Monday, March 26, 2018

AHLI UMNO JOHOR PANGKAH PEMBANGKANG?

Image result for umno johor

MARAHKAN NYAMUK, KELAMBU DIBAKAR.

Cuti sekolah minggu lepas, Jelapang berkesempatan menziarah saudara mara dan sahabat handai di Johor.

Sempat juga berbual-bual di warung kopi dengan kawan-kawan Umno di Johor.

Terkejut dibuatnya apabila melihat cara mereka mengupas isu PRU ini.

Tahap amarah mereka, hanya Tuhan saja yang mengetahui.

Bagi mereka Umno tiada dosa. Yang berdosa ialah pemimpin. Dan pemimpin yang mereka tujukan ialah Najib Razak.

Kata mereka, apa sudah jadi dengan Umno. Kalau dahulu jika pemimpin menyusahkan Umno, pemimpin dinyahkan demi parti. Bukan pemimpin didahulukan, sepatutnya Umno didahulukan.

Tak sangka itu pula sentimen di Johor.

Kata kawan-kawan Umno Johor ini, mereka tak akan sesekali meninggalkan Umno, cuma semasa PRU nanti, mereka tak akan undi Umno.

Kemarahan mereka ditujukan kepada pemimpin-pemimpin Umno terutamanya pemimpin Umno Johor kerana mempertahankan Najib  dan kerana Najib seorang, Umno rosak.

Kata mereka, Najib sudah menjadi BEBAN kepada Umno.

Lain macam bunyinya komen-komen kawan-kawan Umno ini.

Malahan mereka tidak segan silu mengatakan kali ini, mereka akan menghukum Umno kerana melindungi Najib.

Apakah sentimen marah mereka ini bayangan Johor akan jatuh ke tangan Pakatan Harapan?

Jelapang cuba menenangkan mereka dan mengingatkan mereka, "jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar."

Sebaliknya jawab mereka, pemimpin yang patut pastikan kelambu tidak dibakar.

2 comments:

agi idup agi ngelaban said...

syukurlah kalau bagitu duduk peikiran mereka. saya juga ahli UMNO. Tapi UMNO dah bukan macam dulu. dah rosak kerana ahli ahli majlis tertinggi dan berjawatan bersekongkol dan masih menyokong Pemimpin yang MEROSAKKAN.

Anonymous said...

Hahahahaha...sorang ahli umno johor pangkah ph, beratus ahli pkr, dap dan amanah pangkah bn.