Tuesday, January 23, 2018
TANAH FELDA HILANG: PENEROKA FELDA GUNDAH GULANA FIKIRKAN SHAHRIR SAMAD
Kenyataan Shahrir Samad
21 Disember 2017: Felda tidak lagi berminat meneruskan pembinaan Kuala Lumpur Vertical City (lihat video di atas) atau laporan ini: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/12/366118/felda-tidak-minat-teruskan-pembinaan-klvc-shahrir
15 Januari 2018: Projek KLVC yang sedang berjalan di Jalan Semarak, Kuala Lumpur akan tetap diteruskan. Laporan: http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/projek-kuala-lumpur-vertical-city-tetap-diteruskan-1.784052
Dua KENYATAAN yang NYATA bertentangan dibuat oleh Shahrir Samad, Pengerusi Felda, berkaitan kehilangan tanah Felda melibatkan projek KLVC.
Kejap tak berminat, kejap diteruskan.
Jelas Shahrir bukan lagi Shahrir yang kita kenal dulu.
Shahrir hari ini sudah berubah. Hari ini cakap lain, esok cakap lain.
Jelapang ada singgah ke satu dua perkampungan Felda, menziarah sanak saudara sehari dua ini.
Untuk pengetahuan Shahrir dan Perdana Menteri, peneroka Felda sedang rabung berbincang hal Felda.
Banyak perkara dibincangkan termasuk mengenai Shahrir Samad.
Peneroka tak henti-henti bercakap mengenai sandiwara tanah hilang. Seperkara lagi yang menjadi topik penting ialah peneroka takut mati menanggung hutang Felda.
Kata mereka pemimpin tertinggi ada berjanji hendak mengeluarkan PENYATA hutang peneroka.
Sampai sekarang tak keluar-keluar.
Kembali kepada isu Shahrir. Macam-macam diperkatakan oleh peneroka. Macam-macam tuduhan dibuat apabila Shahrir cakap "tak minat teruskan projek", kemudian cakap lain, mahu pula teruskan projek KLVC.
Tak sanggup Jelapang hendak cerita apa yang ditohmah oleh peneroka kerana Jelapang pun rasa tak selesa untuk membicarakannya.
Biarlah setakat ini sahaja.
Rujukan
https://www.hmetro.com.my/utama/2017/12/296191/kita-nak-balik-tanah-tu-all-costs-tanpa-edit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Tak ada gundah gelana pun
Kau ajer yg tak faham
Kalau tak faham , bertanyalah
Kalau kita tiba2 hilang pemilikan tanah, maka apa yg dilakukan atas tanah tu kita dah tak berminat lagi....itu biasalah..
Tapi bila company tu dah pulangkan semuala tanah, kuta rasa lega dan beryukur.
Dan biasalah bila projek tu bernilai tinggi dibina atas tanah kita tentu kita nak ianya diteruskan....ini pun biasa ajer bagi aku
Tak ada apa yg yg nak digundahkan melainkan ada org dengki yg nak cucuh api..
manusia macam ni paling dilaknat oleh Allah
Setuju dgn jelapang...
Post a Comment