Thursday, February 22, 2018

RAKYAT DIDAHULUKAN? RAKYAT MAHU KP SPRM DIPECAT TETAPI NAJIB DAHULUKAN DZULKIFLI


Ini ditulis oleh blogger Umno, Rafi, berikutan merosotnya Malaysia dalam "ranking" indeks rasuah dunia.

Blogger Umno pun terkejut Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad masih gagah bergayut kepada jawatan beliau walaupun dikaitkan mempunyai SKANDAL dengan bini orang.

Image result for kp sprm khutbah



Antara slogan paling dibanggakan oleh Najib Razak satu ketika dulu ialah, RAKYAT didahulukan, pencapaian diutamakan.

Berkali-kali juga Najib meminta rakyat memberi idea untuk mentadbir negara.

Bila rakyat meminta Najib MEMECAT Dzulkifli, pandangan rakyat nampaknya tidak dipedulikan Najib.

Maka dengan tebal muka, hari ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM tampil menyatakan terkejut dengan kejatuhan ranking Malaysia dalam indeks rasuah dunia.


Jika kelakuan Ketua Pesuruhjaya SPRM dijadikan kayu ukuran INTEGRITI SPRM, apa yang hendak terkejut dengan kejatuhan indeks rasuah.

Dzulkifli juga hari ini mencadangkan diadakan indeks rasuah Malaysia sendiri. Cadangan beliau tidak mengejutkan kerana indeks baru integriti SPRM telah pun direka baru oleh Dzulkifli.


RUJUKAN


aac282cc-7151-469b-949d-221c7137d642



Malaysia merosot dalam indeks rasuah global, terburuk dalam 5 tahun

FMT Reporters | February 22, 2018



Malaysia juga di tangga ketiga di rantau Asean, tetapi jauh ditinggalkan dari segi markah oleh Singapura dan Brunei.


KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat penurunan sebanyak 7 tangga dan kini berada di kedudukan ke-62 daripada 180 negara dalam indeks rasuah dikeluarkan oleh badan ketelusan antarabangsa, Transparency International (TI), prestasi yang terburuk sejak 5 tahun lepas.

Malaysia memperoleh markah 47 daripada 100 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017 yang dikeluarkan hari ini oleh kumpulan anti rasuah tersebut.

Walaupun Malaysia muncul di kedudukan ke-3 dalam kalangan 10 negara Asean, ia masih jauh terkebelakang dari segi markah.


Di tempat teratas di kalangan Asean adalah Singapura dengan 84 markah, yang juga mendapat tempat ke-6 dalam kedudukan antarabangsa, diikuti Brunei dengan 62 markah.

Laporan tahunan CPI berdasarkan tinjauan daripada mereka yang terlibat dalam industri perniagaan, termasuk penganalisis risiko dan orang awam bekerja di negara yang dinilai. Ia berdasarkan sekurang-kurangnya 3 tinjauan bebas berkenaan persepsi di setiap negara. Malaysia menggunakan 9 sumber.

Antara respons pertama mengenai laporan itu ialah dari veteran DAP, Lim Kit Siang, yang menyifatkan prestasi Malaysia kali ini lebih buruk berbanding di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Sejarah 23 tahun CPI dari 1995 ke 2017 menunjukkan Malaysia kekal malah merosot dari segi integriti dan prinsip akauntabiliti dan tadbir urus baik sepanjang 2 dekad, jika dibandingkan dengan negara lain seperti China dan Indonesia, yang mencapai penambahbaikan memberangsangkan,” kata Lim.

“Apa tindakan diambil untuk menambah baik ranking dan markah CPI Malaysia?” soalnya, sambil mendakwa pihak berkuasa sering melabel tuduhan korupsi sebagai “berita palsu”.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/02/22/malaysia-merosot-dalam-indeks-rasuah-global-terburuk-dalam-5-tahun/


Skandal tidak selesai punca indeks rasuah Malaysia jatuh
Gan Pei Ling

KEGAGALAN Malaysia untuk menyelesaikan skandal rasuah berskala besar membabitkan 1Malaysia Deveopment Berhad (1MDB), Tabung Haji, Felda menjadi antara faktor di sebalik penurunan Indeks Persepsi Rasuah 2017, menurut kumpulan anti rasuah antarabangsa hari ini.

"Skandal ini memberi kesan kepada skor kita," kata pengerusi Transparency International Malaysia Akhbar Satar pada pelancaran CPI di Kuala Lumpur, pagi ini.

Sehingga skandal ini diselesaikan kata Akhbar, kedudukan Malaysia akan terus jatuh dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Malaysia berada di tangga ke 62 bagi indeks itu tahun lalu, turun tujuh anak tangga daripada 2016, menjadikan ia sebagai kedudukan terendah sejak indeks Transparency International (TI) bermula pada 1995.


Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menarafkan 180 negara berdasarkan kepada tahap tanggapan mereka terhadap rasuah dalam sektor awam mengikut kepada kepakaran dan masyarakat perniagaan. Ia menggunakan skala 0 hingga 100 di mana 0 ialah sangat rasuah dan 100 sangat bersih.

Malaysia, sejak skor 52 diperoleh pada 2014, mencatatkan penurunan setiap tahun, melepasi mata pertengahan pada 2016 (49) dan mencecah 47 pada 2017.

"Kita berada di kedudukan sama dengan Cuba. Kita perlu lebih baik daripada itu," kata Akhbar.

Menurutnya, jika tidak kerana tindakan agresif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat tangkapan sejak beberapa tahun lalu, kedudukan Malaysia mungkin jauh lebih rendah.

Tambahnya, dalam kes 1MDB, SPRM telah membuat rayuan kepada Peguam negara untuk membuat pendakwaan: "Malangnya Peguam Negara berkata tiada kes."

Akhbar berkata orang ramai harus memberi tekanan kepada kerajaan untuk menyelesaikan skandal 1MDB dengan memuaskan.

Katanya, Malaysia juga perlu menyatakan faktor lain yang menyebabkan skor rendah indeks berkenaan, seperti sekatan kebebasan media, kekurangan akses kepada maklumat dan ketelusan dalam perolehan kerajaan, dan dasar pemberi maklumat yang cacat, antara lain.

"Pemberi maklumat yang melaporkan rasuah kepada media tidak dilindungi (oleh undang-undang) dan boleh didakwa. Ini perlu diubah jika kita serius dalam membanteras rasuah," kata Akhtar.

Dua pemberi maklumat, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan bekas kerani bank Johari Mohamad baru-baru ini dijatuhkan hukuman pejara 30 bulan kerana melanggar undang-undang perbankan untuk mendedahkan skandal National Feedlot Corp.

Akhtar berkata, adalah salah bagi kerajaan untuk memberi kontrak kepada kroni dan saudara-mara yang tidak kompeten, dan bukannya berdasarkan merit.

Katanya, penjawat awam dan masyarakat umum tidak boleh hanya mengharapkan SPRM sahaja, yang mempunyai 1,600 pegawai penyiasat, untuk membanteras rasuah.

"Sebagai penjawat awam, kamu mungkin tidak boleh halang ahli politik yang cuba (beri pengaruh tidak wajar) menggangu kamu, tetapi kamu boleh gunakan hak kamu untuk abaikan mereka.

"Ahli politik bijak. Mereka tidak akan berikan kamu 'arahan' bertulis. Apabila disiasat SPRM, kamu akan disiasat. Ahli politik akan melepaskan diri," kata Akhbar.

Ditanya apa yang bileh dilakukan rakyat Malaysia untuk membanteras rasuah pada pilihan raya umum akan datang, beliau berkata: "Terpulang kepada masyarakat umum, sekiranya mahu perubahan atau tidak. Kamu bijak. Kebanyakan mereka (ahli politik) adalah korup, pilih yang paling tidak korup."– 22 Februari, 2018.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/39200/



SPRM terkejut dengan indeks rasuah Malaysia
Hari ini, 1:53 pm Hari ini, 4:14 pm


Kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Tanggapan Rasuah (CPI) terbaru Transparency International Malaysia (TI-M) hari ini mengejutkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata Malaysia sepatutnya berada pada kedudukan lebih baik jika tindakan agresif serta tangkapan dibuat agensi itu diambil kira.

“Bagi saya indeks pada tahun ini - kalau mengikut realiti dalam negara dan tindakan yang dah diambil oleh SPRM itu - maka sepatutnya indeks tersebut adalah berada pada kedudukan yang lebih baiklah berbanding 2016.

“Itu jangkaan saya, tapi saya tak boleh kata (kita berada) di kedudukan mana.

“Sebab itu saya katakan saya agak terkejut dengan laporan yang dikeluarkan kerana ia tak selaras dengan realiti, tindakan, pencegahan dan pendidikan yang agresif yang kita laksanakan pada tahun 2017,” kata Dzulkifli dalam sidang media di Akademi SPRM, Kuala Lumpur hari ini.

Senarai CPI terbaru meletakkan Malaysia di kedudukan setaraf dengan negara komunis Cuba di kedudukan ke-62 berbanding 55 pada 2016.

Kaji kesan CPI

Sesebuah negara dinilai melalui skala dari kosong - sebagai paling kronik rasuahnya - hingga 100 (paling bersih). Sebanyak 180 negara dinilai oleh badan pemantau terbabit.

Mengulas lanjut Dzulkifli berkata SPRM akan meniliti serta menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengenal pasti punca kemerosotan kedudukan Malaysia dalam CPI itu.

“Kita tidak menolak indeks tersebut dan kita akan buat kajian," katanya yang menjelaskan mengetahui status terbaru Malaysia berdasarkan laporan media saja.


Dzulkifli berkata beliau belum meneliti laporan itu sepenuhnya bagi mengenal pasti kelemahan atau punca kedudukan Malaysia semakin merosot.

“Apa-apa yang berkaitan dengan isu-isu rasuah SPRM akan kaji dan lihat jika ia memberi kesan kepada penurunan indeks tersebut,” katanya.

Namun, pada masa sama Dzulkifli menjelaskan kemerosotan kedudukan Malaysia itu bukan hanya melibatkan isu rasuah semata-mata.

Sebaliknya kata Dzulkifli CPI itu juga melibatkan isu kemanusiaan, senario politik dan perkara berkaitan perniagaan di Malaysia.

Katanya kadang-kadang aspek tertentu itu berada di luar bidang dan tanggungjawab SPRM.


“Jadi penurunan CPI ini bukanlah kerana SPRM semata tetapi perlu dilihat kepada keseluruhan subjek kajian yang telah dijalankan itu,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan yang sama Dzulkifli memaklumkan SPRM kini dalam proses membuat kajian CPI sendiri bagi menilai lebih terperinci prestasi negara.

Katanya kajian itu akan dilakukan oleh badan bebas.

“Kita berasakan sudah tiba masanya untuk diadakan indeks sendiri untuk melihat dan menangani dengan lebih berkesan bukan hanya dari sudut persepsi, tetapi sudut realitinya, objektifnya - apa kelemahan yang perlu diatasi dan kekuatan yang ada serta ruang yang perlu kita tambah baik.

“Kita akan bentangkan kepada kerajaan untuk melihatnya. Namun masa belum ditentukan mungkin dalam dua atau tiga bulan lagi,” katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Ayuh rakyat Malaysia kita sama-sama pecat Najib, BN dan Pegawai-pegawai kerajaan yang korup dalam PRU14 akan datang. Kita sama-sama lihat pekong-pekong mereka selepas ini, kita sama-sama lihat berapa laju mereka lari dari Malaysia. PASTIKAN mereka tidak dapat pencen dari duit-duit rakyat dan rakyat rampas semua hak rakyat yang telah disamun. Kepada golongan makan dedak dan bahalol biar mereka sendiri lihat kebodohan mereka selepas ini.