Wednesday, July 5, 2017

UMNO BN AKAN TERUS "BERAYA", PEMBANGKANG AKAN TERUS BERPUASA

Image result for anwar ibrahim+pm

KATAkan lah esok, Najib Razak umumkan beliau akan membeli kapalterbang Jumbo terbesar di dunia, Airbus A380, dengan harga RM1.8 bilion untuk kegunaan peribadi dan ahli keluarga beliau, tumbangkah Najib dan kerajaan BN?

Katakan lah esok, Rosmah Mansor menghadiri satu majlis hariraya dengan memakai cincin bernilai RM45 juta dan memakai rantai yang berloket berlian merah jambu yang bernilai RM116 juta sepertimana didakwa oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, tumbangkah Najib dan Kerajaan BN?

Kita nak tanya Wan Azizah Ismail, Nurul Izzah Anwar, Azmin Ali, Muhyiddin Yassin, Lim Kit Siang, Rafizi Ramli dan Mohamad Sabu? Tumbangkah Najib?

Kalau ikut hukum akal, kalau di negara-negara maju, tak perlu tunggu pilihanraya. Kerajaan BN yang ada sekarang ini sudah lama tumbang dan pemimpinnya hanya menunggu masa untuk menjadi penghuni penjara.

Tetapi tidak. Pembangkang hanya setakat mengharap. 

Kerajaan BN yang ada ini cukup teruk. Dah nak muntah dengar isu demi isu didedahkan. Tak payah lah pembangkang cari isu baru. Tak payahlah Rafizi nak perasan jadi hero dengan membongkar lima atau enam isu baru. Isu yang ada ini pun dah cukup memualkan. Isu baru tak akan mengubah apa-apa.

Tidak pernah dalam sejarah, imej BN dan Umno begitu teruk. Tetapi Perdana Menterinya dan isterinya tetap gagah, tak tergugat, tak peduli apa rakyat cakap.

Apa lagi isu yang tak keluar? Cincin? RM2.6 bilion? Jho Low? 1MDB? Felda? Tabung Haji? Anak tiri Najib berjudi? Rosmah shopping? Peguam Negara tidak adil? Ketua Polis Negara dituduh terlibat dengan Gopi? Harga barang? GST? Apa lagi?

Cakaplah apa pun. Sewa 41 bilik untuk taraf presiden di Bali? Guna jet kerajaan bercuti? Lepas Bali bercuti pula di Perth, Australia? 

Apa dia peduli. Cakaplah apa pun. Tak akan tumbang Najib dan kerajaannya.

KENAPA?

Kerana pembangkang HAPRAK. Kerana pembangkang setakat berharap kepada isu DOJ, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Kerana Najib tahu, cakaplah apa pun, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dakwa apa pun, BN dan Umno akan menang BESAR pilihanraya ini dan Najib akan tetap KEKAL sebagai Perdana Menteri.

Kalau rakyat muntah kerana isu-isu dan skandal-skandal Najib dan keluarganya, rakyat juga MUNTAH dengan perangai tamak parti-parti pembangkang.

Sehingga hari ini, tiada apa pun pelan pembangkang yang boleh menyakinkan rakyat. Hanya yang kita dengar, mereka bertelingkah berebut siapa nak jadi PM.

Nak pilih LOGO Pakatan Harapan pun, bergaduh bagai nak rak dan sampai hari ini, logo pun tak nampak.

Wan Azizah duk sibuk nak bagi laki jadi PM. Dalam PKR ada parti dalam parti.

DAP sibuk tuduh Umno rasuah, pemimpinnya sendiri Lim Guan Eng terlibat dalam rasuah.

Rasuah adalah rasuah. Tak payahlah Kit Siang dan Guan Eng nak nafi kononnya disabotaj oleh Umno atau guna alasan rasuah yang dibuat oleh Guan Eng lebih kecil dari apa yang dilakukan Najib.

Rasuah tetap rasuah. Guan Eng biawak hidup DAP.

Rakyat hendak tahu, bagaimana Perdana Menteri dipilih jika pakatan pembangkang menang dalam PRU nanti.

Kalau BN, mudah. Kita sudah tahu. Menang BN, Umno jadi PM. Pembangkang? Apakah akan ada majlis presiden untuk memilih Perdana Menteri?

Rakyat mahu tahu, apa proses untuk memilih Ketua Polis Negara dan Peguam Negara jika pembangkang memerintah?

Sebaliknya, Wan Azizah dan kuncu-kuncunya bergaduh siapa jadi Pengerusi Pakatan Harapan dan siapa jadi Presiden. Apa nasib laki dia nanti?

Seorang rakan memberi anologi berikut. Katanya:

Kita hendak balik beraya di kampung dan selama ini kita menaiki bas yang dipandu oleh Ahmad. 

Tiba-tiba si Omar cakap jangan balik dengan Ahmad. Dia tu cuai. Bawa bas sambil baca mesej hand fon. Nanti accident.

Bila kita tanya Omar, kalau macam tu hang sajalah yang pandu.

Jawab si Omar. Maaf lah. Aku tak ada lesen dan tak pernah bawa bas.

Begitulah juga dengan perangai pembangkang, sama macam perangai Omar.

Apa jadipun kata rakan saya ini: "Aku tetap akan undi Umno dan BN. Tak kiralah rasuah macam mana pun Najib dan Rosmah."

Pembangkang mengkritik orang tanpa henti-henti. Sama macam si Omar. Apa pun tak ada. Cakap kosong. Nak harapkan mereka tadbir negara? Kalau isu logo pun sampai sekarang tak boleh selesai, nak selesaikan masalah negara?

Seperti peribahasa orang putih: "Better the devil you know than the devil you don't". Atau pun dalam bahasa Melayu, lebih baik kita percaya penyamun yang kita kenal dari pembangkang haprak yang hanya tahu mengkritik dan berebut jawatan sesama sendiri (tafsiran sendiri).

Sebab itulah Najib tak peduli pun apa orang kata. Nak cuti, cuti. Nak sewa 41 bilik, sewa 41 bilik.

Sebabnya dia tahu dia akan menang besar PRU nanti kerana pembangkang hari demi hari semakin bodoh.

Hanya Hadi Awang dan Pas yang cerdik. Awal-awal dah tahu pembangkang tak akan menang.

Oleh itu kutiplah apa yang boleh. 

Bagi saya, BN dan UMNO akan terus "BERAYA" dan pembangkang akan terus "BERPUASA" buat selama-lamanya.





6 comments:

Unknown said...

Bagus punya pandangan. Syabas.

Unknown said...

Merapu merapu, MERAPUUUUUUUU..............HAHAHA.
Aku baca tajuk je.
BAGUSLAH hari-hari cakap BN akan menang.
Senang rakyat pangkah PEMBANGKANG sebab dah thau BN akan menang.
HEHEHE.........INILAH REVERSE PSIKOLOGI namanya.

Anonymous said...

Setuju admin..

Selagi dlm hati pemimpin pembangkan ada dendam kesumat tanpa memikirkan fokus utama - tumbangkan najib,boleh blah la pembangkang..!!

Menyalak kat fb pun tak guna..habuk pun tadak..buat penat je tun m dok cover sana sini..suma nya hampeh!!

Anonymous said...

sori la bro... lu punya fakta temberang kuat.... Setakat fakta dengaq sana, dengaq sini, dokumen skan abis tu edit... fakta fitnah tu... sapa nak jawab dengan Allah SWT kat SANAAA tu...?!!!

Anonymous said...


saya sokong Najib.. duit dia banyak..

bima sakti said...

Jangan pandang rendah pada undi rakyat,
2017 kesedaran rakyat sudah bangkit,
Tunggu pru nanti, baru hampa umnobnpas ada akai...
PAS lagi kafir dari model Australia yg memulangkan brg kemas hampir 30juta,begitu juga Leonardo DiCaprio memulang semula pemberian yg dia dpt krn ada berkait dgn 1mdb.
PAS yang dah 30tahun menyalak macam anjing kpd umnobn, tiba tiba cium mulut dgn najib.
Mulut pink hadi dgn najib.
Jadi mcm lalang PAS sekarang, tunggu kering dan terbakar sendiri, tiada harga.
PAS makin membusuk dan lebih busuk dari tahi ayam candu