Saturday, March 31, 2018

HEY SHAHRIZAT: BAYAR LAH HUTANG RM248 JUTA PROJEK LEMBU TU

Image result for rafidah aziz shahrizat jalil

INI kata bekas Ketua Wanita Umno Rafidah Aziz apabila dikritik oleh pemimpin Umno.




"Hey, kamu berdua Nazri dan Annuar...
Berhenti mengalihkan perhatian rakyat daripada salah laku dan hal-hal mengarut yang menyebabkan kebimbangan mendalam di kalangan rakyat yang berfikir.

Saya langsung tidak mempunyai kepentingan memegang sebarang jawatan dalam mana-mana parti. Apa lagi dalam kerajaan.

Saya menghabiskan masa separuh abad dalam politik.

Kepada Nazri, siapa Shahrizat? Adakah dia wanita yang suaminya masih berhutang kepada rakyat sebanyak hampir suku bilion (ringgit) daripada apa yang dipanggil National Feedlot Corporation?

Who got fed?

Bilakah agaknya rakyat akan mendapat semula wang mereka (yang dipungut kerajaan melalui pelbagai cukai, GST dan fi serta caj lain)?

Tolong tangani masalah-masalah ini. Jangan menyibuk tentang umur saya. Dan jangan sekali-kali persoalkan hak saya untuk bercakap mengenai isu yang menyentuh negara ini.

Saya tak berfikir tentang kamu pun dalam hidup seharian saya.

Tumpukan perhatian untuk membetulkan kesalahan yang sudah berlaku.

Kepada Annuar. Berhentilah mengarut.

Apa yang saya katakan mengenai negara ini adalah hak saya (kecuali kamu yang terasa pedasnya?)

Dan apa yang kamu nak kamu "awaskan"? Adakah kamu Gestapo?

Mengapa tidak diawasi Jho Low dan mereka yang dikaitkan dengan kes-kes jenayah yang disiasat oleh kerajaan-kerajaan asing? Yang memalukan negara ini dan rakyat?

Ingatlah, Allah SWT sentiasa mengawasi semua kamu. Jangan lupa.

Dan untuk makluman saya dah hampir 10 tahun tak bayar yuran Umno. Ketua penerangan tidak semak ke daftar ahli?

Secara teknikal saya tidak lagi (menjadi) ahli Umno. Parti sudah dikotori dan dimalukan oleh mereka yang diamanahkan memimpin.

Nasib Melayu dan bumiputera sudah tidak boleh diharapkan kapada Umno untuk diperjuangkan. Apatah lagi nasib rakyat berbilang kaum.

Hentikan politik jijik mengecam peribadi. Tumpu kepada isu dan masalah negara.



NFC masih berhutang RM248 juta dengan kerajaan, kata Kementerian Kewangan


KEMENTERIAN Kewangan hari ini memaklumkan bahawa National Feedlot Corporation (NFC) masih mempunyai hutang dengan kerajaan sebanyak lebih daripada RM248 juta, daripada pinjaman ringan RM250 juta yang ia terima.

Dalam jawapan bertulis Parlimen kepada Sim Tze Tze (PKR-Bayan Baru), kementerian itu berkata sehingga 31 Januari tahun ini, NFC masih belum menjelaskan bayaran sebanyak RM248,193,173.81.

"NFC membayar sebanyak RM24.98 juta pada 2012 dan 2013. Jumlah yang disita dari NFC dan syarikat berkaitan di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia ialah RM46,934,703.17.

Jelas Kementerian Kewangan lagi, pada 22 Februari 2107, Mahkamah Majistret Tampin telah mengeluarkan writ pemilikan untuk memerintahkan NFC mengosongkan premisnya bermula 1 Mac tahun lalu.


Sim telah meminta penjelasan Kementerian Kewangan mengenai jumlah yang telah NFC bayar kepada kerajaan pada Disember 2017 dan sama ada kerajaan sudah menyita aset NFC seperti kondominnium dan kereta mewah.

Bulan lalu, Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan terhadap Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan bekas kerani Public Bank, Johari Mohamas selepas didapati bersalah mendedahkan dokumen bank berkaitan kebocoran akaun NFC.

Namun, tiada siapa didapati bersalah atas kegagalan projek tersebut.

Menurut laporan ketua audit negara, NFC telah berjanji untuk membiak 8,000 ekor lembu menjelang 2010. Tetapi, pusat projek yang bernilai RM74 juta yang terletak di Gemas itu hanya membiak 3,289 atau 41% daripada sasarannya. – 8 Mac, 2018.

1 comment:

Ari zan said...

nak bayar mcm mana... akaun syarikat di bekukan... kalau dah beku tak cair2....mana nak dpt duit...