Friday, October 28, 2016

CUKUP-CUKUPLAH KERAJAAN "BERNIAGA" DENGAN RAKYAT

Image result for najib+makan+mewah
CUKUP-cukuplah Kerajaan BERNIAGA dengan rakyat. 

Cukup-cukuplah kerajaan, mentang-mentang orang Melayu tak kisah, memerah rakyat TANPA belas kasihan.

Surat di bawah ini ditunjukkan oleh seorang sahabat yang amat bersimpati dengan pelajar miskin.

Menurut surat yang diedarkan awal tahun ini, pelaksanaan program Rancangan Makanan Tambahan untuk pelajar MISKIN dikurangkan sebanyak 20 hari, dari 190 hari kepada 170 hari untuk 2016.

TERGAMAK kerajaan pimpinan Najib mengurangkan makanan untuk pelajar miskin.

Apa yang mereka makan? Lihat dua menu di bawah. 
 Berapa kos makanan ini? RM1.50. Ya, SERINGGIT LIMA PULOH SEN SAHAJA!

Jelapang difahamkan, di Sabah Sarawak, kosnya mungkin lebih sedikit - RM2 sehari.

BERGILIR-GILIR Menteri Kabinet Najib membuat kenyataan ekonomi negara kukuh.

Malangnya untuk memberi makan RM1.50 sehari kepada pelajar miskin pun Kerajaan boleh kurangkan.
Sejak akhir-akhirnya, Jelapang nampak kerajaan "BERNIAGA" dengan rakyat.

Tolak sana, ambil sini. Bagi BR1M, tapi naikkan harga minyak masak, potong jumlah makanan kepada pelajar miskin, hentikan pengambilan untuk dua sesi pelajar untuk Institut Latihan Perindustrian.

Jelapang boleh senaraikan apa yang diNIAGAKAN oleh Kerajaan dengan rakyat.

Tetapi mengurangkan makanan kepada pelajar miskin adalah satu "PERNIAGAAN" melampau oleh Najib dan Kerajaan.

Siapa penerima makanan di sekolah ini?

Mereka ialah:

Murid sekolah rendah terutama dari luar Bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita.
Kadar dan Peruntukan

Kadar yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah RM 1.80 sehari bagi murid di Semenanjung dan RM 2.05 sehari bagi Sabah, Wilayah Persekutuan dan Sarawak mulai 1 Mac 2007. Kadar ini dikira berdasarkan kos bahan mentah di pasaran dan tidak mengambil kira keperluan perkhidmatan, bahan api dan minuman. Program ini dilaksanakan sepanjang 190 hari persekolahan dalam setahun.

Penerimanya adalah pelajar yang ibubapanya berpendapatan RM400 sebulan.

Kalau inilah yang dilakukan oleh Kerajaan, tak perlulah Najib bercakap mengenai visi 2050.

Dan hentikanlah "BERNIAGA" dengan rakyat. 

Rakyat tidak mampu makan besar seperti mana puluhan hidangan di hadapan pemimpin seperti Najib dan Rosmah Mansor.

Untuk pengetahuan Najib, seluruh negara bercakap mengenai seorang bapa di Pulau Pinang memBUNUH DIRI kerana tekanan hidup ketika pemimpin atasan bersuka ria dan MAKAN BESAR.

Itulah nasib rakyat sekarang ini.
 

6 comments:

Anonymous said...

Najib ambil duit makan pelajar miskin dan berikan pada Cybertrooper UMNOnok!!

Anonymous said...

Admin...seorang bapa bunuh diri tu sebenar lebih zalim... sebab Allah SWT melarang manusia mezalimkan diri sendiri... Undang-undang dh publis menjual rokok tanpa cukai adalah salah... malah dalam Islam pun dah melarang dah... so jgn salah kan org lain..

Unknown said...

Zaman dulu gaji kita degree kerja dua tahun mungkin dapat RM1.5K satu bulan. Sekarang anak kita pula mudah dapat RM12K-RM15K sebulan! Itu beza dulu dan sekarang.

Pokoknya kena buka mata luas-luas sikit dan bijak merancang. Contoh anak saya dan rakan2 target umur 30thn nak buka bisness sendiri. Macam mana nak cari modal RM300K minimum?

Nah..cari kerja luar Negara, tak payah jauh2, Singapura dekat saja. Gaji RM12K - RM15K (overtime), RM5K simpan tiap bulan dalam masa 5tahun saja, cukup! Kerja Australia, Canada, Dubai, Korea..dll rata2 berlambak! Setakat degree dari Malaysia, bila2 masa mereka akan terima.

Bulan2 antar RM3K-RM5K bantu makayah adik dkampung. Beres tak perlu nak tunggu bantuan itu ini.

Indon, Bangla, Mynmmar, Pakistan semua buat macam tu selama ini. Apa salah keluar merantau sekejap cari rezeki diNegara orang? 5tahun tak lama, dapat kumpul wang dan menimba ilmu diperantauan.

Yang malas2 saja asyik suka komplen tak ada Nasib? Kenapa nak bergantung nasib semata2 dengan Kerajaan?

Anonymous said...

Ya Allah....hamba mu berdoa kepada mu ya Allah...Kau hancurkanlah Najib dan semua menteri kabinetnya sebagaimana Kau telah hancurkan Firaun Hamman dan Karoun.

Anonymous said...

Prmimpin takyat mesti ajak rakyat bangkit bantahan..mogok welutuh nrgara....bosan.jemu.muak..telatah ros jib..tindad takyat..zalim rakyat..
Tunggu ape tunghu ape..mogok takuat..selutuh nrgara

Anonymous said...

Abah kau..sembang macam bagus. Semoga anak kau mampus di negara asing