawan itu menyumbang dana kepada DAP dalam usaha parti itu menewaskan BN pada pilihan raya umum ke-14.

Sehubungan itu, Nazri yang merupakan menteri pelancongan dan kebudayaan menggesa Kuok agar tidak menjadi 'pondan' dan 'ayam betina' kerana berselindung di Hong Kong dan memberi dana kepada DAP.

"Saya cabar dia bertanding di sini dekat Malaysia, berkempen secara halal dan lawan kita (BN).

"Dia tak payah jadi pondan, ayam betina hanya tahu berselindung di sebalik dinding dekat Hong Kong sana," katanya kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, Nazri menyifatkan Kuok sebagai seorang yang pengecut kerana tidak berani bersemuka melawan BN.

Beliau mengulas artikel penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang menuduh hartawan itu menyumbang dana kepada DAP dalam usaha parti itu menewaskan BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

"Lawan BN secara berdepan...Anda penakut dan tiada telur hanya bersembunyi di luar negara dan taja DAP untuk melawan BN.

"Sertai politik dan jangan hanya jadi penakut dengan hanya memberi dana kepada DAP. BN menerima cabaran anda," kata anggota parlimen Padang Rengas seperti dipetik akhbar China Press.

Bercakap pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Padang Rengas, beliau juga menggesa Kuok agar melepaskan taraf kerakyatannya.

Dua artikel yang diterbitkan laman web Malaysia Today sebelum ini mendakwa Kuok menjadikan anak saudaranya, James Kuok, sebagai perantara dengan DAP dan menerbitkan gambar pertemuan James dengan sejumlah pemimpin DAP.

James Kuok menafikan tuduhan itu manakala pemimpin DAP Lim Kit Siang berkata tidak pernah mendapat walau satu sen pun daripadanya.

Utusan Malaysia pula melaporkan Nazri menggelar Kuok sebagai bongkak dan lupa jasa kerajaan yang menaikkkannya daripada bawah sehingga menjadi jutawan terkenal hari ini.

"Dia seorang yang sombong, bongkak dan kini tinggal pula di luar negara dan mengutuk negara sendiri.

"Dia cuba memecahkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu," katanya yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno seperti dipetik.

Dua hari selepas terbitnya artikel di Malaysia Today itu, sejumlah pemimpin kerajaan membidas Kuok termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri yang berkata kejayaan yang dikecapi Kuok hari ini adalah kerana kerajaan memberikan peluang kepadanya untukmemonopoli industri beras dan gula.

Namun dua pemimpin BN berbeza pandangan, iaitu Tan Sri Shahrir Samad yang menyifatkan Kuok sebagai peniaga yang tidak masuk campur dalam politik dan Datuk Seri Wee Ka Siong yang menyifatkan dakwaan Malaysia Today sebagai putar belit dan tiada bukti.


1 comment:

Anonymous said...

Betul la tu, baliklah bertanding jgn jadi pengecut, jgn hanya gunakan proxy. Walaubagaimanapun Najib jgn ambil mudah kenyataan RPK ni, hayati memoir Kuok dan faham makna tersirat, ramai yg belum baca... Beliau pernah hidup zaman komunis dahulu, mungkin kecewa hanya Allah yg tahu. Beliau agak misteri. Jgn ambil mudah, hati2 juga dgn billionaires yg lain... Mereka rapat dgn Mahathir... Ini hanya pandangan saja!