Saturday, March 31, 2018

HEY SHAHRIZAT: BAYAR LAH HUTANG RM248 JUTA PROJEK LEMBU TU

Image result for rafidah aziz shahrizat jalil

INI kata bekas Ketua Wanita Umno Rafidah Aziz apabila dikritik oleh pemimpin Umno.




"Hey, kamu berdua Nazri dan Annuar...
Berhenti mengalihkan perhatian rakyat daripada salah laku dan hal-hal mengarut yang menyebabkan kebimbangan mendalam di kalangan rakyat yang berfikir.

Saya langsung tidak mempunyai kepentingan memegang sebarang jawatan dalam mana-mana parti. Apa lagi dalam kerajaan.

Saya menghabiskan masa separuh abad dalam politik.

Kepada Nazri, siapa Shahrizat? Adakah dia wanita yang suaminya masih berhutang kepada rakyat sebanyak hampir suku bilion (ringgit) daripada apa yang dipanggil National Feedlot Corporation?

Who got fed?

Bilakah agaknya rakyat akan mendapat semula wang mereka (yang dipungut kerajaan melalui pelbagai cukai, GST dan fi serta caj lain)?

Tolong tangani masalah-masalah ini. Jangan menyibuk tentang umur saya. Dan jangan sekali-kali persoalkan hak saya untuk bercakap mengenai isu yang menyentuh negara ini.

Saya tak berfikir tentang kamu pun dalam hidup seharian saya.

Tumpukan perhatian untuk membetulkan kesalahan yang sudah berlaku.

Kepada Annuar. Berhentilah mengarut.

Apa yang saya katakan mengenai negara ini adalah hak saya (kecuali kamu yang terasa pedasnya?)

Dan apa yang kamu nak kamu "awaskan"? Adakah kamu Gestapo?

Mengapa tidak diawasi Jho Low dan mereka yang dikaitkan dengan kes-kes jenayah yang disiasat oleh kerajaan-kerajaan asing? Yang memalukan negara ini dan rakyat?

Ingatlah, Allah SWT sentiasa mengawasi semua kamu. Jangan lupa.

Dan untuk makluman saya dah hampir 10 tahun tak bayar yuran Umno. Ketua penerangan tidak semak ke daftar ahli?

Secara teknikal saya tidak lagi (menjadi) ahli Umno. Parti sudah dikotori dan dimalukan oleh mereka yang diamanahkan memimpin.

Nasib Melayu dan bumiputera sudah tidak boleh diharapkan kapada Umno untuk diperjuangkan. Apatah lagi nasib rakyat berbilang kaum.

Hentikan politik jijik mengecam peribadi. Tumpu kepada isu dan masalah negara.



NFC masih berhutang RM248 juta dengan kerajaan, kata Kementerian Kewangan


KEMENTERIAN Kewangan hari ini memaklumkan bahawa National Feedlot Corporation (NFC) masih mempunyai hutang dengan kerajaan sebanyak lebih daripada RM248 juta, daripada pinjaman ringan RM250 juta yang ia terima.

Dalam jawapan bertulis Parlimen kepada Sim Tze Tze (PKR-Bayan Baru), kementerian itu berkata sehingga 31 Januari tahun ini, NFC masih belum menjelaskan bayaran sebanyak RM248,193,173.81.

"NFC membayar sebanyak RM24.98 juta pada 2012 dan 2013. Jumlah yang disita dari NFC dan syarikat berkaitan di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia ialah RM46,934,703.17.

Jelas Kementerian Kewangan lagi, pada 22 Februari 2107, Mahkamah Majistret Tampin telah mengeluarkan writ pemilikan untuk memerintahkan NFC mengosongkan premisnya bermula 1 Mac tahun lalu.


Sim telah meminta penjelasan Kementerian Kewangan mengenai jumlah yang telah NFC bayar kepada kerajaan pada Disember 2017 dan sama ada kerajaan sudah menyita aset NFC seperti kondominnium dan kereta mewah.

Bulan lalu, Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan terhadap Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan bekas kerani Public Bank, Johari Mohamas selepas didapati bersalah mendedahkan dokumen bank berkaitan kebocoran akaun NFC.

Namun, tiada siapa didapati bersalah atas kegagalan projek tersebut.

Menurut laporan ketua audit negara, NFC telah berjanji untuk membiak 8,000 ekor lembu menjelang 2010. Tetapi, pusat projek yang bernilai RM74 juta yang terletak di Gemas itu hanya membiak 3,289 atau 41% daripada sasarannya. – 8 Mac, 2018.

Monday, March 26, 2018

AHLI UMNO JOHOR PANGKAH PEMBANGKANG?

Image result for umno johor

MARAHKAN NYAMUK, KELAMBU DIBAKAR.

Cuti sekolah minggu lepas, Jelapang berkesempatan menziarah saudara mara dan sahabat handai di Johor.

Sempat juga berbual-bual di warung kopi dengan kawan-kawan Umno di Johor.

Terkejut dibuatnya apabila melihat cara mereka mengupas isu PRU ini.

Tahap amarah mereka, hanya Tuhan saja yang mengetahui.

Bagi mereka Umno tiada dosa. Yang berdosa ialah pemimpin. Dan pemimpin yang mereka tujukan ialah Najib Razak.

Kata mereka, apa sudah jadi dengan Umno. Kalau dahulu jika pemimpin menyusahkan Umno, pemimpin dinyahkan demi parti. Bukan pemimpin didahulukan, sepatutnya Umno didahulukan.

Tak sangka itu pula sentimen di Johor.

Kata kawan-kawan Umno Johor ini, mereka tak akan sesekali meninggalkan Umno, cuma semasa PRU nanti, mereka tak akan undi Umno.

Kemarahan mereka ditujukan kepada pemimpin-pemimpin Umno terutamanya pemimpin Umno Johor kerana mempertahankan Najib  dan kerana Najib seorang, Umno rosak.

Kata mereka, Najib sudah menjadi BEBAN kepada Umno.

Lain macam bunyinya komen-komen kawan-kawan Umno ini.

Malahan mereka tidak segan silu mengatakan kali ini, mereka akan menghukum Umno kerana melindungi Najib.

Apakah sentimen marah mereka ini bayangan Johor akan jatuh ke tangan Pakatan Harapan?

Jelapang cuba menenangkan mereka dan mengingatkan mereka, "jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar."

Sebaliknya jawab mereka, pemimpin yang patut pastikan kelambu tidak dibakar.

Saturday, March 17, 2018

JHO LOW DURI DALAM DAGING UMNO

Image result for jho low+paris hilton

KERANA JHO LOW, sesama Umno bergaduh.

Menteri Umno pertahankan Jho Low.

Penasihat PM Najib Razak, Rais Yatim, hentam Jho Low.

"Talibarut" Umno desak Penasihat Najib letak jawatan.




Ini tulisan bekas Menteri Umno Rais Yatim menerusi laman Twitter beliau. Kerana tulisan ini, Rais Yatim didesak letak jawatan sebagai Penasihat Najib.

Dekat-dekat PRU14 ini, bergaduh pula dalam Umno semata-mata kerana Jho Low.







Tak mungkin Umno hendak berhadapan dengan pengundi dengan perbalahan dalaman mengenai Jho Low.

Hanya satu cara hendak matikan isu Jho Low - iaitu TANGKAP JHO LOW.

Atau sekurang-kurangnya pihak berkuasa Malaysia mengumumkan Jho Low akan diTANGKAP.

Walaupun pengumuman tersebut akan dilabel hanya sebagai 'GEMPAQ PRU", tidak mengapa.

Sekurang-kurangnya dapat menyelesaikan perbalahan dalam Umno mengenai Jho Low ini.

Monday, March 12, 2018

NAJIB: JANJI MANIFESTO PRU13 BAGAIMANA? SUDAH DITEPATI.

Image result for manifesto bn 2013

SEKARANG musim berJANJI. Musim janji pilihanraya. Masa inilah nak janji apa-apa pun, bulan pun boleh, bintang pun boleh.

Esok Pas akan pula war-warkan janji mereka. Sudah berpuluh tahun Pas berjanji, kesudahannya hanya tinggal janji lebai malang.

Image result for manifesto pakatan harapan

Rabu lepas Pakatan Harapan melancarkan buku janji mereka dikenali sebagai "Buku Harapan".

Seperti biasa. Buku janji Pakatan Harapan diperlekehkan oleh pimpinan Umno. 

Image result for najib+gtp

TIDAK lama lagi, Najib Razak pula akan melancarkan JANJI BN kepada pengundi.

Seperti biasa, pelancarannya akan dibuat besar-besaran di Stadium. Ratusan bas dari Perlis hingga Johor akan membanjiri ibukota membawa bersama penyokong Umno meraikan Buku Janji Umno dan BN.

Image result for manifesto bn 2013
JELAPANG ingin mencadangkan, sebelum manifesto BN dilancarkan, Najib adakan satu majlis sama seperti majlis GTP yang pernah beliau lakukan.

Bawa Menteri-Menteri BN dan pemimpin Umno ke auditorium RTM. Buat siaran langsung.

Nyatakan berapa banyak JANJI PRU13 telah terlaksana.

Contohnya: 

1. Berapa banyak rumah PR1MA telah disiapkan. Janji 500,000 unit. Dah siap kesemuanya?

2. Lebuhraya Pan Borneo - sudah siap?

3. Mengurangkan tol dalam bandar berperingkat-peringkat. Berapa banyak tol sudah diturunkan harga?

4. Harga kereta murah? Sudah diturunkan 30%?

5. Memperluaskan bekalan air bersih ke seluruh negara. Dah buat ke belum?


Seperti juga dengan majlis GTP sebelum ini, Najib boleh meminta Pemandu Associates mengadakan majlis ini - majlis "report card" BN.

Kita yakin, jika Najib membentang pencapaian manifesto PRU13 beliau yang bertemakan "Janji ditepati, rakyat didahulukan", pasti parti pembangkang gundah gulana.







Friday, March 9, 2018

ALLAHYARHAM TAN SRI SANUSI JUNID

Image result for sanusi junid meninggal


"Di belakang duit kertas RM1, tertera gambar tugu negara. Itulah nilai orang yang mati kerana berjuang bagi negara ini.

"Pada wang RM5 pula, tertera gambar istana. Itulah nilai raja-raja Malaysia.

"Di belakang wang RM10, tertera gambar Stesen Kereta Api Kuala Lumpur. Itu pula harga infrastruktur di negara ini.

“Di belakang wang kertas RM20 ialah gambar Bank Negara Malaysia, itulah harga ekonomi Malaysia.

"Wang RM50 ada gambar Muzium Negara. Itulah harga sejarah dan warisan kita.

"Pada wang RM100 pula ada gambar Masjid Negara. Itu nilai agama Islam.

"Pada wang RM500 ada gambar Mahkamah Tinggi. Itu harga keadilan di negara ini.

“Dan pada wang kertas RM1,000 ada gambar Parlimen. Itu harga politik, harganya cukup mahal.” - Ucapan Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid mengenai politik wang di dalam Umno selepas tewas jawatan Naib Presiden Umno di Perhimpunan Agong Umno 1993.

Di perhimpunan yang sama, Allahyarham Sanusi mengingatkan Dr Mahathir Mohamad: "Jika Kak Hasmah (Tun Siti Hasmah) lupa, saya tak lupa. Saya terjumpa Kak Hasmah di airport. Kak Hasmah tanya saya. Sanusi. Hang pun dah lupa kat Dr Mahathir ka? Dr Mahathir duduk seorang di rumah. Orang dah tinggal Dr Mahathir masa itu (untuk menyokong Tengku Razaleigh Hamzah mencabar Dr Mahathir sebagai Presiden Umno). Yang ada atas pentas ini (termasuk pada masa itu memegang jawatan Menteri) telah meninggalkan Dr Mahathir. Saya tidak. Saya ziarah Dr Mahathir."

Allahyarham kembali ke rahmatullah hari ini. Jika ada pemimpin muda hari ini mengenali Sanusi seperti mana sesetengah daripada kita, mereka akan sedar bahawa nilai perjuangan mereka bagaikan langit dengan bumi jika dibandingkan dengan Sanusi.

Pejuang bangsa, pemikir dan seorang yang setia pada kawan tanpa mengira perbezaan politik.

Pada Allahyarham Sanusi, Umno adalah wadah dan perjuangan Melayu dan Islam. Tiada di dalam kamus beliau, parti lain selain dari Umno. 

Tetapi akhirnya Sanusi meninggalkan Umno. Orang yang dilahirkan Umno dan berjuang di dalam Umno untuk Melayu dan Islam akhirnya sempat melihat akan kemusnahan Umno kesan dari kerakusan pemimpin yang ada pada hari ini.

Sanusi-Junid

Beliau menulis untuk kali terakhir pada 2 Mac 2018 and fokus beliau "kenapa Umno perlu dikalahkan di Sabah."


Semasa menjadi Menteri Besar Kedah, Sanusi mencadangkan kepada Istana Kedah agar kawan beliau semasa dalam Abim iaitu Presiden Pas pada ketika itu, Allahyarham Ustaz Dato' Fadzil Nor, diberi gelaran Dato' dan Sanusi pernah melantik kawan beliau seorang ahli Pas sebagai ahli lembaga pengarah sebuah syarikat kerajaan negeri Kedah pada masa itu.

Itulah nilai persahabatan kepada Sanusi TANPA mengira perbezaan pegangan politik.

Ucapan-ucapan beliau penuh jenaka dan bermakna.

Setiap ahli politik ada musuhnya dan musuh ketat beliau adalah Anwar Ibrahim.

Sanusi, ketika memegang jawatan Menteri Besar Kedah, bertungkus lumus mahu memastikan Allahyarham Tun Ghafar menang menentang Anwar Ibrahim.

Malangnya, politik Anwar lebih ganas pada masa itu.

Semalam, Sanusi menghadiri majlis pelancaran manifesto Pakatan Harapan, memakai baju Bersatu.

Itulah pengakhiran pejuang Umno dan bangsa Melayu. Perakhiran mereka di luar Umno.

Semuga roh Allahyarham Sanusi Junid dirahmati Allah swt.  

Sunday, March 4, 2018

PENDEKAR NAZRI BERBAJU HITAM MUNGKIN STRATEGI BANTU MCA RAIH UNDI CINA



MARAH betul Ketua Pemuda MCA Kedah Tan Chee Kiong kepada Ahli Majlis Tertinggi Umno Pendekar Nazri Aziz kerana berpakaian HITAM semasa sambutan Tahun Baru Cina di Kedah.

Selalunya memakai baju hitam adalah tanda berkabung di kalangan masyarakat kaum Tionghua apabila ada kematian atau ditimpa malang.

https://www.malaysiakini.com/news/414353

Hanya Pendekar Nazri sahaja yang mengetahui tujuan beliau memakai baju hitam.

Ketua Pemuda MCA kena berhati-hati mengkritik Pendekar Umno ini. Takut bos MCA marah. 

Bos MCA, Liow Tiong Lai OK saja dengan Nazri. Lihat gambar di atas, gelak ketawa, berpegangan tangan dengan Pendekar Umno.

Tan jangan melenting tak tentu hala. Nanti tak ada peluang jadi calon PRU.

Jika pakaian hitam Nazri, bagi Tan, bermaksud MCA sedang berkabung, ianya realiti.

Betul kata Nazri, MCA TIDAK mewakili kaum Cina, wakil kaum Cina adalah DAP, sebab itu Nazri berkawan dengan Lim Guan Eng.

http://www.malaysia-today.net/2018/03/01/mca-cant-represent-chinese-malaysians-nazri/

Related image

TAN mendesak Najib memecat Nazri sebagai Menteri, satu kenyataan yang bukan dalam bidang kuasa beliau.

Jika MCA betul-betul marah pada Nazri, Liow yang patut mendesak Nazri dipecat sebagai Menteri.

Setakat ini yang marah kepada Pendekar Nazri hanya prebet-prebet MCA. Jeneral-jeneral, jika marah pun, sekadar hendak meredakan kemarahan segelintir ahli MCA.



Tan hanya Prebet dalam MCA. Siapa tahu pertelingkahan Pendekar Nazri dengan MCA ini senjata berkesan mengalahkan DAP.

Setakat ini, rata-rata di akar umbi pengundi Cina sudah kembali kepada BN kesan dari pertelingkahan ini. 

Tan masih naif dalam berpolitik. Polemik seperti inilah yang ditakuti oleh DAP dan Pakatan Harapan. 

Hanya Liow dan pucuk pimpinan MCA sahaja yang memahaminya. Pengerusi Barisan Nasional Najib Razak lebih memahaminya. Sebab itu lah beliau berdiam diri dalam isu ini.

Thursday, March 1, 2018

NAZRI AZIZ PENDEKAR, PENYELAMAT UMNO



NAJIB Razak dan Umno beruntung dan bernasib baik, ada seorang pendekar bernama Nazri Aziz.

Pendekar Nazri tampil ke hadapan untuk melabelkan bilionaire Robert Kouk seorang yang "BONGKAK, PENGECUT, PENAKUT, TAK ADA TELOR dan PONDAN".

(Robert Kouk, berusia 94 tahun adalah orang terkaya di Malaysia dan bilionaire yang ke 115 terkaya di DUNIA)

Itu yang kita nak dengar dari pemimpin Umno.

Kenyataan seumpama ini akan menyedarkan pengundi-pengundi Cina agar berterima kasih kepada Umno.

Pendekar Nazri juga melabelkan Setiausaha Agung MCA Ong Ka Chuan - BODOH. 

Kita sokong kenyataan Nazri ini. Berikutan kenyataan Nazri ini, kita yakin Umno dan BN akan menang bergaya dengan kembalinya sokongan pengundi Cina kepada kita.

Terima kasih Pendekar Nazri.



'Mengapa Ka Chuan bodoh sangat?'
Diterbitkan 27 Feb 2018, 2:21 petang | Dikemaskini 27 Feb 2018, 2:40 petang


Mempunyai latar belakang sebagai peguam hari ini Datuk Seri Nazri Aziz menyergah Setiausaha Agung MCA berhubung isu kewarganegaraan hartawan Robert Kuok.

Kata Nazri, Datuk Seri Ong Ka Chuan tidak perlu mengajar beliau untuk berkata-kata.

"Saya sudah cakap jika Kuok rasa begitu (terhadap kerajaan) jadi dia wajar serahkan kerakyatan.

"Tak ada sesiapa yang kata kita akan membatalkan kewarganegaraan Kuok.

"Ka Chuan tidak cerdik dan dia membuat kenyataan bodoh," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Nama Kuok menjadi isu apabila penulis blog Raja Petra Kamaruddin mendakwa hartawan yang terlibat dalam perniagaan gula itu memberikan dana kepada DAP. Kuok sudah menafikan dakwaan berkenaan.

Dakwaan Raja Petra itu disiarkan portal The Malaysian Insight.

Ekoran 'pendedahan' itu pemimpin Umno memberikan reaksi terhadap Kuok, dan seorang daripadanya ialah Nazri.

Tak kenal siapa Ti

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu memang dikenali sebagai seorang tokoh yang berterus terang serta kata-kata beliau biasanya tidak 'berlapik'.

Ia kemudian mengundang respon daripada pemimpin MCA. Ong misalnya memberitahu Nazri tidak berhak meminta mana-mana rakyat Malaysia melepaskan kerakyatan mereka.

"Itu bukan bidang kuasanya," kata Ong.




Nazri yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata semua orang tahu beliau tidak mempunyai kuasa menggugurkan kewarganegaraan rakyat Malaysia.

"Mengapa dia (Ong) bodoh sangat?" katanya.

Nazri juga membidas anggota Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Seri Ti Lian Ker yang berkata menteri terbabit tidak wajar memberi kenyataan merendah-rendahkan Kuok.

Kata Ti sebagai ahli perniagaan Kuok berhak menyokong mana-mana parti yang dimahukannya.

Kata Nazri beliau tidak mengenali siapakah Ti.

"Saya tak tau siapa Ti ni. Saya baru dapat maklumat dia juga kalah dalam pilihan raya lepas.

"Dia tidak mewakili badan itu (MCA) dan saya betul-betul tak peduli apa yang dia cakap," katanya.

Bagaimanapun Nazri menegaskan kenyataan serta kritikan dibuatnya itu bukan disasarkan kepada masyarakat Cina.

"Saya menyerang Kuok, bukan komuniti Cina," katanya.

Beliau juga menambah dakwaan ke atas Kuok menyebabkan masyarakat Cina di Malaysia - termasuk ahli perniagaan yang menjadi rakannya - berasa tidak senang.





Balik bertandinglah Robert Kuok, jangan jadi pondan'
Diterbitkan 26 Feb 2018, 3:09 petang | Dikemaskini 26 Feb 2018, 3:33 petang


Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mencabar orang paling kaya di Malaysia Tan Sri Robert Kuok untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ia ekoran dakwaan artikel penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang menuduh hartawan itu menyumbang dana kepada DAP dalam usaha parti itu menewaskan BN pada pilihan raya umum ke-14.

Sehubungan itu, Nazri yang merupakan menteri pelancongan dan kebudayaan menggesa Kuok agar tidak menjadi 'pondan' dan 'ayam betina' kerana berselindung di Hong Kong dan memberi dana kepada DAP.

"Saya cabar dia bertanding di sini dekat Malaysia, berkempen secara halal dan lawan kita (BN).

"Dia tak payah jadi pondan, ayam betina hanya tahu berselindung di sebalik dinding dekat Hong Kong sana," katanya kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, Nazri menyifatkan Kuok sebagai seorang yang pengecut kerana tidak berani bersemuka melawan BN.

Beliau mengulas artikel penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang menuduh hartawan itu menyumbang dana kepada DAP dalam usaha parti itu menewaskan BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

"Lawan BN secara berdepan...Anda penakut dan tiada telur hanya bersembunyi di luar negara dan taja DAP untuk melawan BN.

"Sertai politik dan jangan hanya jadi penakut dengan hanya memberi dana kepada DAP. BN menerima cabaran anda," kata anggota parlimen Padang Rengas seperti dipetik akhbar China Press.

Bercakap pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Padang Rengas, beliau juga menggesa Kuok agar melepaskan taraf kerakyatannya.

Dua artikel yang diterbitkan laman web Malaysia Today sebelum ini mendakwa Kuok menjadikan anak saudaranya, James Kuok, sebagai perantara dengan DAP dan menerbitkan gambar pertemuan James dengan sejumlah pemimpin DAP.

James Kuok menafikan tuduhan itu manakala pemimpin DAP Lim Kit Siang berkata tidak pernah mendapat walau satu sen pun daripadanya.

Utusan Malaysia pula melaporkan Nazri menggelar Kuok sebagai bongkak dan lupa jasa kerajaan yang menaikkkannya daripada bawah sehingga menjadi jutawan terkenal hari ini.

"Dia seorang yang sombong, bongkak dan kini tinggal pula di luar negara dan mengutuk negara sendiri.

"Dia cuba memecahkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu," katanya yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno seperti dipetik.

Dua hari selepas terbitnya artikel di Malaysia Today itu, sejumlah pemimpin kerajaan membidas Kuok termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri yang berkata kejayaan yang dikecapi Kuok hari ini adalah kerana kerajaan memberikan peluang kepadanya untukmemonopoli industri beras dan gula.

Namun dua pemimpin BN berbeza pandangan, iaitu Tan Sri Shahrir Samad yang menyifatkan Kuok sebagai peniaga yang tidak masuk campur dalam politik dan Datuk Seri Wee Ka Siong yang menyifatkan dakwaan Malaysia Today sebagai putar belit dan tiada bukti.