Thursday, March 30, 2017

AHLI PARLIMEN UMNO JANGAN MEMANDAI BUAT KEPUTUSAN MENGENAI RUU355. IKUT CARA BOS. TANYA MCA, MIC SEBELUM BUAT KEPUTUSAN

Image result for mesyuarat barisan nasional

MINGGU hadapan Presiden Pas Hadi Awang kenalah bawa sendiri RUU 355 selepas Najib Razak dan rakan-rakan beliau dalam BN TIDAK SUDI hendak membantu Pas membawa RUU ini ke Parlimen.

Pemimpin Pas hari ini bergegas keluarkan kenyataan dan masih menaruh harapan Ahli-Ahli Parlimen Umno akan menyokong RUU yang hendak dibawa oleh Hadi.

Tetapi satu ingatan kepada Ahli-Ahli Parlimen Umno.

Jangan memandai buat keputusan sendiri - tak kisahlah nak sokong Hadi atau hendak menolak usul RUU355 ini.

Ikut jejak Presiden.

Jangan buat keputusan sendiri.

Presiden panggil mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional untuk membuat keputusan.

Maka dipanggilnya Liow Tiong Lai, S.Subramaniam, Wilfred Madius Tangau, Mah Siew Kiong, Tiong King Sing, Sim Kui Hian, Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg, Maximus Ongkili dan beberapa lagi untuk membincangkan mengenai cadangan Kerajaan untuk mengambil alih tugas Pas dalam membentangkan RUU355.

Keputusannya, biar Pas saja yang bentang. Sebabnya, kata Najib, tiada konsensus dalam BN.

Oleh itu Ahli-Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian jangan memandai.

Sebelum membuat apa-apa keputusan, WAJIB bagi mereka memanggil mesyuarat BN di bahagian masing untuk mendapatkan konsensus.

Kalau dipersetujui, selepas Hadi bentang, angkatlah tangan tanda setuju.

Yang penting ikut langkah Presiden. Buat mesyuarat BN di peringkat bahagian.

Jangan risau hal Pas.

Kita tidak LUPA JASA Pas tikam belakang rakan mereka di dalam Pakatan dengan membantu BN MENANG besar di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Jangan risau hal itu.

Najib tahulah macam mana nak balas jasa Hadi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.


2 comments:

Anonymous said...

boleh buat artikel pendirian parti cap bunga, dap, pkr, parti kuali ttg ruu355. nak tau juga , dok asyik tuding saja. tipu pun tak pa. ok?

Anonymous said...

Pegila buat blog dedak sndri. Dah dpt henfon percuma dr presiden ummm...no pon pon duk suruh org lain buat. Senang cr duit