Thursday, January 18, 2018

PAS TUNGGU BUAH GUGUR BARU NAK PUTUSKAN SIAPA PERDANA MENTERI

Image result for nik amar+rasmi

Jika UMNO dan komponen parti BN menang PRU14, Najib Razak Perdana Menteri.

Jika Pakatan Harapan dan komponennya menang PRU14, Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri.

Jika Pas menang? Tunggu bini beranak?

Dah tak tentu hala parti Pas ini. Macam presidennya juga. Kejap nak buat Hudud, kejap nak tunggu gaji minima, kejap nak pastikan kadar pengganguran turun.

Kalau Hadi Awang cakap tak tentu hala, kita faham, umur dah rapat ke dinding - dah tua.

Mungkin Nik Amar Nik Abdullah dilanda sindrom yang sama.






Kita cadangkan NIK AMAR jadi Perdana Menteri  bagi beliau memperlahankan PEMBANGUNAN negara seperti mana yang Pas lakukan di Kelantan dan menghindar rakyat minum arak seperti air sejuk sepertimana dakwaan Nik Amar terhadap keadaan di Langkawi.






Calon PM: PAS tunggu 'isteri mengandung dulu'

17 Jan 2018, 5:49 pm 17 Jan 2018, 6:12 pm





Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, parti Islam itu tidak menamakan calon perdana menteri kerana menganggap ia terlalu awal untuk berbuat demikian.

Walaupun PAS mempunyai calon yang sesuai untuk dinamakan sebagai perdana menteri, namun untuk mengumumkannya sekarang, Mohd Amar menganggap ia umpama 'isteri belum mengandung, tetapi bising dengan nama anak'.

"Sekarang terlalu awal (untuk umum calon perdana menteri) sebab pilihan raya pun tak berlangsung lagi. Sebab itu kita tak terlalu nak menamakan calon perdana menteri.

"Kalau saya, saya buat ibarat, isteri belum mengandung, bising dengan nama anak. (Sepatutnya) biarlah mengandung dulu.

"Sekarang parlimen tak bubar lagi dan tak tahu berapa kerusi akan dapat tapi insya-Allah (PAS) ada calon sesuai," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco di Kota Bharu hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan berhubung kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai calon perdana menteri daripada PAS.

Selain itu ditanya tentang siapa calon perdana menteri pilihan PAS, Mohd Amar berkata parti Islam tersebut tidak memilih Najib mahupun Mahathir.

"Kami tak akan pilih dua-dua (Mahathir atau Najib), Tun pun kita tak sokong jadi perdana menteri, Najib pun kita tak pilih.

"Sebab dua-dua ada rekod dan masalah tersendiri," katanya lagi.

Kuasa tawar-menawar

Mengulas mengenai sasaran 40 kerusi parlimen oleh PAS, timbalan menteri besar Kelantan itu menjelaskan ia cuma sasaran minimum parti.

Jelasnya, ramai penganalisis berpendapat, pada Pilihan Raya Umum Ke-14, tiada parti yang akan mendapat kerusi dominan.

Justeru, PAS mensasarkan minimum 40 kerusi parlimen sebelum sesebuah kerajaan itu ditubuhkan bagi memboleh parti Islam itu mempunyai kuasa tawar-menawar.

"40 kerusi itu sasaran minimum sebab untuk tubuh kerajaan, paling minimum jangan kurang daripada 40 kerusi. Bila (menang) 40 kerusi akan ada kuasa tawar-menawar.

"Macam berniaga kita ada sasaran untuk minimum keuntungan dan maksimum keuntungan supaya tak hilang modal. 40 kerusi bukan sasaran utama tetapi supaya kita ada kuasa tawar-menawar yang kuat," ujarnya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menjangkakan tiada satu parti politik yang akan dapat kerusi cukup dalam pilihan raya umum akan datang untuk membentuk kerajaan.

Sehubungan itu, menurut Abdul Hadi, sekiranya PAS mendapat 40 kerusi, ia menjadikan parti berkenaan sebagai tempat kebergantungan parti lain yang ingin menubuhkan kerajaan.


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/409021#QJ4CJwHmO0KvmkAx.99

1 comment:

Anonymous said...

PAS ada caranya memilih PM iaitu melalui mesyuarat Majlis Syura Ulama. Disitulah segala keputusan perkara yang utama dan penting akan dibincangkan dan dimuktamadkan. Itu pun selepas menang PRU14 nanti. Bukannya bermesyuarat untuk membincangkan perkara yang belum pasti menangnya lagi. Itu macam nak berebut kuasa untuk jadi PM dan syok sendiri namanya.

Itulah hebatnya ahli PAS. Segala keputusan Majlis Syura Ulama akan dianggap sebagai satu keputusan yang perlu diikuti oleh setiap ahli dari yang tertinggi sehingga akar umbi tanpa banyak persoalan. Hanya pada zaman bekas ahli PAS yang kini menyertai PAN sahaja yang berani menimbulkan kekecohan tetapi semuanya telah dinyahkan dari parti Islam ini. Bukannya dihalau keluar tetapi mereka sendiri yang telah menghalaukan diri mereka sendiri. ALLAHU AKBAR.