Tuesday, January 30, 2018

JUAL IKAN MURAH IKUT MUSIM PILIHANRAYA



Image result for jualan ikan murah lkim

Image result for minyak masak bn

Image result for minyak masak bn

MACAM-Macam Barisan Nasional JUAL MURAH dekat-dekat PRU14 ini.

Ikan murah, minyak masak murah dan macam-macam lagi murah.

Bagi kita, ianya petanda Kerajaan, Umno dan Barisan Nasional menerima hakikat bahawa rakyat sedang kesempitan dan kos hidup melambung tinggi akibat ekonomi merosot.

Kita pun tahu harga ikan memang melambung. Tak mungkin peniaga membeli dengan harga murah dan jual mahal. 

Sebelum ini tak pula kita dengar LKIM atau pemimpin-pemimpin Umno sibuk nak jual ikan murah-murah.

Bila harga ikan mahal, macam-macam alasan diberikan termasuk menyalahkan CUACA seperti yang pernah dibuat oleh Menteri Pertanian Shabeery Chik.

Kalau ikut Shabeery Chik, tak lama lagi ikan jadi murah apabila jalan keretapi ECRL yang bernilai RM55 bilion siap.

Formula ikan murah ini pun buat kita pening memikirkan. Bagaimana Umno boleh jual sampai separuh murah dari harga pasaran. Mana datangnya duit-duit ini?

Tetapi tiada yang pelik apabila kita bercakap mengenai duit di Malaysia. 

Cuma kita pinta, janganlah bagi minyak masak dan jual ikan murah apabila pilihanraya dekat sahaja.

Jual lah murah-murah sepanjang tempoh 5 tahun ketika BN memerintah.

Seperkara lagi, janganlah jual untuk publisiti. Program ini perlu dibuat setiap hari - jual murah di pasar-pasar malam supaya peniaga-peniaga ikan pasar malam terpaksa menurunkan harga ikan.



Thursday, January 25, 2018

APA JADI KES SKANDAL KP SPRM?



SEMALAM tak semena-mena, seorang ahli Parlimen pembangkang bertanyakan kes Ketua Pesuruhjaya Dzulkifli Ahmad berkaitan dakwaan beliau mempunyai skandal dengan isteri orang.

Jelapang pun tertanya-tanya juga.






Apa jadi dengan siasatan kes 'goda' bos SPRM - Gobind

25 Jan 2018, 1:52 pm 25 Jan 2018, 1:59 pm

Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo mahu pihak polis mengemaskini siasatan terhadap dakwaan skandal yang dipalitkan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Katanya, polis telah lama mendiamkan diri mengenai perkembangan siasatan berhubung dakwaan 'hubungan sulit' dengan isteri orang itu.

"Nampaknya semua senyap sahaja. Saya mahu tahu mengapa.

"Jika polis boleh siapkan siasatan dengan segera dalam kes 'besar dan rumit' seperti yang melibatkan tanah di Jalan Semarak, mengapa terdapat kelewatan dalam siasatan ke atas klip video?" Soal Gobinnd dalam satu kenyataan hari ini.

Kes Jalan Semarak merujuk kepada pemindahan meragukan tanah milik Felda kepada sebuah syarikat swasta.

Felda telah mendapatkan semula tanah itu, dan polis telah mengemukakan kertas siasatan mereka kepada pejabat peguam negara.

Kemas kini terakhir daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengenai kes membabitkan Dzulkifli, adalah pada 6 Disember, 2017, di mana beliau berkata polis akan menyiapkan siasatan mereka dalam masa seminggu.

Polis sedang menyiasat Dzulkifli di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan atas dakwaan menggoda isteri orang susulan penyebaran tiga video pendek beliau berada di luar negara bersama seorang wanita yang menjadi tular di media sosial.

Kertas siasatannya telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) sebanyak tiga kali, tetapi setiap kali, semuanya ditolak dan dihantar kembali.



Read more at https://www.malaysiakini.com/news/409962#JrLWRVPRjMZXi18d.99

Tuesday, January 23, 2018

TANAH FELDA HILANG: PENEROKA FELDA GUNDAH GULANA FIKIRKAN SHAHRIR SAMAD



Kenyataan Shahrir Samad 

21 Disember 2017: Felda tidak lagi berminat meneruskan pembinaan Kuala Lumpur Vertical City (lihat video di atas) atau laporan ini: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/12/366118/felda-tidak-minat-teruskan-pembinaan-klvc-shahrir


15 Januari 2018: Projek KLVC yang sedang berjalan di Jalan Semarak, Kuala Lumpur akan tetap diteruskan. Laporan: http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/projek-kuala-lumpur-vertical-city-tetap-diteruskan-1.784052

Dua KENYATAAN yang NYATA bertentangan dibuat oleh Shahrir Samad, Pengerusi Felda, berkaitan kehilangan tanah Felda melibatkan projek KLVC.


Kejap tak berminat, kejap diteruskan.

Jelas Shahrir bukan lagi Shahrir yang kita kenal dulu. 

Shahrir hari ini sudah berubah. Hari ini cakap lain, esok cakap lain.

Jelapang ada singgah ke satu dua perkampungan Felda, menziarah sanak saudara sehari dua ini.

Untuk pengetahuan Shahrir dan Perdana Menteri, peneroka Felda sedang rabung berbincang hal Felda.

Banyak perkara dibincangkan termasuk mengenai Shahrir Samad.

Peneroka tak henti-henti bercakap mengenai sandiwara tanah hilang. Seperkara lagi yang menjadi topik penting ialah peneroka takut mati menanggung hutang Felda.

Kata mereka pemimpin tertinggi ada berjanji hendak mengeluarkan PENYATA hutang peneroka. 

Sampai sekarang tak keluar-keluar.

Kembali kepada isu Shahrir. Macam-macam diperkatakan oleh peneroka. Macam-macam tuduhan dibuat apabila Shahrir cakap "tak minat teruskan projek", kemudian cakap lain, mahu pula teruskan projek KLVC.

Tak sanggup Jelapang hendak cerita apa yang ditohmah oleh peneroka kerana Jelapang pun rasa tak selesa untuk membicarakannya.

Biarlah setakat ini sahaja.


Rujukan
https://www.hmetro.com.my/utama/2017/12/296191/kita-nak-balik-tanah-tu-all-costs-tanpa-edit

Thursday, January 18, 2018

PAS TUNGGU BUAH GUGUR BARU NAK PUTUSKAN SIAPA PERDANA MENTERI

Image result for nik amar+rasmi

Jika UMNO dan komponen parti BN menang PRU14, Najib Razak Perdana Menteri.

Jika Pakatan Harapan dan komponennya menang PRU14, Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri.

Jika Pas menang? Tunggu bini beranak?

Dah tak tentu hala parti Pas ini. Macam presidennya juga. Kejap nak buat Hudud, kejap nak tunggu gaji minima, kejap nak pastikan kadar pengganguran turun.

Kalau Hadi Awang cakap tak tentu hala, kita faham, umur dah rapat ke dinding - dah tua.

Mungkin Nik Amar Nik Abdullah dilanda sindrom yang sama.






Kita cadangkan NIK AMAR jadi Perdana Menteri  bagi beliau memperlahankan PEMBANGUNAN negara seperti mana yang Pas lakukan di Kelantan dan menghindar rakyat minum arak seperti air sejuk sepertimana dakwaan Nik Amar terhadap keadaan di Langkawi.






Calon PM: PAS tunggu 'isteri mengandung dulu'

17 Jan 2018, 5:49 pm 17 Jan 2018, 6:12 pm





Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, parti Islam itu tidak menamakan calon perdana menteri kerana menganggap ia terlalu awal untuk berbuat demikian.

Walaupun PAS mempunyai calon yang sesuai untuk dinamakan sebagai perdana menteri, namun untuk mengumumkannya sekarang, Mohd Amar menganggap ia umpama 'isteri belum mengandung, tetapi bising dengan nama anak'.

"Sekarang terlalu awal (untuk umum calon perdana menteri) sebab pilihan raya pun tak berlangsung lagi. Sebab itu kita tak terlalu nak menamakan calon perdana menteri.

"Kalau saya, saya buat ibarat, isteri belum mengandung, bising dengan nama anak. (Sepatutnya) biarlah mengandung dulu.

"Sekarang parlimen tak bubar lagi dan tak tahu berapa kerusi akan dapat tapi insya-Allah (PAS) ada calon sesuai," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco di Kota Bharu hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan berhubung kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai calon perdana menteri daripada PAS.

Selain itu ditanya tentang siapa calon perdana menteri pilihan PAS, Mohd Amar berkata parti Islam tersebut tidak memilih Najib mahupun Mahathir.

"Kami tak akan pilih dua-dua (Mahathir atau Najib), Tun pun kita tak sokong jadi perdana menteri, Najib pun kita tak pilih.

"Sebab dua-dua ada rekod dan masalah tersendiri," katanya lagi.

Kuasa tawar-menawar

Mengulas mengenai sasaran 40 kerusi parlimen oleh PAS, timbalan menteri besar Kelantan itu menjelaskan ia cuma sasaran minimum parti.

Jelasnya, ramai penganalisis berpendapat, pada Pilihan Raya Umum Ke-14, tiada parti yang akan mendapat kerusi dominan.

Justeru, PAS mensasarkan minimum 40 kerusi parlimen sebelum sesebuah kerajaan itu ditubuhkan bagi memboleh parti Islam itu mempunyai kuasa tawar-menawar.

"40 kerusi itu sasaran minimum sebab untuk tubuh kerajaan, paling minimum jangan kurang daripada 40 kerusi. Bila (menang) 40 kerusi akan ada kuasa tawar-menawar.

"Macam berniaga kita ada sasaran untuk minimum keuntungan dan maksimum keuntungan supaya tak hilang modal. 40 kerusi bukan sasaran utama tetapi supaya kita ada kuasa tawar-menawar yang kuat," ujarnya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menjangkakan tiada satu parti politik yang akan dapat kerusi cukup dalam pilihan raya umum akan datang untuk membentuk kerajaan.

Sehubungan itu, menurut Abdul Hadi, sekiranya PAS mendapat 40 kerusi, ia menjadikan parti berkenaan sebagai tempat kebergantungan parti lain yang ingin menubuhkan kerajaan.


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/409021#QJ4CJwHmO0KvmkAx.99

Saturday, January 13, 2018

KERJASAMA UMNO-PAS: AHLI UMNO DIBOLEHKAN MENGUNDI PAS

Image result for undilah pas+umno

BAHANG PRU-14 sudah terasa.

Jelapang dapat rasakan rakyat sudah tak sabar-sabar hendak mengundi. Hari ini Jelapang sempat menziarah saudara mara di Kebun 500.

Rupa-rupanya bukan anak-anak muda sahaja yang ternanti-nanti PRU-14. Yang berumur 60 keatas yang seumur hidup tidak pernah mengundi - kali ini, hendak mengundi.

Rupa-rupanya pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang tak pernah mengundi seumur hidup mereka pun berpusu-pusu mendaftar untuk mengundi kali ini.

Jelapang bertanya kepada mereka, kenapa sekarang baru sedar hendak mengundi.

Kata mereka: "Sebab Pas dah boleh kerjasama dengan Umno. Kami pun dah tua, tak lama lagi akan dipanggil oleh Pencipta. Sebelum pergi, baik kami undi Pas, kami pun nak masuk syurga.

"Dulu kami tak mengundi sebab Pas dengan Umno ini macam kucing dengan anjing.

"Sekarang dah baik, dah berkerjasama. Maka rasa nak mengundi pula. Undi Umno dengan undi Pas sama saja. Walaupun selama ini di dalam hati - Umno, tapi kali ini kalau ada Pas, kita undi Pas - nak masuk syurga."

Image result for undilah pas+umno

Betul juga kata makcik dan pakcik tu.

Memandangkan Umno dan Pas sudah berbaik-baik dan bekerjasama, sampai masanya ahli-ahli Umno yang selama ini membenci Pas, turut menyokong Pas semasa PRU-14 nanti.

Perjuangan pun dah sama, cuma yang beza hanya simbol. 

Lagipun Naib Presiden Pas Nik Amar pun dah puji Umno melangit. Itu tak lebih tanda betapa sayangnya Pas kepada Umno.

Sebagai contoh di Marang, ahli-ahli Umno Marang kena lah undi Pas untuk memastikan Hadi Awang menang. Tak kan dalam kerjasama dengan Pas, nak dibunuhnya karier politik Hadi.

Begitu juga di kawasan-kawasan lain. Ahli-ahli Umno boleh pangkah Umno atau Pas. Pangkah mana-mana pun OK.

Pas pun kawan kita. Tak salah kita sebagai ahli Umno pangkah Pas dalam PRU14 nanti.







  


Wednesday, January 10, 2018

PRU14; PILIH DR MAHATHIR/ANWAR ATAU PILIH NAJIB/ROSMAH

Image result for tun dr mahathir konvensyen

DR MAHATHIR/Anwar Ibrahim atau Najib Razak, pilihan rakyat.

Itu keputusan yang perlu dibuat 14 JUTA pengundi menjelang PRU-14 dalam dua tiga bulan lagi.

Tidak pernah di dalam sejarah PRU pembangkang awal-awal lagi mencapai kata sepakat mengenai pembahagian kerusi dan calon Perdana Menteri.

Sebelum ini bukan main ghairah Umno mencabar pakatan pembangkang untuk menamakan calon Perdana Menteri.

Jika dilihat kepada serangan yang dibuat oleh media-media Umno terhadap Dr Mahathir/Anwar, ia gambaran kegelisahan pimpinan Umno.

Dan apa yang akan ditawarkan oleh pembangkang nanti?

Manifesto BN sudah boleh dijangka. Rasanya konsepnya sama seperti manifesto PRU13 - Lebuhraya Pan Borneo, Kedai Rakyat 1 Malaysia dan seumpamanya.

Tidak mungkin BN akan menyentuh penghapusan rasuah. Jauh sekali kerana ramai pemimpinnya terpalit dengan isu rasuah.

Tidak mungkin BN akan menandingi pembangkang dengan menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan perlantikan jawatan terpenting di dalam negara seperti jawatan Peguam Negara dan sebagainya.

Harapan BN hanya kepada Pas dan hasil dari persempadan semula.

Tidak pernah di dalam sejarah BN dan Umno menempuh PRU di selubungi pelbagai isu.

Tiga empat bulan sebelum PRU, media Umno mendedahkan bagaimana Felda, yang diterajui Umno, kehilangan sekeping tanah yang amat berharga di Kuala Lumpur.

Tiga empat bulan sebelum PRU, isu Najib ke Arab Saudi bersama kaum keluarga tersebar di media-media sosial.

Bagi pakatan pembangkang, isu pembahagian kerusi telah selesai.

Bagi BN dan Umno, ianya bukan isu kerana konsep pembahagian kerusi sudah pun ada sejak turun temurun.

Hanya Pas yang masih terkial-kial.

Semalam dilaporkan Ketua Penerangan Pas Nasaruddin Tantawi akan melarikan diri dari Temerloh kerana sudah pasti akan kalah.

Jika Pas cerdik, tak perlu nak larikan diri. Pas hanya perlu minta jaminan dari Umno untuk pastikan Nasaruddin MENANG di Temerloh.

Ramai tak sabar untuk menanti PRU-14.

Kerana kali ini mudah untuk pengundi membuat pilihan - MAHU PILIH TUN DR MAHATHIR atau pilih Najib dan Rosmah Mansor.


Friday, January 5, 2018

ABU TALIB OTHMAN: BUKAN DR MAHATHIR PECAT TUN SALLEH ABAS



SELEPAS 29 tahun, akhirnya kita ketahui kebenarannya - BUKAN Dr Mahathir Mohamad yang MEMECAT Tun Salleh Abas pada tahun 1988.

Jika tidak dengan penjelasan bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman, sudah pasti KEBENARAN ini akan dibawa ke kubur oleh Dr Mahathir.

Selama 29 tahun, Dr Mahathir membiarkan diri beliau dikritik di atas PEMECATAN Tun Salleh.

Kata Abu Talib: 

"Seperti saya kata, tidak benar bahawa Mahathir memulakan penyingkiran itu atau mahu Salleh dipecat, beliau hanya mematuhi arahan Agong. Saya tidak membela Mahathir, sebab itu saya kata, kamu mungkin tidak menyukainya, tetapi itulah fakta, saya tidak bermain politik tetapi berdasarkan fakta. Ia adalah "sejarah".
Saya melihat sendiri nota yang ditulis tangan oleh Almarhum Yang DiPertuan Agong (Almarhum Sultan Iskandar), ditandatangani oleh Almarhum, kepada PM menitahkan Tun Salleh disingkirkan sebagai Ketua Hakim Negara dan digantikan dengan Tan Sri Hamid Omar. Saya melihat sendiri nota itu yang ditulis tangan oleh Almarhum.  
 https://www.malaysiakini.com/news/407528



Bekas peguam negara akui Salleh Abbas dipecat atas titah Agong
DR Mahathir tidak memulakan tindakan untuk memecat Tun Salleh Abbas pada 1988 sebaliknya ia hanya mengikut titah Yang di-Pertuan Agong, kata bekas peguam negara Abu Talib Othman hari ini.

Abu Talib yang berkhidmat sebagai peguam negara dari 1980 hingga 1993 mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir semalam bahawa bekas perdana menteri itu tidak ada kaitan dengan pemecatan Salleh.

Bekas perdana menteri itu juga berkata, beliau sanggup bersumpah dengan al-Quran mengenai perkara itu.

Mengimbas kembali apa yang berlaku dalam pemecatan Salleh, Abu Talib memberitahu pemberita hari ini bahawa beliau memberitahu perdana menteri ketika itu bahawa beliau sendiri mahupun Yang di-Pertuan Agong tidak boleh memecat ketua hakim negara.

"Ia adalah saat yang mencabar. Bolehkah kamu tidak pedulikan titah Yang di-Pertuan Agong? ( Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail).

"Jadi, saya nasihatkan Dr Mahathir dan mengingatkan beliau sumpah yang dilafazkan sebagai perdana menteri bahawa beliau perlu mempertahankan perlembagaan. Dan beliau katakan kepada saya, 'kamu pergi beritahu Agong'.

"Saya menghadap baginda di Johor. Dan Agong tetap mahu tindakan itu diambil. Lagi sekali saya ingatkan baginda bahawa perdana menteri mahu pun Agong tidak boleh memecat ketua hakim negara itu," kata Abu Talib kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari ini.

Abu Talib berkata beliau telah mengingatkan Agong berhubung sumpahnya, bahawa baginda mesti melindungi dan mempertahanan perlembagaan."

Kenyataan Abu Talib adalah sama dengan kenyataan yang beliau buat sebelum ini dalam temubual dengan The Malaysian Insight pada Ogos yang mana kata beliau, badan kehakiman tidak boleh dipersalahkan dalam krisis kehakiman pada 1988, yang dakwanya beliau dihasut oleh beberapa hakim.

Krisis kehakiman pada 1988 berlaku selepas Salleh dipecat sementara lima lagi ketua hakim digantung tugas.

Salleh menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong ketika itu mewakili badan kehakiman, meluahkan kekecewaan terhadap dakwaan yang dibuat oleh Dr Mahathir terhadap badan kehakiman.

Majlis Peguam turut mempersoalkan pemecatan itu dan menyfatkan ia sebagai tidak berperlembagaan.

Abu Talib berkata, Agong murka dengan surat Salleh yang mengadu mengenai kritikan yang ditimbulkan oleh badan kehakiman oleh eksekutif.

"Itulah puncanya," kata Abu Talib.

"Aduan itu nampaknya menyebabkan kemurkaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Iskandar.

"Baginda kemudian merujuk surat Salleh kepada perdana menteri dan menitahkan tindakan sewajarnya perlu diambil berhubung aduan itu.

"Memandangkan kedua-duanya bersetuu untuk ambil tindakan, saya sediakan dokimen yang perlu untuk menubuhkan tribunal," katanya dan menambah beliau menggunakan nama Dr Mahathir untuk menubuhkan tribunal kerana komunikasi dengan pihak istana diuruskan pejabat perdana menteri.

"Jadi tidak benar saya gunakan namanya untuk ganggu Agong. Perdana menteri perlu main peranan dalan menubuhkan tribunal."

Prosedur untuk memecat ketua hakim negara termaktub dalam Perkara 125 (3) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan tribunal mesti ditubuhkan untuk menyiasat sama ada terdapat kes salah laku atau ketidakupayaan dari kelemahan badan atau minda atau sebarang sebab lain sebelum menjalankan penyingkiran.

Tribunal itu terdiri daripada enam ahli yang dipengerusikan oleh hakim Mahkamah Agung dan bekas Ketua Hakim Negara Hamid Omar yang memecat Salleh.

Pada tahun yang sama, Perlembagaan Persekutuan digubal untuk membuang terma "kuasa kehakiman" daripada Perkara 121 (1) Perlembagaan Persekutuan, yang mengamalkan kehakiman ke Parlimen.

Abu Talib berkata walaupun beliau menganggap perkara itu sebagai sejarah, "ia telah dipolitikkan dan dijadikan isu peribadi."

"Tidak benar Dr Mahathir yang mulakan tindakan memecat atau mahukan Salleh dipecat, beliau hanya menurut titah Agong ketika itu.

"Saya bukan mahu pertahankan Dr Mahathir namun itulah fakta. Saya tidak bermain politik tetapi menggunakan fakta," tambah bekas peguam negara itu.

Pada pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri, kerajaan telah menyatakan kekesalan dan membayar pampasan kepada semua yang telah dipecat dalam peristiwa itu.

Abdullah turut mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Hakim bagi membantu menilai serta memilih calon menggunakan kaedah yang sistematik dan berwibawa. Kerajaan turut mengumumkan pembayaran ex-gratia kepada enam bekas hakim kanan yang dipecat itu.

"Saya tidak membuat anggapan untuk menyamakan sumbangan, penderitaan dan kehilangan dengan sekadar mata wang, tetapi saya harap tuan-tuan dapat menerimanya sebagai satu sumbangan tulus ikhlas bagi memperbaiki apa yang telahpun berlaku," katanya. – 4 Januari, 2018.

Thursday, January 4, 2018

INSAFLAH HADI. KAMU DAH TUA, DAH RAPAT KE DINDING

Image result for hadi+najib

KATA Tun Dr Mahathir Mohamad: 

"Hadi (Awang) adalah orang yang hanya menggunakan Islam. Dia pernah kata kerajaan kafir dan perlu ditentang, jika anda mati dalam penentangan itu, anda akan masuk syurga. Itu yang dijanjikan (Hadi) dan ia bertentangan dengan ajaran Islam, namun mereka yang pakar agama hanya berdiam diri. Mengikut kata PAS, jika kamu bekerjasama dengan kafir, kamu akan menjadi kafir. Jadi sekarang dia bekerjasama dengan UMNO dan sebelum ini pernah bekerjasama dengan DAP, jadi dia 'mengkafirkan' diri sendiri," 
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/01/370338/hadi-kafir-pengkhianat-tun-m


JAWAB Hadi:  

"Memang melampaulah (melabel kafir dan pengkhianat). Tetapi biar dia insaf sendirilah. Dia orang tua dah. Dia macam orang terdesak yang sudah rapat ke dinding. Apabila rapat ke dinding, dia tak boleh nak pergi. Dia (terpaksa) rempuh dinding itu. Jadi tak pasal-pasal pecah kepala sendiri. Jangan pecahkan kepala sendiri. Dia kena duduk sorang-sorang (bersendirian) dan fikirkan semula (apa yang dia cakap). Fikir dan kena banyak membaca. Jangan baca buku perubatan saja, buku Islam pun kena baca. Saya biarkan dia insaf sendiri. Mudah-mudahan dia insaf. Antara saya dan dia saya sudah maafkan. Antara dia dengan tuhan, dia kena bertaubat." 

 https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/01/370737/mahathir-terdesak-taubatlah-presiden-pas


Image result for amanat hadi
MELAMPAU kata Hadi? Dulu mengKAFIRkan ahli Umno tak melampau?

Akhirnya ada orang yang berani mengkafirkan Hadi. Dan apa perasaan sekarang?

Hadi pun dah tua. Dah rapat ke dinding. Tak teringat nak bertaubat? Tak rasa berdosa menuduh ahli Umno kafir dahulu? Duduk lah seorang-seorang wahai Hadi Awang. Fikir semula. Insaflah.

Image result for amanat hadi




Wednesday, January 3, 2018

SELAMAT TAHUN BARU, 2018 UMNO AKAN CATIT KEMENANGAN TERBESAR DALAM SEJARAH PRU

Image result for 1mdb+rosmah 1mdb

SELAMAT Tahun Baru.

Yang pasti 2018 PRU-14 akan diadakan.

Pelbagai perkara dilakukan. Persempadanan semula kawasan pilihanraya mengikut CITARASA parti tertentu.

Hari ini satu artikel disiarkan. Menurut artikel tersebut persempadanan semula di Selangor memihak kepada BN.

Mengikut kajian tersebut, BN akan menang 20 kerusi di Selangor dan Pas - 9 kerusi.

Manakala DAP akan menang 15 kerusi dan PKR 12. 

Maksudnya kerajaan Pakatan Harapan akan TUMBANG di Selangor tahun ini dan Pas akan memBANTU BN mengambil alih tampuk pemerintahan di Selangor.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/30629/

Kalau mengikut segala tindakan yang diambil, BN akan menang besar atau "menang kira dalam tangan".

Pengundi POS sahaja telah meningkat kepada 4 juta pengundi. Ahli Bomba yang sebelum ini mengundi di saluran biasa, sudah dijadikan pengundi POS.

Kiranya, BN tak akan KALAH dalam PRU-14 ini. Menang besar, BESAR kemungkinan.

Tambah-tambah dibantu oleh PAS dan HADI AWANG yang pernah mengkafirkan ahli Umno dulu.

Tahun 2017 telah meninggalkan kita. Apa yang kita ingat hanyalah SKANDAL demi skandal TERDEDAH dan terakhir untuk tahun 2017 ialah Felda kehilangan tanah yang tinggi nilainya.

Riuh rendah mengenai Isa Samad terlibat dengan pelbagai skandal di Felda. Ianya setakat riuh dan pengkritik "syok terlebih". Isa masih segar bugar. Baru-baru ini ternampak video Isa menDENDANGkan sebuah lagu - tetapi sebuah lagu yang sedih dan mendayu.

Jangan pula buat-buat terperanjat kalau Isa dicalonkan semasa PRU14 nanti. Kerana dalam politik, akan ada ayat kalau si polan itu tak bertanding Umno akan kalah.

Macam di Lembah Pantai. Awal-awal Raja Nong Chik dah umum nak terus bertanding di Lembah Pantai.

Katanya Nurul Izzah Anwar pun dah takut - nak lari ke Permatang Pauh kerana kerusi tersebut telah menjadi kerusi PUTIH buat BN hasil dari persempadanan semula dan pemindahan pengundi.

Kalau kerusi Lembah Pantai dah jadi kawasan selamat buat BN, apa perlu letak Raja Nong Chik bertanding? Alangkah baiknya Umno meletakkan calon muda di kawasan selamat untuk memberi nafas baru kepada parti.

Begitu juga kerusi Padang Besar di Perlis. Awal-awal telah diumumkan kerusi selamat oleh penyandangnya Zahidi Zainul Abidin. Jika begitu siapa pun bertanding di Padang Besar akan menang, tak semestinya Zahidi. Elok juga mengenengahkan Ketua Pemuda Padang Besar di Padang Besar.

Seingat Jelapang, tiada satu ISU/SKANDAL yang diselesaikan oleh Najib Razak kecuali dua bayaran kepada IPIC - bayaran pertama pada bulan Julai dan yang keduanya baru-baru ini, menjadikan jumlah keseluruhan dibayar kepada IPIC ialah RM4.9 bilion.

Sepanjang 2017, penyelesaian isu-isu ini ialah "dengan buat tak tau sahaja".

Percayalah semua isu-isu ini tidak akan menjejaskan peluang BN semasa PRU nanti sebab orang Melayu mudah lupa dan tak kisah.

Peneroka Felda pula tak akan lupa RM5,000 yang telah diberikan oleh Najib kepada mereka.

Ada orang bertanya, bila PRU14?

Sabar-sabarlah. Selagi tak selesai persempadan semula, PRU14 tidak akan diadakan. Umno nak menang besar lah!!!!